Perlu ke kita bagi jawapan untuk entry kali ni?
Monolog dalaman1 :
Bila la aku nak berubah...rasa tak mungkin mustahil tercapai hasrat aku nak berubah.
Monolog dalaman 2 :
Aku nak berubah? jangan mimpi la..orang lain tu yang patut berubah...aku dah ok dah!
Monolog dalaman 3:
Mmm… kalau aku nak berubah aku kena kahwin dengan Ustaz/Ustazah dulu,baru la boleh berubah...
Monolog dalaman 4:
Entah la..nak harapkan suami aku/isteri aku didik aku..berkurun la aku tunggu..bila la dia nak bimbing aku ni???
Monolog dalaman 5:
Aku tak peduli apa orang nak kata,aku adalah aku!
Monolog dalaman yang lain….(fikir sendiri)...
Perubahan?Berubah ialah bertukar daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain sama ada bertukar tempat,masa,fizikal dan sebagainya tetapi fokus perubahan ini ialah pertukaran sikap,amalan dan nilai iman(ketakwaan).
Ramai yang nak berubah tetapi berubah ada nilai pengorbanan kerana semua benda dan perkara di dunia ni semuanya berbayar(perlukan pengorbanan),nak oksigen pun kena ada pengorbanan.Ya,perlu pengorbanan wang dan masa untuk jaga paru-paru dan jantung(pendek kata jaga kesihatan diri) supaya dapat bernafas dengan begitu baik (tak tersekat-sekat,semput dan sebagainya).
Kenapa tunggu orang lain untuk berubah?Tidakkah itu satu perkara yang merugikan?Mengharapkan orang lain,adakah orang tersebut mampu merubah kita?
KERANA perubahan yang sebenar bermula daripada diri sendiri
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib ,sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri
mengubah nasibnya”
mengubah nasibnya”
Maksud Surah Ar-Ra’d -ayat 11-
Sehebat mana guru itu,sekaya mana ibu bapa,sezuhud mana pun suami atau isteri seseorang itu kalau anak didiknya /anaknya/suami atau isteri tidak mahu berubah maka dia tidak akan berubah kerana DIRINYA SENDIRI TIDAK MAHU BERUBAH.
Ini kisah benar,jika dilihat kepada para nabi dan rasul,biarpun bapa mereka,anak saudara mereka atau anak mereka itu seorang nabi atau rasul,mereka tetap tidak mahu berubah akibatnya mereka ditimpa azab yang pedih oleh Allah.Sebagaimana dalam al-Quran ada menyatakan :
Mereka semua naik dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir. 11 : 42
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata. 6 : 74
Walaupun segalanya datang daripada Allah termasuklah hidayah,jika kita tidak berdoa(memohon) kepada Allah dan berusaha maka sudah tentulah kita tidak akan berubah sampai bila-bila.
‘Luahan’ rasa 1:
Apa kecoh-kecoh ni..kita muda lagi la..buat baik bila-bila masa pun boleh!
‘Luahan’ rasa 2:
Nak sibuk hal orang ni kenapa ye?kubur masing-masing,tak perlu fikir tentang orang lain…
‘Luahan’ rasa 3:
Masa masih panjang ni,tangguh la dulu nak pergi haji..banyak lagi masa tu…
‘Luahan’ rasa 4:
Sekejap la mak,orang sibuk ni..nanti orang balik la..
‘Luahan’ rasa 5:
Susah juga nak tolong orang ni..daripada diri jadi susah sebab tolong orang lebih baik tak payah tolong..buat susahkan diri sendiri je…
Dan banyak lagi ‘Luahan’ rasa nafsu…
Masa ada 24 jam sehari tetapi mungkin masa untuk hari ini milik kita bukan lagi 24 jam tetapi hanya sejam?atau beberapa minit sahaja?
Kenapa pula?
Kerana ajal datang tak tentu masa,tak tentu keadaannya dan tak tentu tempatnya.
Jadi PERSOALANNYA ialah:
Apakah bekalan kita?
Tips supaya sentiasa mudah berbuat baik:
1- Berniat untuk buat baik pada hari esoknya setiap kali sebelum tidur
2- Berdoa agar dimudahkan Allah untuk melakukan kebaikan(tiada halangan daripada manusia,syaitan dan nafsu)
3- Berkawan atau bergaul dengan orang yang sentiasa mengingatkan kita tentang akhirat
SEBENARNYA BUAT BAIK ni SENANG JE
Kalau kita tidak mampu menghulurkan wang,hulurkan tenaga,jika tiada tenaga hulurkan bantuan lisan atau tulisan…
Macam ni:
Rumah jiran kita terbakar dan kos kerugian sebanyak rm20000.kita tidak mampu memberi sebanyak itu walaupun rm1 kerana miskin,tetapi jangan risau,kerana ruang untuk memberi pertolongan dan meraih pahala sentiasa ada iaitu:
1-Berdoalah untuknya agar diringankan bebanannya
2-Mengutip sumbangan untuk jiran anda melalui pengumuman di masjid atau surau atau menyampaikannya ke kawasan perkampungan atau jiran yang berdekatan.
Lihat kisah ini :
Terdapat seorang raja yang mempunyai kebun mangga yang begitu luas.Pada suatu hari, raja tersebut telah memerintahkan 3 orang pemuda di kawasan pemerintahannya untuk membantu Baginda mengumpulkan seberapa banyak mangga di kebunnya dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Baginda.Ketiga-tiga orang pemuda tersebut menerima arahan tersebut dan mereka mula merayau-rayau di sekitar kebun mangga milik raja mereka.
Kelihatan pemuda pertama mengambil semua mangga yang ada tanpa memilih sama ada mangga tersebut sudah masak atau tidak,masih elok atau telah buruk.asal sahaja mangga tersebut berada di hadapannya,dia lantas mengisinya dalam karung yang telah diberikan kepadanya.
Pemuda kedua pula kelihatan begitu sibuk memilih-milih mangga yang terbaik.Dia begitu bersungguh-sugguh mengait mangga yang masak ranum biarpun mangga tersebut berada di dahan yang tinggi.
Manakala pemuda ketiga berjalan-jalan sambil lewa dan mengambil mangga mengikut rasa hatinya.Kelihatan tidak banyak mangga yang diambil dan hanya lebih banyak berjalan-jalan melihat keadaan sekeliling dan bermain-main di sekitar kawasan tersebut.
Tempoh yang telah ditetapkan telah tamat,maka raja menitahkan mereka menghadap Baginda.Sebaik sahaja menghadap raja mereka,secara mengejut raja mengarahkan supaya mereka dipenjarakan seumur hidup dan sumber makanan mereka untuk terus hidup adalah buah mangga yang telah mereka ambil di kebun raja mereka sebelum ini.
Persoalan:
1- Siapakah yang paling beruntung?
2- Siapakah yang paling terkejut?
3- Siapakah yang dapat tersenyum?
4- Siapakah yang menangis kesedihan?
pesanan untuk diri sendiri:
pesanan untuk diri sendiri:
Begitulah perumpamaan dunia,berbuat baiklah selagi kesempatan masih ada sebagai bekalan waktu di akhirat sana.jangan hentam keromo,yang baik dan buruk semua diambilnya,akhir sekali diri sendiri merana.Kalau nak buat jahat ingatlah mati.
Apakah bekalan kita?
memang perlu 'kecoh' , untuk hidup dengan baik di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment