Monday 9 March 2015

Jika jodoh seperti ini yang dicari (kepada ibu bapa.para wali,lelaki dan perempuan)

Assamu'alaikum dan selamat sejahtera semua

Terpanggil berbicara tentang persoalan jodoh,ditujukan kepada lelaki dan perempuan,tua dan muda,duda dan juga janda,ibu bapa,para wali,mereka yang sempurna anggota badannya atau yang istimewa (OKU)

Ya, semua orang tidak kira muslim ataupun bukan muslim tentunya mahukan pasangan yang baik
Namun begitu perkataan 'BAIK' masih perlu dijelaskan dari sudut realiti semasa....

Dalam Islam,pencarian jodoh perlu diasaskan kepada 4 perkara namun dari segi realitinya hanya 1 dari 4 perkara ini yang akan menyelamatkan 3 perkara yang lainnya.

Dalam hadith Rasullullah SAW:

Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.

Rasullullah SAW memberi kriteria yang realiti, siapakah yang tidak mahu pasangan hidupnya yang berharta,punya rupa yang cantik, dari keturunannya yang baik-baik dan beragama?

Hanya orang gila sahaja yang tidak memilihi kriteria-kriteria sebegini kerana inilah fitrah manusia yang mahukan yang terbaik untuk dirinya....

Mengapa Rasullullah SAW tidak sahaja meletakkan syarat beragama sebagai kriteria yang paling awal sekali???

Kerana Baginda bercakap tentang realiti, bahawa al-hawa (self desire) manusia tentunya inginkan apa yang bersifat fizikal (yang nampak pada zahir,material) jika dibandingkan dengan yang beragama,jarang sekali yang menjadi kriteria utama

Senario semasa memperlihatkan fizikal yang sasa,kulit yang cerah,rambut ikal mayang,pinggang yang ramping dan seksi,suara yang macho dan pandai mengayat...

Kita mahukan yang bergaji tinggi,berpendidikan tinggi,punya rumah dan kenderaan sendiri

Mereka yang berasal dari keluarga berpangkat,terkenal,punya nama dalam masyarakat


Siapalah mereka di  mata masyarakat...

mereka yang pesek hidungnya,rendah,gemuk,berkulit gelap
mereka yang tidak punya pendidikan tinggi,hanya menyewa,tiada kenderaan
mereka yang bukan dari keluarga ternama,dari keturunan orang bawah...

Inilah realiti
Mari berbicara tentang realiti....
Namun, Rasullullah SAW telah memberi satu solusi terpenting yang menyelamatkan semua ini
kerana tidak semua berpeluang punya rupa yang cantik, harta yang banyak, dari keturunan yang baik-baik

Kerana

Rupa (hasil gabungan genetik menghasilkan wajah mirip ibu dan bapa atau wajah saudara mara, ianya sebenarnya adalah pilihan Allah. Dia Maha Berkuasa mahu berikan warna kulit,jenis rambut,ketinggian dan sebagainya-manusia tiada punya apa-apa kuasa)

Harta (tiada semua boleh menjadi kaya kerana banyak sebab, kaya juga satu ujian bukan satu nikmat, maka awaslah dengan harta-hartamu)

Keturunan (apa boleh buat jika nenek moyang kita bukan dari keturunan baik-baik kerana apalah daya cucu-cucu mereka (keturunan/generasi),cucu tidak dapat merubah keadaan walaupun bukan salah cucu-cucu, dan jika keturunan dari golongan bawahan (contoh: hamba) bukanlah itu ukuran untuk masuk ke syurga-tetapi syaratnya adalah taqwa)

BERAGAMA adalah syarat yang menyelamatkan pilihan pasangan SUPAYA KITA AKHIRNYA SAMPAI KE PINTU SYURGA...

