Monday, 30 January 2012

Sejauh mana industri filem,drama dan cerekarama Malaysia ada NILAInya?

Begitu mudah mengkritik satu-satu karya seni seseorang sedangkan kita sendiri tidak tahu betapa lelahnya golongan ini mencari idea,sumber kewangan dan pelbagai perkara yang perlu difikirkan untuk menghasilkan filem ,cerekarama,drama tersebut.Terpaksa bersengkang mata,mengeluarkan modal  yang banyak,pendek kata banyak perkara yang dicurahkan untuk sesebuah karya tersebut,betul tak?

Apa hak mereka untuk mengkritik?apa hak mereka untuk memberi komen yang sebegitu,mereka tiada ilmu pun tentang bidang seni,terlibat dalam bidang senni begitu jauh sekali?

Sahabat seperjuangan yang turun dalam dunia seni,kalian sememangnya unik,dengan kreativiti yang kalian ada,boleh mewarnai dan membuka minda mereka yang melihatnya

Sebenarnya jika ada satu insan kerdil atau  kelompok kecil yang bersuara,tidak salah jika kita berbesar hati mendengar komen dan kritikan mereka lebih-lebih lagi komen dan kritikan itu adalah untuk mengajak kepada perkara kebaikan dan untuk mengembangkan lagi potensi kalian sebagai orang  seni.

Mengembangkan potensi?Selama ini,kami tidak ada potensi ke?dah berpuluh-puluh drama dan filem kami buat,tu tak berpotensi?

Bukan begitu,kami tidak melihat berpotensi dari sudut itu,bukan dari perspektif itu tetapi sejauh manakah kalian dapat mengajak pemuda,golongan wanita di Malaysia mendekati Allah Ta'ala.Adakah mereka semakin jauh dengan Allah setelah mereka menonton filem,drama,cerekarama atau iklan kalian?Adakah mereka dapat melihat keindahan Islam dengan filem dan cerekarama yang kalian hasilkan?

Tahukah kalian,filem dan cerekarama kalian akan diulang-ulang untuk beberapa tahun lagi dan boleh kalian hitung berapa ramai mereka yang datang menonton filem atau cerekarama kalian sepanjang karya kalian ditayangkan?mencecah lebih daripada puluhan ribu,betul tak?Generasi demi generasi akan melihatnya,mereka bukan sekadar melihat tetapi jangan kita lupa daya TV (dari segi bunyi,warna dan pergerakan-animasi) yang dipaparkan di kaca TV tentunya mampu mempengaruhi manusia tanpa mereka sedar.

Penerbit,pengarah dan penulis skrip yang memberi kebenaran,menulis dan menyuruh pelakonnya seperti pelakon wanita memakai pakaian yang tidak menutup aurat (mendedahkan betis,lengan,dada dan rambut),berpakaian jarang,berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badan dan melakukan aksi-aksi yang tidak sepatutnya dipertontonkan (aksi menggoda,gedik,menari tarian ala-ala hindustan) yang tentunya menjatuhkan maruah pelakon iaitu seorang wanita yang merupakan seorang anak kepada ayah dan ibunya,seorang ibu kepada anak-anaknya atau seorang nenek kepada cucunya.Tak percaya?adakah mereka(pelakon wanita) akan melakukan atau berpakaian sebegitu (dalam filem atau cerekarama) apabila berhadapan dengan Rasullullah? jawapan mereka daripada hati bagaimana?adakah mereka tidak langsung mempunyai sekelumit rasa malu? Jika malu,mereka tentunya malu kerana mereka merasakan maruah mereka sangat rendah apabila bertindak demikian,betul tak?

Pengarah,penerbit dan penulis skrip yang menyokong pelakon lelaki melakonkan watak lelaki yang suka mempermainkan perempuan pula bagaimana?Apabila pelakon lelaki tersebut tanpa rasa malu memegang pelakon wanita yang merupakan anak kepada ayahnya,ibu kepada anak-anaknya atau isteri kepada suaminya,malahan turut berlakon sesuatu yang menjatuhkan maruahnya semata-mata mahu menghidupkan watak tersebut.Pelakon lelaki memegang salah satu anggota badan pelakon perempuan sedangkan dia(pelakon lelaki) merupakan suami kepada isterinya,bapa kepada anak-anaknya,datuk kepada cucu-cucunya dan anak kepada ayah dan ibunya.Pelakon lelaki itu juga memberikan contoh bahawa dia bukan pelindung kepada wanita,tidak menghormati maruah wanita,tidak boleh dipercayai kerana menyentuh wanita tanpa mahram(wanita yang boleh dikahwini) semata-mata kerana berlakon?pelakon lelaki juga sanggup melakonkan watak melakukan aksi persetubuhan,rogol,mengorat wanita,bermimpi mengenai wanita,dimanakah letaknya maruah kalian?apakah ini mendidik masyarakat untuk membina jati diri seorang lelaki yang sebnar di alam realiti?

Kalian merasakan perkara ini adalah untuk menjadikan jalan cerita itu hidup dan supaya penonton tertarik untuk melihatnya,malah akan menyokong kalian.Tetapi jangan lupa satu perkara BESAR bahawa kalian telah men'cetak' penonton(manusia) lebih-lebih lagi yang berumur 30-an ke bawah untuk melakukan perkara-perkara di atas semasa cerita itu ditayangkan dalam kehidupan mereka yang realiti.Sanggupkah kalian memikul dosa-dosa yang berganda dalam sekelip mata apabila para penonton melakukan perbuatan dosa(melalui filem,cerekrama,drama dan iklan) yang kalian tontonkan dengan menjadikan filem,drama ,iklan dan cerekarama sebagai DALIL yang membolehkan mereka melakukan dosa tersebut.Contohnya :

{{Ala...apa salahnya pegang tangan kekasih,dalam cerita ********,pelakon ********** ok je pegang tangan pelakon ********** tu?}}
Sahabat yang berjuang dalam bidang seni,
kalian sangat berpotensi untuk mengajak masyarakat ke arah kebaikan malahan sangat mudah untuk mendapat pahala yang berpanjangan melalui filem,cerekarama dan drama yang kalian hasilkan,tanpa perlu bersusah payah mendekati masyarakat secara peribadi,berjalan merentasi hutan untuk sampai ke kawasan pedalaman semata-mata untuk sampaikan perkara kebaikan,hanya perlu menggunakan TV yang golongan pedalaman pun mempunyai alat tersebut.Malangnya kalian tidak memanfaatkan perkara ini dengan sebaiknya,malah mungkin karya kalian memakan diri anda sendiri.....di akhirat kelak.

Jangan biarkan karya kita menjadi modal yang langsung tidak berguna untuk menambah amal kebaikan,gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya,biarpun masyarakat tidak menyokong sebagaimana filem 'jahiliyyah' kalian,penilaian Allah itu lebih penting malahan pahala kalian bak durian runtuh mungkin melebihi pahala orang lain.

Jadikan kreativiti anda untuk mengajak orang muda,pak cik,mak cik,anak-anak terpanggil untuk melakukan perkara kebaikan,kerana perkara baik akan kekal dan yang batil akan lenyap sebagaimana ekonomi sekarang yang berlandaskan kapitalisme yang dahulunya diagung-agungkan namun hari ini manusia mula menentang dan ironinya ekonomi dunia Islam biarpun dilihat bergerak 'lambat' tetapi tetap wujud dan tidak jatuh malahan terus melangkah kerana Allah akan memelihara perkara yang benar dan melenyapkan perkara yang batil.

Sebagaimana dalam surah al-Anbiya' ayat 18
{Bahkan Kami sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang salah, lalu ia menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah dia. Dan (tetaplah) kecelakaan akan menimpa kamu disebabkan apa yang kamu sifatkan (terhadap Kami).}

Sahabat yang terjun dalam bidang seni,kalian berpotensi untuk mengarah manusia ke hadapan untuk bersama-sama mengingati Allah,rugi yang besar kalian tidak memanfaatkannya dengan sebaiknya kerana Allah memberi kalian peluang menambah 'amal kebaikan melalui jalan yang kalian dalami selama ini.







No comments: