Van yang wan naiki bergerak tenang sambil dihiburkan dengan omelan adik bongsu wan yang paling kecil(bongsu) yang tidak henti-henti bercakap sepanjang permulaan perjalanan dan tidak pasti pada saat yang ke berapa ‘bebelan’nya akan berhenti.Kadang-kadang tersenyum sendirian mendengar ‘bebelan’ nya yang tak tentu hala.Sekejap-sekejap bertanya dan kemudiannya menyanyi beberapa buah nasyid kanak-kanak yang biasa dia dengar beberapa waktu dahulu.Adik-adik wan yang lain sedang ‘sibuk’ menikmati panorama perjalanan ,ada juga yang lena dan menikmati bekalan yang dibawa.
Tak sangka dalam perjalanan kami menuju ke suatu destinasi ada petunjuk yang memberi makna dan perlambangan kepada sebuah kehidupan.
Perjalanan kami menuju ke destinasi(harapan untuk sampai dengan selamat) sama seperti perjalanan kita dalam melalui liku-liku hidup.
Papan-papan tanda di jalan raya dapat dilambangkan sebagai peringatan kepada kita dalam menjalani kehidupan dalam ‘dunia’ masing-masing. Semasa menelusuri kehidupan yang akan sampai ke destinasinya,kita sebagai pengemudi ‘dunia’(kenderaaan-kereta/van/lori/jip/motosikal/basikal) sedang melalui liku-liku perjalanan yang bermacam-macam situasi dan ragam. Kita juga turut membawa bekalan(air,wang,makanan,pakaian).Jalan kehidupan kita ada yang bersimpang,kadang-kala lurus dan lebar dan tak kurang juga seperti ular kena palu.Jalan kehidupan itu kita lalui tidak kira siang atau malam.Tidak kira dalam keadaan jalan itu disinari cahaya atau dalam keadaan gelap gelita.
Sepanjang perjalanan menuju ke destinasi yang pasti,di kiri dan kanan jalan terdapat banyak godaan dan halangan. Di celahan dan percampuran godaan wujudnya petunjuk ke jalan kebenaran dan peringatan.Pemandu kehidupan yang mematuhi dan mengikut panduan perjalanan sudah tentu selamat ,tidak sesat atau kemalangan akibat kecuaian diri sendiri.
sepanjang kita meneruskan perjalanan kehidupan dunia terdapat petunjuk,bantuan dan peringatan daripada Pencipta segala makhluk
.
dan terdapat halangan,petanda dan perkara yang menyebabkan kita perlu memilih antara dua atau lebih!
Kadang-kadang ada PELUANG yang melintas di hadapan.Terpulang sama ada kita mahu memanfaatkan atau sekadar melihatnya sahaja ,
ada juga arahan supaya kita berhenti melakukannya untuk sementara(larangan sementara-di dunia sahaja).Terpulang kepada pemandunya sama ada mahu mematuhinya atau tidak kerana kesannya hanya akan dirasai oleh pemilihnya dan bukan yang membuat peraturan.
Setiap kesalahan yang dilakukan dan tidak diambil pengajaran ,sejarahnya tentu sekali akan berulang.
Semua ini,akan memberikan kita 2 keputusan hasil daripada pemilihan antara 2 jalan.
No comments:
Post a Comment