Sunday 19 June 2011

Special Thanks to Allah

Orang yang kuat bukanlah orang yang besar fizikalnya
Bukanlah orang yang keras suaranya

Bukan juga  orang yang cerdas otaknya
Tetapi orang yang kuat tekadnya dan yakin kepada Tuhannya


PENGAJARAN  DARIPADA   LEBAH

Lebah hanya menghisap saripati bunga sahaja dan meninggalkan yang lain kerana dia tahu yang dia hanya memerlukan saripti bunga sahaja dan bukannya yang lain
Hal ini mengajar manusia bahawa mereka hanya perlu mengambil sesuatu yang  baik dan halal sebab mengambil yang lain daripada miliknya hukumnya adalah haram dan berdosa

Lebah menghasilkan madu,yang memberi banyak manfaat kepada manusia.Madu yang baik berasal daripada seripati bunga yang baik.Maka hasilnya baik.Oleh itu sesuatu yang halal akan menghasilkan sesuatu yang halal juga DAN ia BANYAK memberi MANFAAT kepada orang lain.


Lebah tidak merosakkan sesuatu,di mana sahaja ia hinggap sama ada di ranting,bunga ataupun tangkai tiada yang patah,betapa santunnya haiwan kecil ini sehingga dalam bergaul ia tidak menyakiti sesiapa pun dan sentiasa menjaga kedamaian dalam setiap suasana dan memegang prinsip iffah (ketenteraman) dalam pergaulan.

Lebah mempunyai harga diri.Ia tidak mengganggu orang lain selama mana kehormatan dan harga dirinya dihormati.Namun apabila harga dirinya dizalimi,ia akan 'menyengat' sesiapa sahaja yang mengganggunya.Oleh itu setiap Muslim perlu menjaga kehormatan dirinya.

Biarpun lebah kecil dan dilihat kurang menarik tidak seindah rama-rama tetapi ia mempunyai komitmen dan sikap yang baik.Apatah lagi manusia yang diberi akal dan kekuasaan mengolah alam,lebih-lebih lagilah perlu bersyukur dan memberikan contoh paling baik kepada semua makhluk.

2 comments:

ima said...

lebah dan madu. tq for sharing.:)

wan said...

you are more than welcome Ima =)