Setelah lama tidak menjenguk kampung halaman(sememangnya lama) disebabkan oleh jarak dan masa yang tidak boleh dikompromikan bersama(buat masa sekarang),alhamdulillah wan dapat juga pulang ke tempat wan dibesarkan(bukan tumpah darah secara spesifik).Tempat wan belajar melalui sepak terajang perjalanan kehidupan,nasihat dan teguran oleh insan-insan penyayang dan prihatin dan suasana kehidupan konkrit dan abstrak yang wan belajar melaluinya sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.
Inilah juga kali pertama dapat bercuti secara 100%(tahun 2009).Seratus peratus berdampingan dengan keluarga.Ayah dan Ibu di depan mata.Dapat lihat pergerakan adik-adik hampir 24 jam(walaupun ada lagi yang belum pulang ke rumah-tidak cuti lagi),mendengar cerita daripada mulut mereka sendiri(yang tak dapat mereka sampaikan setelah sekian lama) dan dapat melihat wajah-wajah haiwan peliharaan yang sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami sejak bertahun lamanya dan ditambah dengan ahli baru(haiwan peliharaan baru), menjenguk dan ber’tapa’ sebentar di dalam bilik sendiri dan dapat juga keliling halaman rumah, begitu menenangkan hati.Alhamdulillah.Sebelum ni nak keliling rumah pun tak sempat.Sebenarnya di setiap sudut rumah wan banyak memori,banyak ilmu dan pengalaman(alhamdulillah, di rumah pun dapat banyak pengalaman dan ilmu),mendengar loghat masyarakat sendiri sebagai halwa telinga dan deru ombak yang tidak jauh dari rumah.
Banyak perubahan yang berlaku terutamanya dari segi fizikal. Kalau dari segi pembangunan insan wan belum pasti.Namun begitu jika nak dibuat perbandingan dari segi kemajuan pembangunan tidaklah sehebat dengan negeri-negeri di pantai Barat terutamanya ibu kota Malaysia.Stadium yang runtuh sedang dibaik pulih,masjid tepi sekolah dah siap sepenuhnya(boleh digunakan dengan selesa),IPG dah bertukar wajah(siap sepenuhnya),bangunan BSN di kampung wan pun dah berubah wajah.Kalau dahulu pejabat pos di kampung wan perlu beratur je sebagai tanda giliran,ye lah kawasan kampung ,kampung yang sememangnya kampung,bukan seperti Kambung Baru di Selangor tu,tetapi dah sememangnya bertukar suasana dan wajah.Dah berlaku perubahan.wan pun jadi jakun sekejap,terkejut.Hari tu nak pergi beli setem dan pos surat ,tak perlu beratur lagi tetapi ambil nombor giliran sama seperti di bank.wah,di kampung! Yang kambing dan lembunya masih berkeliaran…masyarakat yang masih ke kedai dan bank dengan berkain pelekat dan berkain batik…,surau yang jaraknya tak sampai 1.5m dengan tiang lampu isyarat pun dah berubah(semakin baik).Pelajar-pelajar sekarang pun, kemudahan untuk belajar semakin baik.adik-adik kami dapat note book setiap seorang daripada pihak kerajaan negeri.wah,dah semakin jauh terkehadapan.Harapan dengan kemudahan yang diberikan : semoga semakin giat mencari ilmu dan memperoleh kebenaran.Di sini,murah dengan air.kalau pelajar luar negara bercuti disebabkan salji yang terlalu tebal, di sini pelajar-pelajar bercuti sebab terlalu banyak air,musim tengkujuh.Sememangnya mencabar,ya mencabar untuk adik-adik yang sedang mengambil peperiksaan SPM dan STPM pada tahun ini.Walaupun sudah lama meninggalkan alam persekolahan,tetapi setiap perkembangan sekolah,pelajar-pelajar di daerah(secara khusus) dan di negeri ini begitu dekat di hati wan.kalian memang hebat,semoga terus hebat apabila melangkah ke menara gading.wan nampak semangat kalian untuk berjuang dengan bi’ah yang sa’adah dan hasanah.semoga terus thabat untuk berada di medan kebenaran apabila hijrah ke menara gading kerana di sana lebih mencabar.sememangnya mencabar.percayalah.rakan sememangnya memberi pengaruh yang besar apabila kita tidak lagi berada di alam persekolahan dan apabila kita terpaksa menjarakkan diri kita dengan ahli keluarga terutamanya ibu bapa untuk beberapa tempoh yang lama.
Bagi wan, rumah wan bukanlah dunia wan semata-mata tetapi daerah tempat wan tinggal juga begitu dekat dengan wan.Setiap perkembangan yang berlaku wan perhatikan dan banyak yang wan belajar.wan pulang untuk mengetahui dan menjenguk sendiri cikgu-cikgu wan,apa khabar cikgu?adik-adik seperjuangan wan(junior-junior sekolah) dan kawan-kawan rapat wan yang menyambung pelajaran tak jauh dari kampung halaman dan saudara-mara wan.ada yang dah nak grad,nak bertunang,persiapan kahwin,sibuk dengan exam dan macam-macam hal lagi.apa khabar moyang?(moyang kepada sepupu wan).nak ziarah saudara mara yang sakit(majoritinya dah usia lanjut).anak Mak cik Tina(jual buah-buahan di tepi jalan)macammana belajar,ok?Tak sangka,jiran wan pun akan bertambah.nak pergi kenduri,ziarah pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik.apa khabar kalian?Banyak hal sebenarnya yang nak dilakukan.bercuti juga memberi peluang kepada wan menyentuh,membelek dan membaca majalah-majalah ‘terkumpul’ dari kulit ke kulit yang wan anggap sebagai ‘majalah kritis’ yang keluarga wan langgan,buku-buku biografi tokoh pembakar semangat dapat dibaca dan dihayati dengan aman, mempelajari beberapa ilmu baru yang wan belajar daripada adik wan sendiri dan mengumpul video-video(perkara yang menjadi kesukaan) daripada ayah dan adik-adik wan sendiri,membaca dan mengumpul artikel-artikel.
Alhamdulillah.
Surah al-‘Asr(ayat 1-3)
Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran
No comments:
Post a Comment