Adakah benar?adakah benar semasa kanak-kanak kita tiada masalah atau sebenarnya kita tidak menyedari itu adalah satu masalah?
Sebenarnya masalah tidaklah besar tetapi yang besar apabila cara kita memandang masalah
Zaman kanak-kanak normal,apabila masalah yang timbul kita melihatnya dari sudut positif plus kreatif
bagaimana ye?
Menurut ibu memanjat pokok itu bahaya,semakin tinggi pokok tersebut,kemungkinan untuk anaknya mendapat kecederaan tahap tinggi semakin besar.Oleh itu,menurut kaca mata seorang ibu adanya pokok tinggi di belakang rumah merupakan satu masalah bagi dirinya yang mempunyai anak-anak yang nakal dan tak boleh duduk diam.Tetapi menurut kaca mata seorang kanak-kanak semakin tinggi pokok tersebut,semakin mencabar 'barang'permainan imaginasinya.dia dapat berada di tempat tinggi akan terasa seperti Superman atau Tarzan betul tak?Persepsi atau cara pandang masalah tersebut memberi kesan kepada cara kita menyelesaikan masalah.Pandanglah masalah sebagai peluang atau masalah adalah sesuatu yang unik untuk diselesaikan.
Adakah kita sedar bahawa Allah tidak akan menguji hambaNya sesuatu yang tidak mampu dipikul olehnya?
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)
Malahan masalah atau ujian itu berbeza-beza kerana tidak semua orang apabila kekurangan wang itu merupakan satu masalah besar baginya tetapi ada masalah lain yang lebih besar iaitu kesihatan diri.Dari sudut pihak lain,masalah kesihatan yang dia alami bukan satu masalah tetapi menyebabkan dia bersyukur kerana menjadikan anak-anak dekat dengan dirinya tetapi Allah uji dari sudut harta pula atau penerimaan masyarakat dan sebagainya.
Jika dilihat dari sudut yang lain pula,cara kita melayani masalah tersebut juga mampu memberi impak yang positif atau negatif ketika berhadapan dengan masalah tersebut.Lari daripada masalah tidak akan menyelesaikannya malahan masalah itu akan berkumpul dalam diri kita sendiri.Masalah yang tidak selesai umpama magnet yang akan menarik masalah yang lain yang akhirnya bertambah dari waktu ke waktu yang lain sehingga kita sendiri tak lagi dapat mengenal masalah kita yang sebenarnya,masalah kita yang sebetulnya masalah (masalah dasar/akar).Oleh itu jadilah pakar dalam menyelesaikan masalah BUKANNYA pakar kepada masalah.Masalah memerlukan penyelesaian dan penyelesaian memerlukan kepada perubahan.Kadang kala kita hairan melihat masih ramai yang menentang perubahan tetapi apabila diteliti mereka menentang kerana perubahan tersebut adalah perubahan yang mereka tidak fahami lebih-lebih lagi apabila perubahan tersebut adalah perubahan yang dipaksakan kepada mereka.
Dalam membina penyelesaian kita tidak boleh menganggap penyelesaian tersebut akan dapat menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat dan itulah penyelesaiannya sampai bila-bila kerana itu adalah cara penyelesaian pragmatik (penyelesaian jangka masa pendek).Seandainya masalah yang sama berulang,ini bermakna penyelesaian yang dicari tidak boleh diguna pakai lagi.Keadaan ini terjadi apabila kita berfikir tanpa mengambil kira apakah tujuan yang sebenarnya cara penyelesaian yang kita pilih itu,asalkan masalah itu berhenti sudah cukup sudah memadai.
Berikut adalah langkah-langkah dalam menyelesaikan sesuatu masalah:
#sebelum itu,keluar dari tempat atau ruang yang membuatkan kita rasa ber'masalah' supaya kita boleh berfikir dengan sebaik-baiknya tanpa dipengaruhi emosi
1) kenal pasti masalah (mengapa terjadinya masalah tersebut? bagaimana masalah itu berlaku---baru dapat kenal pasti punca masalah)
2) mengemukakan PELBAGAI cadangan dalam menyelesaikan masalah tersebut
3) pilih cara yang sesuai yang dapat menyelesaikan masalah tersebut untuk jangka masa panjang
4)laksanakan pilihan tersebut
# berani lah untuk bertemu dengan individu yang terlibat dalam masalah kita dengan tujuan semata-mata untuk menyelesaikan masalah dengan baik jika tidak mampu,gunakan bantuan orang tengah yang boleh dipercayai antara kedua-dua belah pihak
Mafhum ayat ini selalu kita baca dan dengar:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
Para nabi dan rasul turut berhadapan dengan masalah seperti masalah dalam memberi kefahaman Islam (ketika berdakwah) kepada masyarakatnya yang jahil pada waktu tersebut,masalah dalam mengubah persepsi umatnya terhadap perbuatan jahat (menipu dalam jual beli,membunuh anak perempuan,minum arak) dan sebagainya tetapi para nabi dan rasul tidak pula memandangnya sebagai suatu masalah tetapi melihatnya sebagai satu peluang dalam berdakwah,lebih mengenali umatnya dan menjadikan satu peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.Daripada masalah tersebut para nabi dan rasul menjadi golongan yang berjaya bukan sahaja menjadi golongan yang hebat malahan berjaya di dunia dan akhirat.
Bukan saya ada masalah tetapi sudah sampai masanya untuk saya perlu berubah
Tiada masalah yang besar,hanyalah kecil kerana jika dilihat dalam teleskop angkasa,manusia itu tidak dapat dikesan kewujudannya apatah lagi masalahnya.Berdoalah kepadaNya dalam menyelesaikan masalah kerana masalah itu daripada Allah dan Dialah yang Maha Mengetahui penyelesaian kepada masalah tersebut.La Hau la wa la Quwwata illa billah.
mohon maaf atas segalanya
http://youtu.be/nItguNcEsCE
No comments:
Post a Comment