Jika berharta, namun pasangan kita tidak kuat agamanya lihatlah bagaimana anak-anakmu menguruskan jenazahmu kelak, bagaimana anak-anakmu mendoakanmu apabila berada di alam barzakh nanti

Jika punya rupa namun pasangan kita tidak kuat agamanya lihatlah bagaimana anak-anakmu menjaga bapa mereka daripada disoal dengan berat oleh Allah di akhirat nanti kerana tidak mampu mengajar anak-anak perempuan mereka menutup aurat dengan sempurna, tidak mengajar anak-anak lelaki mereka bersolat

Jika punya keturunan yang baik namun pasangan kita tidak kuat agamanya lihatlah nanti adakah anak-anakmu mampu terus berada dalam jalan yang benar (ajaran Islam yang sebenar) tanpa mendapat bimbingan yang berterusan daripada kedua ibu bapanya jika hanya mengharap pada keturunan yang baik semata-mata,


Lihat juga bagaimana dia melayanmu apabila kalian sudah tua,terlantar sakit di atas katil...adakah mereka akan mengambil berat soal ibadahmu pada masa sakit? mengajarkanmu bersyahadah apabila hampir masanya nyawa bakal ditarik Izrael...menjadi imam menyembahyangkanmu dan sentiasa tidak jemu-jemu mendoakanmu walaupun ibu bapanya telah berada di alam barzakh...

Maka pilihlah..pilihlah yang mana, namun jangan sampai pilihanmu itu akan memakan dirimu kelak apabila kita sudah tua dan tidak berdaya

Jika kita memilih kerana rupa,apabila bertahun-tahun lamanya kecantikan akan pudar...buktinya apabila dirimu mencecah usia 40-an...kekuatan fizikal berkurangan begitu juga dengan kekuatan fikiran dan pada masa itu kecantikan tidak lagi menjadi ukuran tetapi ketenangan dalam perhubungan..namun jika dari awal memilih kecantikan maka sukar memupuk ketenangan apabila mencecah usia tua kerana aspek agama dan moral awal-awal lagi sudah diketepikan,sebelum mendirikan rumah tangga lagi...

Jika kita memilih harta, awasilah pasanganmu mungkin dia akan meninggalkanmu apabila kamu jatuh miskin atau diisytiharkan bankrup

Jika kita memilih kerana keturunan awasilah lagaknya,gerak gerinya dan mulutnya untuk tidak berkelakuan sombong, berprasangka, riak dan ujub tentang keturunan pasangannya yang tidak 'sebaik' keturunannya dan mungkin juga akan mudah merendah-rendahkan keturunan kita atau keturunan keluarga kita apabila diuji dengan masalah

SEMUA ini AKAN TERJADI apabila pasanganmu kurang@ TIDAK berAGAMA...

Fikirlah sedalam-dalamnya, fikirlah yang miskin akan menjadi kaya, yang cantik boleh bertukar menjadi hodoh, yang berketurunan boleh menjadi hina apabila ALLAH mahu mengujimu sekelip mata dan pada saat itu kita akan mudah goyah, hilang arah tanpa AGAMA...

AGAMA yang akan kekalkan kita sampai ke penghujung hayat kita,
BUKAN rupa,
BUKAN harta,
BUKAN kerana keturunanmu

Jika pasangan kita punya agama yang kuat tentunya kita akan sentiasa mendapat peluang untuk diingatkan kepada Allah saat kita marah, kecewa, sedih dan rasa kehilangan, tiada pedoman..melalui percakapannya, melalui akhlaknya terhadap kita dan anak-anak kita, amalan harian hidupnya, cara berfikirnya, cara dia memilih sesuatu untuk kita dan anak-anak kita...hanya akan mampu mengingatkan kita kepada Allah jika pasangan kita practising Muslim...

kerana pasangan kita juga bukan milik kita
namun milik Allah,maka Dia lebih tahu kriteria manakah yang membahagiakan hamba-hambaNya...

Pasanganmu mungkin mampu meninggalkan harta dan keturunannya yang baik apabila meninggal dunia kelak..
namun semua ini pasti LEBIH BERMAKNA jika pasanganmu telah meninggalkan amalan-amalan agama untukmu setelah ketiadaanya kelak...

kerana si dia tentunya mahu bertemu dengan mu lagi di syurga bukan hanya di dunia sahaja
lalu dia meninggalkan pesan-pesan dan amalan-amalan al-Quran yang telah membekas ke dalam hidupmu semasa dia hidup bersam-samamu dalam bahtera rumah tangga,lalu mengharapkan agar engkau dan anak-anak akan melakukan perkara yang sama...supaya dapat ke syurga bersama-sama

Itulah indahnya perkahwinan yang berlandaskan pemilihan berdasarkan agama


Ya Allah bukakanlah hati-hati kami untuk menerima insan yang punya agama yang kuat sebagai pasangan hidup kami yang akan membawa kami untuk bertemu dengan Mu hanya dalam syurgaMu kelak,Ameen



No comments: