Sunday, 17 July 2011

Tiada nilai kehormatan,benarkah?

Individu J begitu disegani daripada  segala segi terutamanya hal-hal berkaitan agama khususnya ilmu al-Quran dan juga syariah.Jika dilihat kepada amalan ibadah sunatnya jauh sekali meninggalkan kita yang masih mencongak-congak dan berkira-kira untuk melakukannya.wah,terasa kagum sekali.Begitu hebat juga gerak gaya dan tutur kata.Setiap yang mendengar pasti mengangguk setuju dan hati ini terpaut dan akal ini berfikir setiap kali lidahnya meluahkan butir bicara yang bernas dan penuh hikmah 

TETAPI SESUATU TELAH BERLAKU......

Apabila individu J telah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang lain tidak sangka dia melakukannya.Secara drastik hilang rasa hormat terhadap individu J.Kesalahannya tidaklah besar cuma bagi sang pemerhati perkara itu tidak wajar untuk dilakukan oleh individu J lebih-lebih lagi apabila dia dikatakan mempunya pakej pengetahuan agama yang lengkap.Kesalahnnya itu menyebabkan sang pemerhati membencinya malah melabelkan orang lain serupa dengan individu J dan menyimpan persepsi negatif terhadapnya dalam diam....wajarkah?

JANGAN  LUPA

INGATLAH 10 KEBAIKANNYA sebelum mengingati 1 kesalahannya.kerana itulah jangan terlalu mengagungkan dan begitu men'suci'kan seseorang kerana manusia itu tidak sempurna.itulah fitrah yang setiap daripada kita harus terima.dan kerana  itulah juga Allah mensyariatkan taubat sebagai jalan penyelesaian kepada setiap dosa dan maksiat yang kita lakukan dan amalan memohon maaf sesama kita merupakan sunnah dalam kehidupan Nabi Muhammad S.A.W yang wajar kita contohi.Terimalah dengan hati terbuka dengan kesalahan yang dilakukannya,kemungkinan besar dia tidak menyedari yang dia sebenarnya melakukan kesalahan kerana individu J tidak ditegur kerana dipandang begitu 'baik',terlalu 'mulia'.Bukankah ini salah sang pemerhati juga kerana tidak menegurnya?

Terlalu mengagungkan seseorang :
-menyebabkan kita rasa kecewa jika dia tidak seperti yang kita bayangkan dan rasakan
-tiada salah dipihaknya,hanya yang betul
-menimbulkan sifat negatif lain yang menyebabkan kita turut menyalahkan orang lain,sehingga terlupa kesalahan sendiri
- jadi fanatik
-mudah membenci biarpun perkara yang menyebabkan sang pemerhati membencinya itu masalah kecil

SEWAJARNYA 


Kita menghormatinya,bukan mengagungkannya.Individu J pun tidak mahu dirinya begitu dimuliakan dan dihormati,jika kita berada di tempatnya patutkah kita dipersalahkan atau menjadikan diri kita serba salah? Bersederhanalah dalam segala hal termasuklah dari segi perasaan mengkagumi dan menghormati.Semua hati manusia,Allah yang membolak balikkannya termasuklah hati individu J dan sang pemerhati,oleh itu mohonlah kepada Allah agar Allah tetapkan hati kita ke arah redhaNya dalam segala hal sama ada dari sudut perbuatan,ucapan,pemikiran dan perasaan.Jika kita menjadi individu J mampukah kita untuk kelihatan 'perfect' setiap masa?ujiannya dan godaan syaitannya juga mungkin lebih hebat dan lebih  kuat daripada ujian yang diterima oleh iman kita yang tidak seberapa tebal ini?setiap manusia kekurangannya berbeza,terimalah dengan hati yang terbuka.kita juga ada kekurangannya iaitu tidak bersifat lapang dada dalam menerima situasi sebegini.Ingat,kita tidak sempurna,maksum pun tidak.sewajarnya tegurlah kesalahannya,lagi baik jika caranya berhikmah,lagi baik juga dengan cara yang lemah lembut dan terbaik diiringi doa agar kita saling cinta mencintai dan ikhlas dalam menghubungkan silaturrahim kerana Allah.Mungkinkah situasi ini ujian buat individu J dan juga sang pemerhati? ayuh,jadilah kita seorang yang berjaya dalam menghadapi ujian ini.

Same situation,but different test,unique but precious to grab mardhotillah. =)

             -yang lebih patut menerima nasihat ini adalah wan sendiri-



No comments: