Apabila kita diberi peluang untuk menuntut ilmu Allah,sudah pasti tempias kehebatan ciptaan Allah akan turut terkena pada si penuntut ilmu sehingga kadang kala menyebabkan kita mudah lupa dan menganggap ianya adalah milik kita seperti kisah-kisah umat terdahulu yang telah pupus seperti kerajaan Himyar,Kaum Sadum,Firaun dan Haman.Masing-masing apabila memperoleh cebisan ilmu Allah,maka lupa untuk bersyukur kepadaNya.
Subhanallah,tak siapa sangka dalam meuntut ilmu rupa-rupanya ilmu itu tidak memberi nur malahan kita sesat dalam nur kerana hati kita gelap dan sesuatu yang legap tentunya akan 'menenggelamkan' cahaya ilmu.
Oleh itu,hipotesis ilmu yang semakin tinggi menyebabkan iman turut semakin tinggi masih boleh disangkal kerana bukanlah 'kuantiti' ilmu itu yang mempengaruhi tetapi 'kualiti' ilmu dan faktor lain yang lebih kuat mempengaruhi si pencari ilmu iaitu hati.Apabila hati itu tidak mempunyai matlamat yang bersifat mutlak,tepat dan benar maka mudah sekali menyeleweng.Ilmu yang diteguk lebih banyak menghasilkan penyakit demi penyakit.Ilmu yang dihasilkan lebih banyak merosakkan bukan memulihkan.
Adalah sesuatu yang sia-sia dan kerugian yang besar apabila anda mengkaji perkara-perkara berikut dalam proses belajar:
1) cara-cara mencipta ayat-ayat yang sama dengan al-Quran {surah al-Isra' ayat 88}
<Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri>
2) Mencipta penyelesaian yang bertentangan dengan fitrah manusia
(ar-Rum ayat 30)-sosial,ekonomi,pendidikan dan sebagainya
<(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari fitrah/semula jadi) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.>
3) Mencari-cari kelemahan al-Quran untuk di'perbaiki' kerana ia adalah mustahil untuk mencari kesalahan dalam al-Quran kerana {Surah al-Hijr ayat 9}
<Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.>
<Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.>
4)Mengkaji alam-alam ghaib termasuklah zat Allah,surah al-Isra ayat 85 dan hadith hasan
<Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja"(17:85)>
Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang Zat Allah. [Riwayat Abu Nu’aim]
# Kepada para pengkaji atau saintis,nyatalah kita sebagai pengkaji atau saintis telah rugi,rugi yang BESAR menghabiskan jutaan ringgit,harta,masa dan tenaga (pemikiran dan anggota badan lain) untuk mengkaji perkara-perkara di atas kerana berusaha melawan Allah dan bukannya untuk mendekatkan diri kepadaNya kerana semua perkara di atas hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui melebihi
pengetahuan makhluk-makhluknya.
#Janganlah berfikir sesuatu yang merugikan kita,buat rugi sahaja
pengetahuan makhluk-makhluknya.
#Janganlah berfikir sesuatu yang merugikan kita,buat rugi sahaja
No comments:
Post a Comment