Diberi akal untuk berfikir
Ada iman sebagai benteng pertahanan daripada godaan syaitan
Ada ilmu gunakan pada tempatnya,bukan menyalah gunakan kelebihan yang ada
Ada agama amalkan sebagai tanda kita beragama
Bukan hanya beremosi walhal berjawatan tinggi
Ada akal tetapi mengikut membuta tuli
Ada ilmu tetapi hanya hiasan untuk pujian bukannya untuk membina kefahaman
Ada agama tetapi perlakuannya berbeza ketara
Buatlah pertimbangan yang wajar
dengan agama,akal dan hati
Bukannya ikut suka hati,bukan hanya beremosi
atau logik semata tanpa panduan agama yang dianuti
Bukan hanya pegangan lalu mengetepikan pemilik matahari dan bulan
Kita bukan ingin menjadi golongan yang dipuja,atau dikagumi kepimpinannya tetapi biarlah kita sebagai pejuang yang benar senjatanya dalam medan perang yang berbeza,bukan yang berundur walau dilihat ke hadapan kerana terlalu emosional atau statik dalam medan kerana inginkan keselesaan,tetapi pertimbangan kita terhadap nilai yang diberikan oleh Allah menjadikan kita terus bergerak sambil berfikir dan berterusan berdoa agar setiap yang kita lakukan adalah sebagai tanda syukur kita kepada Allah
No comments:
Post a Comment