Friday, 13 January 2012

Jika Tuhan itu ada mengapa masih begini???

Jika Tuhan itu ada mengapa banyak terjadi pertelingkahan?banyak terjadi jenayah?penipuan dan kerosakan?

Persoalan ini akan dijawab:Mungkin kita telah melupakan nikmat yang diberikan oleh Tuhan dengan penuh rasa tanggung jawab  dan take advantage dengan nikmat ini….iaitu KEBEBASAN MEMILIH
Jika tiada kebebasan memilih tentunya manusia mula bersuara “ Mengapa Tuhan tidak adil dalam memberikan kita pilihan untuk menentukan jalan hidup kita sendiri?”

Sungguh,begitulah persoalan yang akan manusia  lontarkan bergantung kepada niat masing-masing sama  ada melontarkan persoalan untuk menjatuhkan,berselindung di sebalik kebenaran  atau  ingin mencari kebenaran dengan sebenar-benar kebenaran,total truth!

Bandingkan antara God’s Creation dengan ciptaan manusia,yang manakah paling sempurna,tidak merosakkan,tidak memusnahkan?Pergaduhan adakah disebabkan oleh pilihan kita atau Tuhan?siapakah yang mula-mula mencetuskan peperangan?manusia atau Tuhan?yang menyebabkan berlakunya kecurian,pencemaran alam sekitar,adakah disebabkan manusia atau Tuhan?
Akal yang rasional mampu memberikan jawapan yang tepat kepada permasalahan yang wujud.Cuma jawapan yang muktamad terletak kepada hati kita sama ada kita mengi’YA’kan jawapan akal atau meniDAKKANnya.Adakah kita menyalahkan Tuhan kerana mengurniakan nikmat KEBEBASAN MEMILIH yang tidak diberikan kepada haiwan,tumbuhan,gunung-ganang,batu-batan,cakerawala yang lain?

Jika kita mula menyalahkan Tuhan kita sebenarnya tersalah dalam menggunakan nikmat Tuhan malah kita mungkin adalah seorang pengkhianat yang tidak tahu berterima kasih kepada Tuhan yang memberikan kita nikmat sebuah KEBEBASAN dalam MEMILIH.

No comments: