Adakah statement di atas benar?
pemerhatian saya mengenai kebenaran statement ini:
Fenomena cerekarama (a.k.a cerita.rekaan.semata-mata),drama dan filem di Malaysia nampaknya masih cliche and "equal but not the same", the titles and its artists are true different, but the format of story, logic, plot, characterization and setting are the same.
Cuba nilai sendiri,tekan suis 'on' pada TV atau remote control dan pilih drama,cerekarama atau filem Melayu yang ada tentunya tidak akan lari daripada unsur-unsur mistik yang tahyul atau unsur-unsur cinta.Apabila melihat sahaja permulaan cerita,kita sebagai penonton sudah tentu dapat mengagak pengakhiran cerita tersebut.Cuma yang berbeza dari segi tajuk dan pelakonnya sahaja.
Nilaikan sendiri (Tidak sah kalau tidak ada)-apabila fokus utamanya adalah CINTA:
1- Mesti wujud elemen cinta antara lelaki dan perempuan dan sudah pasti (conform yang amat) akan ada scene 'couple'
2-Ibu bapa yang meredhai perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram (boleh dikahwini) berdua-duaan atau keluar bersama-sama dengan teman lelaki/perempuan masing-masing.
3-Semestinya akan ada watak wanita yang berpakaian mencolok mata
4-Ada scene lelaki yang tergila-gilakan wanita yang cantik,seksi,berbadan ramping,menggoda a.k.a gedik atau gatal
5-Ada scene lelaki yang mengorat wanita atau wanita menggoda lelaki
6-Pasangan yang bercinta akhirnya dapat bersama-sama juga dan halangannya adalah kerana cemburu,balas dendam dan bukannya menonjolkan bahawa pasangan itu menghadapi ujian kepahitan dalam percintaan kerana perbuatan 'couple' yang dilarang dalam Islam
7-Telefon bimbit atau handset sebagai alat yang memulakan perkenalan antara lelaki dan perempuan,meneruskan hubungan terlarang (cinta 3 segi-triangle love),kecurangan dan sebagainya
8-Terpaksa memilih antara 2 cinta (lelaki /perempuan A atau B)
9-kisah mengenai andartu yang akhirnya berkahwin
10-perasaan benci akhirnya menjadi suka yang membawa kepada rindu dan cinta
11-Lelaki yang asalnya hanya membimbing wanita mencari kebenaran akhirnya bercinta dengan wanita tersebut
12-Lelaki yang tergila-gilakan wanita janda
13- perkahwinan yang berdasarkan kepada pangkat,berharta,rupa(handsome atau perempuan kurus yang cantik)
14-kebanyakannya berlaku dalam kalangan watak golongan berada yang tinggal di banglo,banyak kereta,ada orang gaji
15- kelab malam,anak zina(mengandung anak luar nikah),dadah,arak,judi
16-disko,lelaki atau isteri orang menjadi tempat meluahkan masalah atau rasa hati
17-ibubapa tidak menjadi contoh tauladan kepada anak-anak (pergi disko,sibuk sampai abaikan anak-anak,hisap rokok,berpakaian mencolok mata,bagi nasihat atau mendorong lagi anak-anak mereka melakukan kemaksiatan atau perkara buruk)
18-pelakon hanya pandai baca al-Fatihah dan surah yasin
19-Sangat jarang memperlihatkan scene solat apatah lagi solat Subuh!( kalau perasan watak akan bangun pagi pada pukul 7 atau 8 pagi- conform watak ni tak solat Subuh)
Nilaikan sendiri-cerita cerekarama,drama,filem yang bertemakan TAHYUL,KHURAFAT
1-Bomoh yang menggunakan jampi serapah,barang-barang yang 'pelik',rambut,darah,paku,limu nipis,lada hitam,kain kuning,ayam hitam
2-munculnya makhluk Allah yang berwajah hodoh,berkain kafan pada waktu malam atau senja (bunyi atau jasad makhluk itu sendiri)
3-roh orang yang mati masih berada di dunia
4-wanita sebagai penggalak kepada berlakunya adegan bertemu dengan bomoh sama ada kerana dengki,mahu cantik dan sebagainya
5-santau digunakan untuk membalas dendam atau memberi pengajaran kepada orang zalim atau berbuat jahat kepadanya
6-bomoh yang mengamalkan ajaran salah tetapi masih mengenakan kopiah dan tasbih (orang ramai boleh keliru)
7-Guna ayat-ayat Quran tetapi sekerat sahaja (contoh:hanya keluarkan perkataan Allahuakbar bagi menghalau jin tetapi bercampur dengan jampi-jampi yang syirik kepada Allah)
8-wujudnya hantu atau jin jahat yang berhati baik atau berkawan dengan manusia (termasuklah bunian)
9-santau yang diberikan sukar untuk disembuhkan(terpaksa guna bomoh yang tidak menggunakan ayat-ayat alQuran seolah-olah Allah tidak berupaya menyembuhkan mereka)
10-jumpa bomoh untuk dapatkan nombor ekor,dapat jodoh,memajukan perniagaan,
11-memuja kubur,tempat-tempat,amalan-amalan dan hari-hari tertentu (malam Jumaat,bulan mengambang dan sebagainya)
12-pengarah dan penulis skrip mendedahkan cara-cara membuat maksiat (70% jalan cerita) berbanding dengan penyelesaian dan akibat
AWAS! JADI TIDAK HAIRANLAH DI MALAYSIA :
1-tidak hairanlah telefon bimbit telah disalah gunakan (berkenalan,berdating,berhubung dengan suami atau isteri orang tanpa apa-apa tujuan yang munasabah-seperti: untuk curahkan perasaan)
2-tidak hairanlah ramai yang bercinta dalam usia persekolahan (sudah ada awek atau pakwe) semasa darjah 6,tingakatan 4,5 (apatah lagi dalam dunia IPT)
3-berdating dilihat sebagai cara terbaik untuk mengenali hati budi dan mengeratkan kemesraan antara pasangan kekasih
4-perkahwinan dilihat akan 'bahagia' apabila pasangan pilihannya berharta,ada rupa,ada pangkat dan tidak melihat langsung kriteria 'beragama' sebagai penilaian utama
5-Perempuan yang ramping a.k.a kurus dan berpakaian seksi,sendat,tinggi boleh mendapat pasangan dengan mudah dan ini menyalah tafsirkan maksud 'cantik' yang sebenarnya (mengetepikan sekali lagi faktor 'beragama').buat apa cantik di mata tetapi sakit di hati?
6-boleh berdating apabila mendapat restu daripada ibubapa bagi pasangan yang belum berkahwin(couple atau bertunang) dan ibu bapa kenal siapa pasangannya sedangkan restu a.k.a redha Allah itu yang lebih utama,oleh itu bercouple dan dating sudah menjadi trend dan berleluasa.
7-maksiat boleh berlaku dengan begitu mudah kepada golongan kaya,terlalu kaya sehingga lingkungan harta,wanita sahaja yang disibukkan sehingga tidak langsung terfikir untuk membayar zakat,bersedekah kepada golongan yang memerlukan(sahabat handai,ibu bapa,jiran,fakir miskin,anak-anak yatim,pelajar,muallaf)
8-merendahkan martabat lelaki yang dikatakan mempunyai nafsu yang tidak dapat dikawal apabila berhadapan dengan wanita (tiada benteng iman-scene mengorat,mimik muka yang menunjukkan mereka asyik atau cair melihat wanita),oleh itu ramai lelaki dalam realiti menjadi perosak rumah tangga dan wanita bukannya menjadi pelindung kepada wanita
9-wanita tidak cantik jika berpakaian yang menutupi seluruh badan
10-seolah-olah dunia CINTA adalah antara LELAKI dengan WANITA sahaja
11-orang yang bercinta diperlihatkan tidak ada dunia lain selain dunia percintaan dan dilihat tidak memainkan tanggung jawab sebagai anak dan pelajar yang bermaruah
12-tidak hairanlah kadar kelahiran bayi luar nikah,pesta liar,golongan gay,lesbian tumbuh bak cendawan selepas hujan (semakin bertambah)
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
1- manusia merasakan tidak ada apa-apa sekiranya berhubung dengan jin atau syaitan (meminta pertolongan) kerana dalam TV mereka dilihat sebagai jin atau syaitan berwatak baik dan ada yang mempunyai sifat-sifat humor
2-manusia tidak dapat membezakan langsuir,pocong,toyol,hantu,roh dan adik-beradik hantu yang lain = syaitan,jin kafir,iblis,sedangkan sememangnya 'mereka' (langsuir,pocong,toyol,hantu,roh dan adik-beradik hantu yang lain) ini adalah golongan syaitan,iblis,jin kafir
3-tidak mengapa menggunakan santau untk membela diri yang dizalimi sedangkan dalam Islam ini adalah perkara syirik dan dalam Islam matlamat TIDAK MENGHALALKAN CARA,ulangan MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA ,ulangan terakhir MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
analogi
air dari kumbahan atau air dari tangki najis yang disuling dan ditapis akhirnya menjadi air suling yang jernih,adakah anda sanggup menggunakannya untuk minum(buat minuman air ini seperti jus oren,jadikan air mandi,buat kuah untuk tom yam,untuk buat agar-agar,membasuh pakaian,kereta,ambil air sembahyang? fikir sendiri jawapannya.
4-kalau rasa susah dan ada masalah sikit,jumpa bomoh (sakit kronik,kesempitan wang,tiada jodoh),sedangkan Allah yang Maha Berkuasa,menciptakan masalah atau ujian,Maha memperkenankan doa para hambaNya tidak diendahkan,diketepikan,dinafikan kekuasaan tersebut,jadi tidak hairanlah bomoh a.k.a pawang di Malaysia jadi kaya-raya sebab banyak income (mereka patut berterima kasih kepada pengarah atau penulis skrip genre ini)
5-manusia menjadi takut kepada hantu (tidak mahu keluar pada malam Jumaat,bulan mengambang,tanah perkuburan) sedangkan sifat ini boleh jatuh kepada hukum syirik kerana hantu lebih ditakuti daripada Allah dan tak rasa takut pula apabila berbuat kemaksiatan.
6-pengarah dan penulis skrip menunjukkan lebih menekankan cara-cara melakukan santau atau upacara perbomohan dan bukannya menceritakan akibat buruk(perkara ini tidak langsung penting untuk ditayangkan kepada orang ramai,satu Malaysia malahan melakonkan adegan ini boleh jatuh kepada hukum syirik,AWAS!
PERSAMAAN ANTARA KEDUANYA
1-Cerekarama,drama atau filem yang disiarkan melambangkan maruah pengarah dan penulis skrip sebenarnya.Banyak hukum agama dilanggar malahan dipaparkan sebagai bukan dosa(bersentuhan tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram jadi perkara biasa malah bangga) menggambarkan mereka sendiri sangat cetek pengetahuan agama.malu la...(terang2 paparkan kecetekan ilmu kepada seluruh rakyat Malaysia)
2-fantasi semata-mata (semua jalan cerita adalah rekaan semata-mata,tidak logik dengan realiti-cuba teliti betul2,daripada cerita cinta sampailah kepada cerita mistik tidak ada yang sama dengan cerita realiti yang berlaku di hadapan mata),jangan terpedaya seperti begitu indahnya bercinta (percintaan terlarang dalam Islam-kerana Allah tidak redha seperti bercouple,kahwin lari,berdating)-sememangnya takkan kekal percintaan sebegini di alam realiti (kalian yang ikut skrip cinta ini untuk diamalkan dalam realiti SANGAT PASTI takkan berkahwin dengan pasangan anda sekarang,tidak bahagia atau akan bercerai tidak lama lagi)
3-cerita yang dibuat hanyalah unutk menarik perhatian emosi semata-mata bukannya menimbulkan kesedaran atau menghidupkan iman yang telah mati (dipersilakan membuat kajian mengenai berapa ramai yang bertaubat dan kembali ke pangkal jalan setelah menonton cerita TV buatan Malaysia (dihasilkan oleh orang Islam khususnya),lebih kepada hiburan.Sewajarnya pengarah melakukan post-mortem bukan dari segi jumlah wang yang dapat dikutip tetapi berapa ramai yang memberikan jawapan "jalan ceritanya banyak menginsafkan saya..terima kasih kepada pengarah cerita ini..." atau "kisah ini memberi kesedaran mengenai kehidupan yang sebenarnya bahawa dunia ni sementara.." barulah cerita ini dilihat bermaruah dan betul-betul box office.
dan bukannya komen-komen sebegini "wow,best giler..." atau sekadar ini sahaja "teknik penggambaran banyak menggunakan teknologi terbaru.."
4-Berjaya membentuk masyarakat untuk lebih dekat dengan maksiat,jangan hairan jika ada kes terjun bangunan kerana kecewa dalam percintaan,cerita wanita lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki,kes bomoh yang merogol wanita,kes zina dan kes buang bayi,kes parti liar,kelab gay atau lesbian (diwujudkan secara bawah tanah),ada duit dan harta yang bertimbun-timbun tetapi tidak bahagia dan penuh dengan salah guna kuasa,rasuah,penindasan,monopoli dan sebagainya
KERANA
Filem,cerekarama,drama telah mengajar masyarakat untuk melakukan perkara-perkara ini melalui pembinaan persepsi mereka yang salah terhadap makna cinta yang sebenarnya,makna hidup dan bebas yang sebenarnya,makna kaya dan bahagia yang sebenarnya.
industri penyiaran dan perfileman penyumbang sebenar untuk menarik lebih ramai ahli maksiat atau bagaimana?adakah kita(pengarah,penulis skrip,penerbit) menyedari tanggung jawab,peranan dan hala tuju sebenar dalam industri ini?sekadar hiburankah?alat manipulasi perasaan kah?untuk kepentingan sendiri kah?sekadar untung kah?
sedangkan pahala yang berlipat kali ganda akan kalian peroleh dengan menonjolkan kebaikan yang kalian ketengah kan dalam jalan cerita dan orang ramai melakukannya (penonton) adalah sama seperti kalian melakukan perbuatan tersebut biarpun pada hakikatnya kalian hanya menunjukkannya melalui cerita dan tidak pun mengamalkannya.begitu mudah bukan untuk menjala pahala?
"Barang siapa yang menunjukkan (seseorang) kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya." - (Hadis Riwayat Muslim)
"Barang siapa yang menunjukkan (seseorang) kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya." - (Hadis Riwayat Muslim)
jadi pilihlah sama ada bahagia di dunia,menderita di akhirat atau sebaliknya
pilihan di tangan kalian bukan di tangan orang lain
*peringatan bersama,Yang baik kita amalkan,yang buruk dijauhkan*
2 comments:
sangat setuju!
perfect kak. hehe. tahniah sebab buat entri macam nie:)
sangat membuka minda.
ziarah~
Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
Post a Comment