Monday, 20 September 2010

Sejarah sebagai ubat untuk pesakit insomnia


Sejarah sudah terpesong ke?

Apabila dilihat kepada takrifan sejarah kita akan menemukan dengan beberapa definisi sejarah seperti :
1) Moh. Yamin
Sejarah adalah suatu ilmu pengetahuan yang disusun atas hasil penyelidikan beberapa peristiwa yang dibuktikan dengan kenyataan.

2) R. Moh Ali, pengertian sejarah ada 3 iaitu:

a). Sejarah adalah kejadian-kejadian, peristiwa-peristiwa seluruhnya yang berkaitan dengan kehidupan manusia.
b). Sejarah adalah cerita yang tersusun secara teratur dan rapi
c). Sejarah adalah ilmu yang menyelidiki perkembangan peristiwa dan kejadian-kejadian pada masa lampau.

3) Patrick Gardiner
Sejarah adalah ilmu yang mempelajari apa yang telah dilakukan oleh manusia.

4) J.V Brice
Sejarah adalah catatan-catatan dari apa yang telah difikirkan, dikatakan dan dilakukan oleh manusia.


5) Chang Hsueh-Cheng,sejarawan Cina kurun ke-18 masihi antara lain menyebut bahawa
sejarah bukan hanya merupakan usaha mengumpulkan dokumen oleh ahli-ahli birokrasi, tidak juga merupakan satu hiburan bagi para sarjana, ia harus ditujukan bagi memperbaiki dunia.

6) Benedetto Croce (1866 - 1952) antaranya mengatakan bahawa " sejarah adalah kisah tentang kebebasan dan semua sejarah adalah sejarah semasa".

7) J.B. Bury (1861-1927) " sejarah adalah sains,tidak kurang tidak lebih"


8) R.G. Collingwood (1889-1943)," semua sejarah adalah sejarah pemikiran".



Perlu diambil perhatian bahawa  terdapat perbezaan pendapat mengenai maksud sejarah dengan pengertian Ilmu sejarah. Sejarah adalah peristiwa yang terjadi pada masa lalu manusia sedangkan Ilmu sejarah adalah ilmu yang digunakan untuk mempelajari peristiwa penting masa lalu manusia.
Menurut ilmuan Islam pula seperti :

1) Al-Mas’udi sejarawan Islam kurun ke-10 pula mengatakan bahawa sejarah adalah "catatan yang didalamnya terhimpun tentang keseluruhan ilmu pengetahuan manusia dan merupakan sains yang paling mulia"

2) Ibnu Khaldun (1332-1406), menyatakan bahawa sejarah itu merupakan, "…catatan tentang masyarakat manusia,atau peradaban dunia,tentang perubahan-perubahan yang telah berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu,seperti kebiadaban,keramahan dan perasaan setia kawan segolongan;tentang revolusi dan pemberontakan sesuatu golongan manusia terhadap manusia lainnya yang mengakibatkan terbentuknya kerajaan dan negara.Bersama-sama rakyat jelatanya yang mempunyai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan pertukangan;dan,pada umumnya,tentang semua perubahan bentuk yang dijalani oleh masyarakat itu menurut sifatnya.

( Mohd. Yusop Ibrahim,2000,ILMU SEJARAH Falsafah,Pengertian, dan Kaedah.Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm 12. )


p/s : tidak mahu membincangkan dengan lebih panjang mengenai maksud sejarah sebab blog ini bukan blog untuk subjek sejarah =)

TETAPI

Apa kepentingan mengetahui pengertian untuk setiap perkara termasuklah pengertian ‘SEJARAH’?bukankah hanya sesuai untuk golongan yang masih belajar atau mengambil subjek ini sahaja?

KERANA TIDAK MENGETAHUI MAKSUD DAN MEMAHAMI MAKSUD menyebabkan MANUSIA TERPESONG

Sebagai seorang muslim(lebih baik muslim yang mukmin),kita perlulah mengetahui hakikat kepada semua perkara yang wujud di alam ini supaya manusia betul-betul memanfaatkan segala yang wujud di bumi dan tidak melakukan sesuatu perkara dengan sia-sia.Kebanyakan manusia tidak mengambil peduli mengenai sejarah,seolah-olah sejarah itu tidak penting.

YA,TIDAK PENTING KERANA:

1) Sejarah merupakan perkara yang sudah berlalu,yang lepas tak usah dikenang lagi..bak kata orang tua let bygone be bygone.

2) Sejarah menceritakan perkara yang lampau,terkebelakang,tidak sesuai untuk digunakan atau diaplikasikan pada zaman moden yang serba canggih ini.Ketika nenek moyang kita berjalan kaki,pada zaman sekarang dah ada kenderaan besi berkuasa kuda.

3) Sejarah tidak membina pemikiran manusia.Subjek sejarah merupakan subjek yang membosankan.Dapat dibuktikan apabila subjek sejarah merupakan salah satu subjek teratas yang tidak diminati oleh para pelajar.Indeks kualiti pembelajaran untuk subjek ini dapat dilihat di dalam kelas apabila para pelajar lebih banyak memberi tumpuan untuk bercakap,berangan-angan atau tidur di dalam kelas ketika subjek berkaitan sejarah diajar di dalam kelas atau kuliah.

4) Sejarah tidak berkaitan dengan masa sekarang.Semuanya menceritakan tentang orang-orang yang telah meninggal dunia.Manakan tidak,cerita tentang zaman Jepun,Perang dunia pertama,keruntuhan tamadun Islam terasa jauh dengan kehidupan kita..merasakan tiada kaitan dengan kehidupan kita…

dan beberapa pandangan atau sudut pandang ‘gelap’ yang lain  mengenai sejarah…

tetapi satu perkataan penting yang dapat dicantumkan kepada segala takrifan ini iaitu, sejarah ialah :

- peristiwa masa lampau

- benar-benar berlaku(fakta)

- terhasil daripada perbuatan manusia itu sendiri



OLEH ITU SEJARAH SEBENARNYA:

1) hubungan yang sangat rapat tentang diri manusia ibarat jasad dan nyawa

2) manusia merupakan director,pengarah atau pemain utama dalam melakar sejarah

3) Perkara yang telah berlaku

4) sejarah tidak dapat ditipu kerana sejarah itu fakta

5) sejarah itu dekat dengan manusia bukannya bersifat jauh

6) Sejarah itu hidup dan bukannya mati


Kita pada saat dan detik ini sedang mencipta sejarah,sama ada sejarah ini direkod atau tidak atau dirasakan sebagai satu perkara yang penting atau remeh temeh.Ramadhan dan Aidilfitri kali ini mempunyai memori dan kenangan yang berbeza dengan Ramadhan dan Aidilfitri pada tahun-tahun sebelumnya.Ini juga dikatakan sejarah.Perkara sejarah yang lebih kecil ialah,datang lambat ke kelas,tertinggal barang di rumah kawan,berjumpa sahabat lama di laman sosial dan sebagainya.Semua perkara yang telah berlalu itu dikatakan sebagai sejarah.

NAMUN BEGITU KENAPA?KENAPA YE?

...sejarah itu jauh dengan kita?
Menurut pendapat, hasil pembacaan dan perbincangan yang wan lakukan,sejarah menjadi jauh ,tidak dihargai dan tidak mempunyai nilai kerana:

1) Kita telah lama dimomokkan,diasuh dan dididik bahawa sejarah ialah subjek di sekolah dan universiti.Sejarah hanya dapat ditemukan di kertas-kertas peperiksaan dan buku-buku ilmiah sahaja.

2) Cara pengajaran sejarah itu yang menyebabkan sejarah dilihat sebagai sesuatu perkara yang ‘mati’ , ‘tandus’-tidak kaya dengan nilai,pengajaran dan kehidupan.Manakan tidak,sejarah walaupun bukan subjek matematik tetapi tahun dalam subjek sejarah sangat-sangat dititik beratkan melebihi perkara lain (tiada keseimbangan pengajaran).Daripada tahun sebelum masihi sehinggalah kurun ke-21 penekanan utama dan begitu juga dengan nama-nama tokoh sehinggakan sejarah kelihahatan kaku dan tidak hidup.

3) Sejarah sebagai alat untuk mendapatkan gred atau menampung jumlah A dalam mendapatkan merit terbaik.Orientasi pengajaran berdasarkan merit.Oleh itu para penuntut akan mempelajarinya untuk dijawab dalam kertas peperiksaan atau ujian dan bukannya untuk dihayati dan diambil pengajaran.Mentaliti pelajar :Belajar dengan hati besi iaitu tidak kira apa cara sekalipun mesti subjek ini skor A,subjek sejarah merupakan subjek mudah oleh itu jika tidak dapat skor A,memberi malu dan kerugian yang besar…malu la kalau tak dapat skor A...


TAK KENAL MAKA TAK CINTA ---> SEJARAH ITU MENARIK ,SERONOK,PENUH MISTERI,BERSIFAT ADVENTURE

Pernahkah pernyataan ini wujud dalam diri kita untuk mempelajari sejarah?atau sebaliknya?
Pernahkah kita membaca buku sejarah seperti kita membaca novel? berasa begitu seronok sekali?Boleh lakukan post mortem terhadap diri sendiri(pesan untuk  diri wan)

wan begitu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah ‘Azza wa Jalla kerana diberi hidayah untuk menyayangi sejarah setelah bertemu dengan Ustaz Kamarulsalam(ISK) dan Dr.Hafidzi(Jejak Islam di Nusantara) yang berjaya menghidupkan sejarah yang  sebelum ini dilihat kaku dan mati.

APA LAGI TENTANG SEJARAH…

Kehidupan manusia adalah satu sejarah biarpun kita unfamous,popular,not well-known,kita tetap dikenali dalam kalangan penghuni langit dan diingati oleh Allah yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui.Catatan perjalanan hidup kita sebenarnya direkodkan tanpa sedikit pun ditinggalkan oleh 2 makhluk Allah yang sangat patuh dan merupakan pencatat  kita iaitu malaikat Raqib dan ‘Atid.Kita dikenali juga oleh makhluk yang lain iaitu haiwan,tumbuhan dan bumi yang akan menjadi saksi terhadap segala perbuatan kita ketika masih bernyawa.Kita melakar sejarah hidup kita sendiri melalui segala keputusan yang telah kita buat dan sejarah ini akan ditunjukkan oleh Allah kepada seluruh hambaNya di akhirat kelak

Lebih daripada 85% daripada keseluruhan isi kandungan al-Quran adalah sejarah.Oleh itu satu dalil yang cukup ampuh bagi menolak pernyataan bahawa sejarah bersifat terkebelakang,tidak lagi relevan atau sesuai digunakan dan tiada kena mengena dengan kehidupan kita.

Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yamg mendustakan(Rasul-rasul) (surah Al-Nahl,36)

Katakanlah “Berjalanlah kamu di bumi merantau,lalu memperhatikan bagaimana akibat orang-orang yang berdosa.Dan janganlah kamu berduka-cita terhadap mereka dan janganlah(dadamu) merasa sempit terhadap tipu daya mereka” (surah al-Naml,69)

Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.
(al-Haaqqah,19)

“Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang jua pun”.
(Al Kahfi:49)

Dan salah satu perkara yang perlu diberi perhatian satu sifat UNIK sejarah ialah

SEJARAH BOLEH BERULANG...

...biarpun sejarah merupakan peristiwa yang telah berlalu.Rugilah jika kita mengulangi sejarah hitam yang telah pun dilalui oleh orang lain atau diri kita sendiri.Tidakkah ia membuang dan membazir masa kita sendiri?Rugi jika tidak lagi menjadikan sejarah sebagai panduan,kerana risiko untuk mengulangi perbuatan yang salah,dosa dan perkara yang sia-sia adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan golongan yang menghayati dan mengambil pengajaran daripada sejarah.

Kebanyakan sejarah dikuasai atau dimanipulasikan oleh golongan Barat dan orientalis.Oleh itu,banyak kebenaran yang disembunyikan,dipadam dan diputar belit untuk kepentingan masing-masing.Contoh yang jelas dapat dilihat melalui kajian yang telah dilakukan oleh Muhammad Nuruddin Bashah dan Team Kajian Sejarah:

Rakyat Korea juga sehingga kini masih belum dapat memaafkan Jepun atas kezaliman mereka semasa menduduki Korea . Penulisan buku teks sejarah Jepun yang menafikan kekejaman Jepun kepada dunia ternyata telah menimbulkan kemarahan Korea dan China . Perkara ini dilihat oleh Korea sebagai usaha yang tidak bersungguh-sungguh Jepun untuk meminta maaf diatas kekejaman mereka semasa Perang Dunia Kedua. Hubungan Korea dan Jepun bertambah meruncing apabila bekas Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi melawat Yasukuni Shrine, iaitu tempat yang dibangunkan oleh Jepun untuk menghormati tentera Jepun yang berjuang untuk maharaja semasa perang dunia dahulu. Tindakan ini dianggap sebagai melambangkan pengagungan kepada fahaman ketenteraan. Lantas kemarahan yang timbul daripada peristiwa-peristiwa ini membuktikan bahawa rakyat Korea masih lagi mengalami trauma dan penderitaan imperialisme tentera Jepun dahulu.

Pengajaran dan ilmu sejarah yang ada di Malaysia dari dahulu sehingga sekarang bersifat mengongkong minda,tidak membina kekuatan dan nilai jati diri bangsa apatah lagi agama.Para pelajar hanya diceritakan mengenai tanah Melayu yang penuh dengan perbalahan,perebutan kuasa antara golongan elit,kepincangan dalam pentadbiran golongan atasan dan banyak lagi isi kandungannya yang sebahagian besarnya juga bersifat tidak telus dan terpesong.

Jika dikaji dan diteliti sejauh manakah para pelajar dan para lepasan universiti mengetahui bahawa Kesultanan Melayu Melaka mempunyai hubungan yang baik dan pernah meminta pertolongan daripada Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada waktu itu?Bukti ini merupakan fakta yang disembunyikan seolah-olah Islam itu terpisah dalam sejarah.Para pejuang tanah air tidak menonjol dari segi gelarannya sedangkan mereka juga seorang ‘ulama dan cendekiawan Islam (Tok Janggut,Abdul Rahman Limbung,Sheikh Abdullah Fahim,Burhanuddin Helmi,Rosli Dhobi dan sebagainya).Kesungguhan mereka dalam mempertahankan tanah air bukanlah  kerana emosi dan sebab utama mereka menentang penjajah telah disembunyikan dan tidak diceritakan.Buktinya dapat dilihat seperti dalam  surat yang bertarikh 24 Februari 1950 yang ditulis oleh Rosli Dhobi yang telah dituduh membunuh mengesahkan keperibadian sebenar beliau:

….Kepada ayahanda dan bonda serta ahli-ahli sekalian,jangan lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke negeri yang baqa’.

Mereka bukan sekadar pejuang bangsa dan pejuang negara tetapi pejuang agama.
Tahukah kita ,Malaysia masih lagi aman kerana bantuan daripada pejuang yang tinggal di kawasan Sumatera,Indonesia.Mereka masih mengawal sempadan daripada dimasuki oleh golongan asing dan menyebabkan Malaysia terlindung daripada diserang dan diceroboh oleh orang asing.Tahukah kita latar belakang sebenar Francis Light ialah seorang freemason? Banyak lagi fakta yang tidak didedahkan dan diajar oleh mereka dan paling menyedihkan subjek ini akan ‘tamat’ sebaik sahaja melangkahkan kaki ke universiti.Subjek sejarah Islam pula tidak menekankan pembinaan jati diri para pelajar Islam sehingga kita sendiri merasakan keruntuhan tamadun Islam adalah satu sejarah semata-mata dan tidak mungkin akan dapat diperbaiki lagi.

# Rosli Dhobi telah dihukum gantung biarpun dia tidak bersalah.Pihak British telah menjatuhkan hukuman gantung dengan memalsukan umur Rosli Dhobi daripada 16 tahun kepada 19 tahun supaya beliau layak untuk dijatuhkan hukuman bunuh.

Menutup ‘perbicaraan’ wan yang panjang ini,isu ini telah pun menjadi sejarah.Sejarah dalam sejarah.dan formula sejarah, sejarah boleh berulang .Marilah kita hayati melalui mata hati daripada salah seorang musuh Islam iaitu Moshe Dayan:



###Semua pernyataan ini adalah fakta dan mempunyai bukti yang kukuh.Namun tajuk entri ini dikaji secara tidak rasmi dan berdasarkan kepada pemerhatian dan perbualan yang telah dilakukan melebihi 2 tahun.

No comments: