Friday, 27 July 2012

Ramadhan kali ini

Rasanya sudah agak lama tidak 'menetap' di kampung halaman dalam jangka masa yang lama,paling lama  tak lebih dari sebulan ttp itupun tiga tahun yg lepas tahun 2009.Dah hampir 4 tahun berada di negeri orang,benarlah kata pepatah hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri ttp negeri sendiri tetap di hati .Bukannya disebabkan sifat fanatik negeri tetapi siapa yang berada di negeri itu yang menyebabkan rasa kasih dan rindu untuk datang menjenguk mereka hatta dalam gua pun wan sanggup pergi.Sesibuk mana pun, kepada kita yang bukan lahir sebagai sebatang kara,ahli keluarga dan tempat kelahiran memang sentiasa di hati dan di minda.Ya Allah,terasa 4 tahun di perantauan satu masa yang lama.Telah banyak ketinggalan 'berita-berita' kehidupan keluarga dan jiran tetangga.

Jika perkhabaran besar sudah tentunya sampai ke telinga tetapi apabila pulang sendiri ke rumah dan memasang sebulat niat dan seteguh tekad untuk menghabiskan masa bersama-sama keluarga dan tidak mahu menjadikan tema kerja (apa2 kerja di perantauan) sebagai fokus utama pulang ke kampung,barulah tersedar banyak 'berita-berita' kecil yang wan tak tahu ttp penting bagi wan untuk tahu...

Kali ini memang dah bertekad untuk pulang selama 3 bulan menghabiskan masa untuk kembali mengenali keluarga sendiri,mengenali keadaan masyarakat sendiri yang pada sebelum ini bersama-sama dengan masyarakat di negeri orang berbeza sungguh jika dibandingkan dengan negeri sendiri dalam masyarakat sendiri,tempat diri ini dibesarkan! Tetapi itu bukan sesuatu yang aneh apabila kita lebih banyak menjadi pemain di tempat orang 

Sengaja mencari kerja sambilan di sini untuk mendengar tutur kata masyarakat setempat yang sememangnya jauh berbeza dengan tempat wan belajar sekarang.Rasa rindu mendengar loghat mereka dan menyedari bahawa banyak perkataan  yang wan tidak tahu,sungguh banyak dan tak tahu nak menyampuk mcammana apabila mereka berbicara,kadang-kadang mampu tersenyum daipada memberikan maklum balas dalam bentuk kata-kata.

wan juga sedar bahawa [kepada diri] wan yang bukanlah tergolong dalam kelompok 'orang' yang kaki balik kampung (masa,tanggung jawab dan kadang kala kewangan yang tidak mengizinkan) menyebabkan banyak perkembangan masyarakat sendiri wan tak tahu termasuklah jiran-jiran sebelah rumah.Balik je kampung,Angah jiran sebelah rumah masuk IPTS selepas belajar memasak di Giat Mara,jiran depan rumah pun dah kerja (dulu jaga anak-anak buah je),ada perumahan baru di bina di tepi rumah,akan ada 2 jiran baru akan tinggal di sini,isteri Cikgu Jo yang sakit bahagian saraf dan banyak lagi....ini tak termasuk lagi perkembangan keluarga sendiri...

Memang jika dibandingkan dengan 'kesedaran' ilmu dan kefahaman agama tidaklah setinggi di negeri wan belajar,nak cakap hal2 tinggi dan dicampur istilah inggeris apatah lagi Arab sangatlah tidak patut.Paling baik bercakaplah dalam loghat di sini dan nak cakap soal agama memang perkara asas agama masih lagi menjadi penekanan (ramai lagi yang masih tak faham),terasa jauhnya perkembangan dakwah di sana meninggalkan taraf perkembangan dakwah di kampung sendiri!Hanya sesuai untuk bercakap tentang kehidupan sebagai masyarakat di kampung dan yang dekat dengan diri mereka..nak sebut tentang isu Bersih 3.0 ke macammana riba' dalam pinjaman wang boleh berlaku ke agak sukar untuk mereka faham T_T 
Isu-isu negara pun ramai yang tidak ambil tahu,kita sebagai yang terpelajar ni perlu sampaikan isu yang berlaku dalam negara kepada masyarakat.

Sedar juga semangat dan pengetahuan semasa,ilmu2 agama hanya berlaku dalam kalangan yang terpelajar(budak2 universiti) dan tidak 'tumpah' kepada masyarakat.Maksudnya ilmu dan semangat ni dalam kalangan 'untuk kita-kita aje (bak kata ASTRO)',di surau dan masjid lebih ramai golongan tua dan tidak ramai dalam kalangan remaja dan tidak seramai di tempat dan kawasan wan belajar.Pendek kata perbezaannya melebihi langit dan bumi...ya Allah kadang kala timbul rasa sedih melihatkan keadaan sebegini di tempat sendiri Adakah keadaan ini bermaksud [mungkinkah] wan perlu bermain di tempat sendiri dalam masa 2 tahun lagi?Adilkah jika kita menjadi 'kontraktor' di tempat orang sedangkan pembangunan masyarakat sendiri terabai..... 

Apabila semakin lama berada di kampung halaman,wan juga menyedari bahawa adik2 sudah tidak macam dulu lagi,mereka sudah ada pandangan dan hujah sendiri dan bukan lagi macam dulu2..mereka sudah besar.Ibu bapa pula semakin berusia dan wan lihat mereka mula mengalami sakit-sakit tua yang mereka tidak pula ceritakannya dalam telefon apabila wan bertanya khabar.Mereka ada kehidupan sendiri yang tidak lagi sama semasa kami 'kecil-kecil' dulu kerana sekarang kami dah 'besar-besar'.Mereka dah ada jadual hidup sendiri yang menyebabkan wan seperti 'belajar' semula mengenali mereka.Selera dan pandangan mereka pun ada perubahan yang tentunya wan tidak akan sedar jika wan tidak berlama-lama di sini.Saat 3 bulan di sini sangat-sangat wan hargai,sudah lama memahami dan mengenali hati budi orang lain di negeri orang,kali ini biarlah menyelami dan mengenali hati budi keluarga sendiri pula yang sering wan lalaikan sewaktu 'kecil-kecil' dulu.Tak tahu kesukaan dan rajuk ibu bapa,tak tahu perkara sensitif dan harapan mereka,tak tahu pun yang mana satu selipar mereka!Kalau mereka hilang selipar mereka di masjid,wan memang tak tahu nak tolong carikan sebab tak kenal selipar mereka yang mana satu..ish3X.Pemikiran adik-adik yang sudah di alam remaja bukan lagi kanak-kanak [yang dulunya suka cari ikan dalam longkang,panjat pokok],cara hidup mereka(hobi,perangai) dah tak sama macam dulu...T_T (sibuk sangatlah katakan-perli diri sendiri...) 
tetapi biarlah kali ini,ruang masa ini wan gunakan sepenuhnya untuk kenali dan belajar semula erti taaruf dan tafahhum dalam keluarga sendiri.Sebelum ini kalau takaful pun dari kejauhan sahaja dan tidak sepenuhnya membantu kerana kekangan waktu dan jauhnya jarak .

InsyaAllah semoga misi Ramadhan dan cuti 3 bulan ini wan dapat mengisi hati dan poket amal berbakti dan belajar di sekolah kehidupan dalam keluarga dan masyarakat sendiri pula



No comments: