Amaran! ini bukan kisah seram...
-Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan,diikuti oleh rasa, bau dan sentuh
-Kepala manusia masih lagi dalam keadaan sedar selama 15 hingga 20 saat selepas ia dipenggal
-Apabila Alexender The Great mati pada 323 sebelum Masihi, sebuah jalan khas telah dibina dari Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksir kos pengurusan mayat Alexender itu dengan nilai mata wang pada hari ini, kosnya dianggarkan AS$600 juta (RM2.28 bilion)!
-Sejurus sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah mengambil nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.
-Lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.
-Mayat pada hari ini lebih lambat mereput berbanding dahulu kerana terdapatnya banyak bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan.
-Mayat mereput empat kali lebih cepat di dalam air berbanding yang ditanam di dalam tanah.
-Pencipta siri TV Star Wars, Gene Roddenberry adalah manusia pertama yang abu mayatnya disemadikan di angkasa lepas.
- Kematian tidak mengira sesiapa dan boleh mati dalam pelbagai cara sehingga ada cara kematian yang kita tidak boleh bayangkan seperti mati ketika ketawa,mati kerana terlanggar kerbau dan sebagainya.
- Kematian ialah permulaan kepada kehidupan di akhirat dan penamat bagi kehidupan dunia.
- Cara permulaan bagi sebuah kehidupan bukanlah kepentingan yang paling utama tetapi cara berakhirnya sebah kehidupan (kematian)adalah penentuan bagi segala-galanya!
-Kematian juga boleh jadi sesuatu yang mengembirakan seseorang
-Kematian bukanlah penyelesaian kepada sesuatu permasalahan (kes perebutan harta,kes penjagaan anak dan ibu bapa dan sebagainya)
-Kematian = meninggal dunia kerana kita hanya meninggalkan dunia bukan meninggalkan segalanya oleh itu keadaan ini juga membuktikan amalan kita tidak akan kita tinggalkan sebaliknya akan dibawa bersama-sama sehingga Hari Pembalasan.
No comments:
Post a Comment