Saturday, 19 January 2013

Kisah pemandu ngeri (II)


Sambungan kepada entri 'Pemandu yang kelakar'

 Ada 6 ragam pemandu yang dominan di jalan raya...pada asalnya memang kelakar (jika dipujuk hati dengan pemikiran yang positif) walaupun kadang-kadang perbuatan-perbuatan ini menyakitkan hati dan perasaan orang lain...sememangnya boleh melanda kepada perkara dan peristiwa paling hitam dalam hidup iaitu kita BERPOTENSI untuk menjadi PEMBUNUH di jalan raya...

Jika kita berniat memandu untuk sekadar bersuka-suka,memandu laju untuk melepaskan stress,brek mengejut kerana nak 'menyakat' pemandu lain,kita sewajarnya berfikir lebih sejuta kali kerana kemungkinan tindakan-tindakan ini akan menyebabkan kita membunuh orang lain sama ada secara sengaja atau tidak sengaja!

1) Sangat kedekut atau tak pernah belajar guna signal (bersangka baik) 
- Pernah tak melihat mat motor yang 'terbang' ke udara sebelum landing dalam keadaan yang menyayat hati di jalan raya?Kepada sesiapa yang pernah melihat situasi itu mesti berasa ngeri dan perasaan lebih ngeri ini lebih dirasai oleh pemandu yang melanggar dan pemandu yang dilanggar.Perkara  ngeri ini berlaku apabila si pemandu tidak memberi signal untuk memotong si sebelah kanan menyebabkan motorsikal yang berada di sebelah kanan kereta tidak mengetahui hasrat pemandu kereta yang tidak memberi signal ni.Secara mengejut pemandu tersebut membelok ke kanan dengan laju dan melanggar motorsikal yang berada di sebelah kanan kereta yang pada masa yang sama turut membawa motornya dengan laju
-Pemandu motorsikal cedera parah manakala pemandu kereta tersebut melarikan diri (kes langgar lari)

2) Suka memotong tanpa mengira double line,ada kenderaan di bahagian setentang.Pantang tengok orang potong kenderaan dia,kalau nak potong dia akan sekat,kita nak memotong ke kiri dia pun akan bawa keretanya ke kiri,kita nak potong sebelah kanan,dia akan pandu kereta dia sebelah kanan juga

-Kejadian ini berlaku di highway,ada seorang pemandu kereta A yang mempunyai sikap sebegini apabila dia tidak memberi laluan kepada pemandu Unser untuk memotong.Pada awalnya pemandu Unser tidak perasan yang pemandu kereta ini tidak 'suka' orang lain memotongnya tetapi apabila sudah 3 kali percubaan untuk memotongnya tidak berjaya barulah pemandu Unser memahami bahawa pemandu kereta A memang pantang sebelum maut untuk membenarkan orang lain memotong keretanya.
-Percubaan memotong pada kali keempat benar-benar memberi keinsafan kepada diri kita (yang mendengar dan membaca kisah ini) lebih-lebih lagi kepada kedua-dua pemandu ini  ---> Seperti biasa pemandu kereta A tersebut tidak membenarkan pemandu Unser memotongnya dan pada masa yang sama memperlahankan kelajuan kenderaannya dan pemandu Unser yang terkejut dengan tindakan pemandu A yang  memperlahankan kenderaannya sedangkan kereta Unser tersebut bergerak laju di belakangnya.Secara refleks,pemandu Unser kemudiannya mengelak ke arah sebelah jalan tanpa menyedari ada kenderaan lain di sebelah yang memandu laju menyebabkan kenderaan Unser berlaga dengan kereta lain,anak kepada pemandu Unser tersebut tercampak ke luar dan meninggal dunia di tempat kejadian
-pemandu kereta A melarikan diri (kes langgar lari)

3) Suka potong line orang lain,tak bagi orang jalan nak masuk walaupun tengah kesekakan lalu lintas (biasanya berlaku dalam kesesakan jalan raya)

Kita seringkali beranggapan apabila memberi jalan kepada orang lain kita akan menjadi 'lambat' untuk sampai ke destinasi.Hati kita mula menyumpah lebih daripada sesumpah di hutan apabila ada yang nak membelok ke ruang sebelah jalan dalam keadaan kenderaan yang sesak,tetapi tanpa kita sedari sikap kita semakin menambahkan kesesakan jalan raya...
Akhirnya kita dan si pemandu yang nak membelok ke jalan lain sama-sama tiba ke destinasi dengan lambatnya..
Bukankah lebih baik kita memberi jalan kepadanya dan kita dapat sampai ke destinasi dengan membawa amal pahala yang bertambah-tambah  kerana telah memudahkan urusan orang lain sedangkan orang lain yang tidak berbuat sedemikian hanya mendapat keserabutan,kepanasan dan kebosanan sepanjang perjalanan pulang ke rumah (^_*)

4) Suka parking kenderaan 'ikut suka hati aku',pemandu seperti ini suka parking jalan yang paling mudah untuk dirinya dan keluarganya sahaja tetapi dalam pada masa yang sama menyusahkan 1000 pemandu jalan raya yang lain...

