Saturday, 28 May 2011

Baju stylish TETapi Otak mundur...kasar statement ni....

Kita rasa kita dah ke hadapan tetapi rupa-rupanya kita semakin ke belakang?
betul ke statement ni???
macam naik kereta la..semua bergerak ke hadapan tak de yang berundur kecuali apabila nak keluar daripada parking atau nak mengelak dari sesuatu ke...fitrahnya manusia pun berjalan semakin ke hadapan ..bukan ke belakang...habis tu macammana pula yang kita ni dikatakan semakin ke belakang?

Checklist nak tahu sama ada semakin ke hadapan atau belakang :

1) check solat kita,graf solat macammana?adakah garis putus2 atau lurus?
mereka yang tidak solat,tinggalkan solat,buat-buat lupa untuk solat,tiba-tiba sakit bila time solat adalah mereka yang semakin mundur ke belakang?aiseh,camana pulak tu???

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan dia apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

maksudnya,yang menyembah Allah tentunya berjaya  dan yang tidak menyembah Allah tentunya ketinggalan dalam meraih sebesar-besar kejayaan ni (syurga).maknanya yang tidak solat kepada Allah tentunya dah ketinggalan.orang lain yang solat semuanya malaikat  catatkan amalan solatnya untuk dimasukkan ke syurga kelak tetapi kita tiada dalam senarai orang yang solat pada waktu-waktu solat
'missing people'

2) Topik perbualan hangat adalah mencaci,mengumpat,merungut

kalau 2 orang atau lebih bertemu,maka komunikasi pun berlaku,tetapi lebih meriah biarpun dua orang jika ada topik-topik mengumpat,mencaci,menipu dan sebagainya.betul kan?tak lupa juga campuran perkara-perkara tak berfaedah seperti bercerita tentang seks,kekasih,banding beza kekayaan,hiburan(lagu,artis,sukan,dll).Ini pun simptom berundur ke belakang???
kenapa pulak???

adakah kata-kata seperti...
semalam aku nampak Cik H  naik motor dengan lelaki mana entah,bukan main mesra lagi....

atau

Encik M tu,bukannya baik sangat,depan kau je dia buat baik..kalau kau nak tahu dia ni memang pemalas orangnya,suka bodek boss

atau

semalam masa aku tunggu kawan aku,aku nampak la seorang minah tu,bukan main sombong lagi,tak tegur pun aku..

ha..ni tanda-tanda kita mengalami sindrom menuju ke belakang
kerana perkara-perkara ni (umpat,caci,cakap perkara tak berfaedah) ni banyak menarik benda-benda jahat yang lain seperti buruk sangka,fitnah,cemburu buta yang akhirnya  membawa kepada salah faham,menutup pintu-pintu positif.
kalau perkara itu  benar kenapa perlu disebarkan???apakah niat kita?adakah untuk memburuk-burukkan seseorang?sepatutnya jika tidak berpuas hati,kita baikinya atau bercakap sendiri dengannya,bukan mengata di belakang,cakap-cakap penuh emosi dan perasaan tanpa apa-apa tindakan yang menyebabkan menjadi positif dan bukannya bertambah negatif.

3) suka bercakap tetapi no action

bukan hanya talk the talk           tetapi                walk the talk

kita tidak akan rasa nikmat makan jika hanya melihat perkataan 'MAKAN' tetapi baru merasai nikmat makan jika kita melakukan perbuatan makan,pendek kata bercakap perlu selari dengan perbuatan.

semua orang boleh bercakap,kerana lidah tidak bertulang.seperti 
Dia sepatutnya macam ni....bukan macam tu..macam tu tak elok..(salah satu contoh)
tetapi kita bukan membantu tetapi membantutkan lagi usaha seseorang
jika tidak suka kita tunjukkan dengan cara yang positif (contoh: beri nasihat..bukan boikot,pergi bersemuka),turut sama memperbaiki keadaan,mungkin dia tidak mampu kerana dia berseorangan sebab itulah dia menggunakan cara itu bukan cara ini.Hulurkan bantuan,fahami keadaan,bina persamaan kurangkan perbezaan.

4) Sibuk dengan perkara-perkara tidak penting

Perlu tahu keutamaan besar dalam hidup supaya masa kita tidak terbuang begitu sahaja.Mana lebih penting : ziarah ibu bapa atau keluar bersama rakan-rakan?mana lebih penting : bayar bil elektrik atau menonton wayang?,mana lebih penting?: solat  zohor atau habiskan kerja di pejabat? mana lebih penting:makan ubat atau baca surat khabar?

jika tidak tahu mana yang lebih penting maka kita akan ketepikan dan perkecilkan perkara yang sebenarnya besar dan utama dan mengutamakan perkara yang tidak penting.apa2 pun yang teramat penting,garis panduan jelas ialah pentingkan Allah mendahului kepentingan makhluk.

5) Menjadi diri orang lain

jadilah diri sendiri...kenapa perlu menjadi seperti orang lain???orang lain adalah panduan untuk kita menjalani kehidupan yang lebih baik bukan merubah diri menjadi sepertinya kerana kemampuan kita berbeza-beza sama ada dari segi fizikal,material dan mental.
kesan negatif:
Biar papa asalkan bergaya???
Biar glamour tetapi akhirnya masuk neraka?????
Biar  bijak (akal) tetapi akhirnya menderita jiwa???
semua ini membawa kita ke belakang

sebab itulah jika tiada keselarian antara tuntutan diri dengan tuntutan pencipta kita (Allah),kita sebenarnya semakin ke belakang kerana Allah sahaja yang mampu membawa kita ke hadapan kerana Dia Maha Mengetahui segala-galanya.
pernahkah terfikir,bangunan semakin canggih tetapi gejala negatif masyarakat dan kadar jenayah semakin maju dan bertambah???kita semakin ke hadapan atau ke belakang?





No comments: