Walaupun mereka masih malas atau keberatan untuk solat,kasih sayang Allah melimpah ruah dengan memberi hadiah buat mereka dan hadiah-hadiah ini masih terbuka untuk menjadi milik kita atau mereka.Apa ye hadiah-hadiahnya?
melalui amalan-amalan sunat yang dilakukan pada hari Jumaat (^_ *)
INI Diaaa!:
1)Perbanyakkan selawat
kepada Rasullullah S.A.W pada malam Jumaat dan pada siang hari Jumaat.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
"Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaat.Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sebanyak sepuluh kali"(Riwayat al-Baihaqi)
2)Membaca surah al-Kahfi
pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat.Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasullullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat" (Riwayat an-Nasa'i dan al-Baihaqi)
3) Mandi sunat,berhias dan memakai wangian.
Daripada Ibnu Abbas,bahawa Rasullullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah Hari RAya yang Allah kurniakan untuk kaum Muslimin.Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat maka hendaklah dia mandi.Jika dia memiliki minyak wangi,maka hendaklah dia memakainya.Hendaklah pula kalian bersiwak." (Riwayat Ibnu Majah dengan sanad hasan)
YANG KE-4 NI SEMEMANGNYA SPECIAL OFFER UNTUK GOLONGAN LELAKI
4) Bersegera menghadiri solat Jumaat
Malah terdapat ganjaran yang berbeza bgi orang yang bersegera ke masjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah daripada Rasullullah S.A.W yang diringkaskan seperti berikut:
* masuk masjid pada awal waktu = seolah-olah berkorban seekor unta
*masuk masjid pada waktu kedua = seolah-olah berkorban seekor lembu
* masuk masjid pada waktu ketiga = seolah-olah berkorban seekor kibas
*masuk masjid pada waktu keempat = seolah-olah berkorban seekor ayam
*masuk masjid pada waktu terakhir = seolah-olah berkorban sebiji telur
5) Berusaha untuk duduk dekat dengan imam
semasa solat Jumaat.Samurah meriwayatkan daripada Rasullullah S.A.W yang bermaksud:
"Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam.Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga biarpun dia memasukinya" (Riwayat Ab Daud dan al-Hakim)
TAPI TAWARAN NI ada tarikh luputnya iaitu apabila ajal menjelang dan apabila matahari terbit dari barat(tanda-tanda besar kiamat),let us grab this offer before it is too late.hayyan bina!
No comments:
Post a Comment