Wednesday 4 November 2009

Sesuatu yang pelik berlaku di Malaysia

Sesuatu yang pelik sedang berlaku di Malaysia
Dihantar oleh Pelawat on 13 August 2006 11:17:43
Asalamualaikum wbt,

Sejak akhir-akhir ini kita sedang dilanda perkara-perkara yang pelik di Malaysia. Rasanya sepanjang usia saya yang hampir separuh abad ini, belumlah lagi pernah mengalami peristiwa yang pelik-pelik ini. Saya turunkan beberapa contoh untuk kita renung bersama.

1. Bakal-bakal pengantin baru berangan-angan menempah gaun pengantin bernilai puluhan ribu, hanya untuk dipakai semasa persandingan & perarakan. Sedangkan dilaporkan disebuah akhbar hari ini, seorang ibu tunggal di Sepang hanya mampu membeli sepasang baju lusuh untuk anaknya yang akan menerima ijazah disebuah IPTA semalam.

2. Seorang pesara kerajaan cuma mampu memiliki sebuah kereta proton saga yang dilelong oleh bekas majikannya bagi meneruskan kerja-kerja mencari sesuap nasi dan membiayai pengajian anak-anaknya. Sedangkan seorang wakil rakyat yang diamanahkan menjaga hal ehwal rakyat menolak untuk menerima Mercedes E-Class, memandangkan dia lebih layak menerima C-Class.

3. Seorang bekas isteri VVIP menerima beberapa buah rumah mewah hasil tuntutan harta sepencarian dimahkamah. Sedangkan tabung bagi membina sebuah rumah yang lebih selesa untuk anak-anak yatim disebuah rumah anak yatim di Kajang, sehingga kini baru mencapai RM350.00 walapun telah lebih 6 bulan dilancarkan.

4. Seorang janda dengan 3 orang anak menerima 4 buah rumah hasil pembahagian harta bekas suaminya. Ini bermakna 4 beranak ini boleh tinggal seorang disebuah rumah, padahal mereka adalah dari satu keluarga. Sedangkan seramai 50 orang anak-anak yatim di Kajang dari 45 keluarga tinggal bersesak-sesak didalam sebuah rumah 3 bilik di Rumah Anak-Anak Yatim Nur Hikmah, Kajang.

5. Cuma 30 orang hadir kesebuah program bagi meraikan anak-anak yatim, walaupun telah lebih seminggu ianya diwarwarkan. Sedangkan pada hari dan waktunya yang sama lebih 1,000 orang sedang bersesak-sesak menyambut seorang selebriti yang memang telah tersohor dengan skandal seks nya tidak lama dulu, walaupun kehadirannya ditempat tersebut hanya baru 30 minit diwarwarkan oleh sebuah stesen radio.

Cukup dulu setakat ini... tak sanggup nak teruskan lagi. Berikan sedikit masa lagi, saya akan terus mendedahkannya. Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara-perkara pelik yang sedang berlaku di Malaysia.
Sila post ke forum ini.

Wasalam


No comments: