Tuesday 25 August 2015

Langkah takhta

Menyusur laluan anak sungai
Lebih dalam menyusur laluan hati
Bukan mahu menoleh
Namun pabila hati ini dijentik
Terasa dunia ini sunyi
Namun ujian datang tidak bertepi
Umpama berada dalam sebuah kapal usang
Akulah nakhoda namun punya layar yang rapuh
Memandang langit penuh pengharapan
Menadah kedua tangan
Hati ini pasrah dan tunduk
kerana bukannya layar itu yang
goyah
Itulah hati di dalam diri
Pengharapan itu dihidupkan oleh sekeping hati



Melangkah kaki di laluan kerikil
Sesekali hati ini bimbang
Mendung langit mula kembali
Bersendiri melalui laluan ini
Walaupun pada jasadnya
bersama kafilah lain menuju ke destinasi yang sama
Langit mendung menumpahkan hujan
renyai-renyai dalam kolam hati
Menapakkan kaki ke destinasi
satu perjalanan rohani
Meninggalkan kesan-kesan hidup
untuk laluan generasi seterusnya
Terus berdoa agar berada dalam kuburan bercahaya
Bersama-sama dengan solihin
Walau hati ini sekali lagi dibolak balik
Keikhlasan kerap kali teruji
Mata diperlihatkan kesenangan insan lain
Namun manusia bukan Tuhan
Cuma langkah menuju takhta
Satu keyakinan dengan susah payah
Mengumpul sisa kepercayaan
di belakang bebanan
di kiri ujian
di kanan fana
di hadapan ketidak pastian

Mungkin terasa keseorangan
Hanya iman mampu menjadikan ini
sebagai penguat menaiki takhta
menerima amal-amal
dalam bicara jiwa andai ianya mampu berbicara
Supaya hadiah keikhlasan menjadi kenyataan
menjadikan aku degil bertahan
Alhamdulillah atas ujian

No comments: