Aku bau durian pun tak boleh..macammana nak makan?
Adakah ini persepsi negatif?
**************************************************************
Dalam pelajaran matematik dan Sains ,manusia tidak akan dapat lari daripada formula dan eksperimen? Betul ke?
Kerana sains itu melibatkan pembuktian hasil daripada perubahan alam semula jadi,bukan berasaskan kepada tekaan atau imaginasi tetapi pembuktiaan melalui eksperimen yng dilakukan.Sains tidak dapat lari daripada matematik.Kedua-duanya saling berkait antara satu sama lain.
Apa perkaitannya durian dengan Sains????
Cuba nak kaitkan dengan Islam…
Kita rasa tiada siapa sayang kita apabila kita ditimpa ujian dan seolah-olah tiada jalan keluar…
Kita rasa kita keseorangan apabila orang lain tidak menghiraukan kita
Kita rasa kita dipandang hina apabila manusia menghina kita
Kita rasa kitalah orang paling malang di dunia
Kita rasa diri kita sudah tidak diperlukan lagi
Kita rasa…dan macam-macam rasa dan perasaan lagi…
TETAPI JANGAN LUPA..SELALULAH INGAT…
Allah sentiasa sayang kepada hamba-hambaNya,menjaga kita lebih daripada ibu bapa kita menjaga kita,sebab itulah kita diberikan al-Quran supaya kita jaga diri kita baik-baik di dunia supaya di akhirat kelak kita sampai ke destinasi kita yang sebenarnya iaitu syurga.al-Quran ibarat peta,petunjuk supaya tidak tersesat atau tertipu dengan muslihat di dunia.Dia beri kita makan,senaraikan makanan yang pernah kita makan…daripada nasi goreng ke makanan laut…lebih daripada 20 jenis masakan kita boleh senaraikan…selalunya tanpa kita minta Dia sudah berikannya kepada kita,lebih daripada yang sepatutnya kita makan jika dibandingkan dengan kemaksiatan kepadaNya yang telah kita lakukan.
Dia sentiasa memberi tanpa perlu mennggu kita meminta,Maha Pemurah Allah,memberikan kita deria rasa,sehingga bermacam-macam rasa makanan kita dapat rasa.Tentunya rasa laksa dengan kari jauh bezanya.Rasa aiskrim dengan kek keju tiada yang sama.Dia beri kita ibu bapa tempat menumpang kasih dan bermanja,beri kita kaki supaya dapat bergerak ke mana sahaja yang kita suka,dia berikan suara supaya kita dapat meluahkan apa yang kita rasa..dan lebih dari 1001 lagi nikmat yang tiada penghujungnya…
Adakah kita ini sebenarnya kurang mendapat kasih sayang atau kita yang buta untuk melihat dan menyedari kasih sayangNya?
Bagaimana dengan nikmat Islam yang Allah beri kepada kita? Adakah kita merasainya?
Adakah kita seperti situasi mengenai durian itu tadi?
Persangkaan semata-mata?kenapa tidak merasa dahulu isi durian tersebut?
Adakah dengan melihat keadaan umat Islam sudah melambangkan Islam yang sebenarnya? Betulkan persepsi negatif kita…mungkin silap kita yang tidak betul-betul mengamalkan Islam.
Inginkan jawapan dan penyelesaian segera tetapi amalan tidak seberapa,amalan tunggang langgang tak nampak macam kita bersungguh-sungguh,buat dalam keadaan sebelah mata..adakah wajar kita menghukum Islam dengan hukuman berat sebelah???
Kita rasa orang pandang hina kepada kita…kerana kita menyatakan kebenaran(hukum Islam).Tidak usah bersedih,penghinaan manusia tidaklah sehebat menerima azab daripada Allah Ta’ala.Penghinaan manusia hanya memberi kesan apabila kita yang terlalu memikirkannya,dan tidak ada apa-apa kesan pun jika kita tidak memikirkannya.Tetapi kalau menerima penghinaan dan azab Allah kita takkan hidup senang sampailah kita bertaubat,kembali kepadaNya.
Kita rasa kita paling malang di dunia?
Sebabnya kita hanya memandang orang yang berada di atas kita..
cuba pandang orang yang yatim piatu,selepas itu datuk meninggal,dijaga oleh bapa saudara,isteri meninggal,anak-anak lelaki meninggal,diejek,dihina,cubaan membunuhnya,dibaling batu,dan banyak lagi yang dialami oleh Junjungan Mulia,Rasullullah S.A.W..adakah Baginda berasa dirinya paling malang? tidak sesekali berasa demikian kerana Baginda YAKIN,dengan hati yang bulat,Allah sentiasa bersama-sama denganNya,malahan ujian yang datang sebagai mahar untuk semakin berada dekat dengan Allah Ta’ala.
Kita rasa diri kita sudah tidak diperlukan lagi
Kerana kita lupa peranan sebenar kita di dunia ini…
Lupa tanggngjawab kita dihidupkan..adakah sekadar makan,minum,berkahwin dan bekerja?di manakah letaknya peranan manusia dalam alam ini?
Haiwan juga makan,minum,mempunyai keluarga(membiak),mencari rezeki,jadi manusia setaraf dengan mereka?atau adakah mereka lebih mulia daripada manusia?
Lihat manusia di sekeliling kita..adakah mereka bahagia?jika bahagia kenapa masih ada kecurian,rogol,peperangan,pertelingkahan,penderaan?
Kerana manusia sudah lupa untuk bergantung kepada Tuhan,Allah yang sentiasa menungu-nunggu hamba-hambaNya meminta,berdoa kepadaNya
Adakah kita menggunakan peluang ini ketika masih bernyawa?
Kita mempunyai kuasa yang terhebat di alam semesta,yang mencipta sesuatu dengan hanya berseru “KUN” maka “Jadilah”
Kenapa masih takut?
Kita mempunyai tempat mengadu,jika inginkan sesuatu mintalah kepadaNya
Kerana Dia memiliki segala apa yang dimiliki oleh makhluk-makhlukNya
Jika kita tidak dapat di dunia,kita akan mendapatnya di akhirat kelak,itu janjiNya.
Kita sentiasa boleh berhubung denganNya bila-bila masa,melalui solat 5 waktu (perjumpaan secara rasmi),
Malam,ada ruang untuk ‘berjumpa’ denganNya melalui qiamullail.Dia sentiasa ada untuk kita..adakah kita menyedarinya?
Dia sentiasa memerhati dan mengingati hamba-hambaNya,tetapi bagaimana pula ingatan kita kepadaNya?
Perkaitan durian dengan Sains?
Formula telah Allah beri(melalui doa,solat,ingatan dan taat kepadaNya) untuk mencapai ketenangan dan berjaya dalam dua alam(dunia dan akhirat).Formula ini telah terbukti kerana Rasullullah S.A.W. telah mengamalkannya,jika dibandingkan dengan formula sains belum tentu benar terutamanya teori Sains.
Teori Sains dan formula boleh berubah tetapi formula Islam dengan sepenuh keyakinan terbukti keberkesanannya..belum cuba PASTI TAK TAHU…
muhasabah bersama terutamanya untuk diri yang menulis ini
No comments:
Post a Comment