Sahabat-sahabat seperjuangan yang membawa kenderaan,tahukah anda bahawa Rasullullah S.A.W memuji orang memudahkan orang lain walaupun ketika berada di jalan raya berdasarkan kepada hadith ini,daripada Abu Hurairah r.a,bahawa Rasullullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
Ketika seseorang berjalan ke suatu jalan, kemudian didapatinya sepotong duri di jalan itu, lalu dibuangnya, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya."

Keadaan ini sama tegurannya kepada sesiapa yang menghalang laluan jalan orang lain lebih-lebih lagi jalan tersebut sememangnya sempit dan bertambah-tambah sempit apabila kita berhenti/parking di situ,keadaan ini mengganggu kelancaran perjalanan orang lain.Jika terpaksa berhenti juga kita WAJIB memberi signal sebagai tanda kita ingin berhenti di laluan tersebut dan angkatlah tangan sebagai tanda memohon maaf.Jika boleh berhenti sekejap sahaja dan cukuplah sekadar menurunkan penumpang dan kita mencari tempat parking yang lain walaupun jauh sekurang-kurangnya kita tidak mengecewakan,mengubah mood baik orang lain pada hari itu yang melalui jalan tersebut yang puncanya adalah disebabkan oleh kita!Alangkah..alangkah banyaknya dosa kita sesama manusia (T_T)

Bayangkan orang lain ingin sampai ke satu-satu destinasi kerana ingin menyelesaikan masalah masing-masing tetapi kerana kita meletakkan kenderaan kita di tempat yang bukan sepatutnya menyebabkan mereka sukar untuk bergerak.Jadi berapa banyakkah 'doa-doa' negatif yang kita terima daripada mereka sepanjang kita meletakkan kenderaan kita di situ?????
Mungkin sebab yang kecil ini juga hidup kita sering tidak tenang,disukarkan segala urusan,perhubungan dengan manusia pun selalunya menemui jalan sukar kerana kita telah menyukarkan manusia-manusia lain di luar sana dengan hanya meletakkan kenderaan kita di tempat yang tidak sepatutnya....

5)Suka memandu laju dan memotong kenderaan lain tanpa sebab yang munasabah walaupun dalam jarak 100 meter traffic light di hadapannya menunjukkan warna merah,dan memang lambat lagi nak bertukar lampu hijau atau 100 meter lagi ada bonggol ...

Sebaik-baiknya kita tidak boleh gopoh dalam memandu kerana gopoh itu amalan syaitan (kadang-kala wan pun mudah gopoh (T_T) juga).Kalau gopoh dalam memandu boleh menyebabkan kemalangan sama ada kemalangan yang melibatkan diri sendiri sahaja atau paling sedih melibatkan orang lain (penumpang atau pengguna jalan raya yang lain).Tidak perlu bawa laju-laju sedangkan traffic light masih berwarna merah ataupun kita memang pasti lampu hijaunya hanya sekejap,bersabarlah akan sampai juga giliran kita untuk bergerak.Cara memandu sebegitu pun mudah menyebabkan minyak kereta cepat habis (membazir) dan merosakkan brek kereta.

Apa salahnya jika kita menikmati perjalanan pulang ke destinasi masing-masing dengan pemanduan yang menenangkan.Ambillah masa sepanjang perjalanan melihat kiri dan kanan,melihat kebesaran ciptaan Tuhan pada waktu senja atau pada waktu matahari mula menampakkan dirinya,mendengar gelak kicau burung yang berzikir memuji penciptanya,melihat kanak-kanak bermain-main di samping keluarganya supaya kita dapat merasakan bahawa dalam kesibukan kita  'menggerakkan' kenderaan masing-masing kadang-kadang kita 'terlupa' yang ada manusia dan hidupan lain yang turut 'bergerak' seperti  kita dalam mood dan cara yang berbeza-beza,bukan kita sahaja yang ada masalah dalam hidup ni tau,semut pun ada masalah! subhaanAllah!

6) Pemandu yang suka membunyikan hon,satu hari lebih daripada 3 kali (dah jadi kebiasaan),pemandu di hadapannya lambat pun nak hon,suka mencaci pemandu lain.



Sebenarnya tidak salah membunyikan hon lebih-lebih lagi apabila pemandu lain dilihat 'lalai' dalam membawa kenderaan seperti membelok tanpa memberi signal,membelok mengejut dan sebagainya kerana itu memang salahnya tetapi jika pemandu itu memandu perlahan kita tidak boleh memaksanya membawa laju kerana tidak semua orang berkeyakinan untuk memandu dengan laju...
Pemandu yang memandu perlahan juga perlulah memandu di sebelah kanan jalan supaya golongan yang membawa kenderaan dengan laju dapat meneruskan perjalanan mereka dengan lancar.Gunakanlah hon dengan niat yang baik dan bukannya untuk melepaskan geram dalam hati kerana tindakan itu mengganggu ketenteraman dan kadang-kadang menyakitkan hati orang lain

Sebenarnya banyak perkara yang boleh kita lakukan sepanjang membawa kenderaan,supaya perjalanan lebih menyeronokkan walaupun dalam keadaan kesesakan jalan raya yang teruk,dalam keadaan waktu hampir berbuka puasa:

1) berbincanglah perkara-perkara yang menyeronokkan dan menenangkan minda,contoh : mengingatkan kembali peristiwa lucu,keseronokkan bercuti,bercerita tentang hobi dan sebagainya tetapi AWAS jangan mengumpat,memfitnah a.k.a gosip,mengungkit dan lain-lain kerana ini akan menggelapkan hati

2) Percaya tak banyak masalah boleh diselesaikan dalam kenderaan dan ketika waktu kesesakan jalan raya (^_^) ,semakin sesak kenderaan di jalan raya semakin banyak peluang untuk berbual-bual dengan penumpang lain,bertukar-tukar pendapat,menambah banyak maklumat

3) Jika memandu berseorangan boleh dengar ceramah,bacaan al-Quran,bacaan ma'thurat,nasyid,lagu ketuhanan dan ada antara kita yang mampu menghafal al-Quran,bacaan doa,zikir kerana mendengarnya dengan kerap sewaktu memandu kenderaan!

4) Muhasabah diri dan buat planning untuk esok (plan menu untuk pagi esok,plan nak buat apa malam ni dan sebagainya semasa traffic jam)

5) Menelefon keluarga atau bertanya khabar saudara mara ,sahabat handai (guna hands free)

6) Menguruskan pembayaran bil/pendaftaran/pembelian secara online melalui smart phone

7) menjawab mesej-mesej yang tertunggak

8) Berinteraksi dengan rakan-rakan pendengar radio

9) dan sebagainya

Jika sudah masuk waktu solat sebaik-baiknya berhentilah untuk solat,cuba tanam rasa excited untuk solat di merata-rata tempat (tanpa perlu solat di rumah),apa salahnya menukar suasana ibadah,berjumpa dengan orang baru dalam saf solat kerana Allah itu ada dimana-mana,bukan di rumah atau di surau kawasan perumahan kita sahaja .....dan ajal kita pun kita tidak tahu bila,jadi apabila panggilan dari suara azan menjelma bersegeralah bersolat di surau-surau atau masjid berdekatan.Semakin ramai kita bertemu dengan orang lain semakin banyak hikmah yang menarik,unik dan sweet yang Allah akan berikan,percayalah kerana saya telah pun mencubanya,alhamdulillah =)

Dalam menaiki kenderaan pun kita boleh tegur-menegur,tegurlah mereka yang membuang sampah di jalan dari kenderaan masing-masing,berpakaian yang mencolok mata,
 

terlupa memasang lampu apabila hari sudah gelap,orang yang memasang high beam,terlupa nak tutup boot kenderaan,brek kenderaan tidak berfungsi dan ---->

sama-samalah berdoa agar perjalanan kita dan para pemandu lain [semua] dalam keadaan selamat,sentiasa diberi hidayah dan diredhai Allah kerana kita tak tahu mereka yang berada di jalan raya mungkin ada yang tersesat jalan,ada yang tengah bersedih hati,berniat jahat (baru balik daripada menyerahkan barang rompakan),sedang memandu dalam keadaan ragu-ragu,baru pulang dari melakukan kerja sukarela,nak pergi ke disko dan hanya Allah sahaja yang mengetahui sebahagian besar yang lainnya pergerakan makhluknya di atas jalan raya...


p/s: elakkanlah memberi alasan pakaian kotor untuk tidak bersegera menunaikan solat,apa salahnya kita menyediakan pakaian khas untuk solat dalam kenderaan.Itu tandanya kita bersedia menyahut seruan Allah apabila sudah tiba masanya

No comments: