Wednesday, 11 November 2009

aku cinta

aku cinta akan harta
tetapi kata orang cinta kepada harta tak kekal
kerana harta akan musnah
tidak cukup kata-kata itu bagiku
tetapi aku melepaskan cintaku pada harta
apabila orang kata
cinta akan harta
tak kekal
kerana suatu hari aku akan pergi
buat selama-lamanya
mungkin selepas kelipan mata yang seterusnya


aku cinta kepada keluarga
kata orang cinta kepada keluarga tak selamanya
tidak memuaskan hatiku dengan kata-kata itu
tetapi aku mudah mengerti dan menginsafi diri
apabila orang kata
cinta kepada keluarga bersifat sementara
kerana satu waktu nanti aku akan meninggalkan mereka
kerana dipanggil oleh Allah Ta'ala



aku cinta kepada kemasyuran
kata orang
cinta kepada kemasyuran
tidak berpanjangan
kerana boleh berubah tahun hadapan
ucapan itu tidak memberi kesedaran
tetapi apabila orang kata
cinta kepada kemasyuran
tidak kekal kerana satu saat lagi
aku akan menjadi penghuni dalam tanah
perkuburan
hati menangis,nafsu jadi tidak berperasaan

aku cinta kepada manusia
kata orang cinta kepada manusia
tidak kekal
kerana manusia akan pergi
kata-kata itu hanya menjadi angin lalu
tetapi jiwaku tersentak
apabila orang kata
cinta kepada manusia tidak kekal
kerana selepas hembusan nafas ini
aku yang akan pergi
tidak lagi akan kembali
mustahil untuk kembali lagi

suatu hari seorang pewa'az  zahid yang terkenal iaitu Abu Hazim telah ditanyakan satu soalan oleh  Sulaiman b.Abdul Malek yang merupakan pemerintah pada masa itu.Antara pertanyaannya berbunyi:
"Hai Abu Hazim,kenapa kita takutkan mati?"
Jawab Abu Hazim,"kerana tuanku mengisi dunia dengan keramaian dan mengosongkan akhirat tuanku.Manusia sememangnya takut hendak berpindah daripada tempat orang ramai ke satu tempat yang sepi." 

 


No comments: