Senyum sangka mengejek
Masam sangka merajuk
Bermuzakarah sangka mengumpat
Diam sangka menyendiri
Mungkin diam: berzikir
Senyum: bersedekah
Masam: teringatkan dosa
Jangan mudah berprasangka
Surah Yunus: ayat 36
Kebanyakan mereka mengikuti dugaan.Sesungguhnya dugaan itu tidak sedikit pun berguna untuk melawan kebenaran.Sungguh,Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan
Persangkaan,menyangka,mengagak
Oh Tuhan,begitu banyak sekali sangkaan manusia antara sesama mereka sehingga menyebabkan perselisihan,pergaduhan,peperangan,perceraian,dengki,kesedihan yang berpanjangan,keresahan
Oh,banyak perkara negatif yang terbit dari hati
Ruginya berprasangka buruk,kerana menutup segala kebaikan yang dilakukan oleh makhluk
Sesalnya bersangka buruk
Rupa-rupanya tidaklah teruk
Malangnya bersangka buruk
hilang maruah serta persahabatan juga teman sepermainan
Alangkah ruginya berprasangka buruk
perasaan negatif datang menjenguk
Malunya bersangka buruk
Rupa-rupanya diri sendiri yang terlalu teruk
Sesalnya bersangka buruk
Menjual perasaan kepada yang ilusi
Rupa-rupanya bukanlah satu realiti
Hanyalah mainan emosi
Diapi-apikan oleh syaitan yang dilaknati
Ya Allah
Berapa lamakah masa yang tinggal untuk sebuah hubungan kekeluargaan,hubungan persahabatan,hubungan kasih sayang
Akhirnya padam disebabkan oleh mainan perasaan
Ya prasangka buruk yang memadamkan
Segala kebaikan dan nyalaan keimanan
Menyebabkan perpecahan,kekalutan jiwa dan perasaan
Menyebabkan hati dan realiti tidak lagi damai
Sentiasa dalam kesedihan yang berpanjangan,marah yang tidak mungkin padam
Hanya…
Hanya kerana satu andaian
Andaian ilusi dan pentafsiran sendiri dari kejauhan
Melalui pemikiran dan kaca mata penglihatan
Tidak mahu berterus terang
Tetapi tidak pula bertanya kepada yang empunya diri
Adakah sama seperti yang ditafsirkan?
Atau hanya sekadar mainan perasaan?
Atau pemikiran dan kaca mata penglihatan kita telah diperalatkan oleh nafsu dan syaitan
AWAS!
Jaga iman,jaga amal
Jangan musnahkan keindahan perhubungan hanya kerana andaian negatif
Yang akhirnya membelenggu perasaan
Sepatutnya tiada apa-apa yang perlu dikusutkan,tiada apa-apa yang perlu mewujudkan kesedihan dan kebencian
Jangan sampai menjadi satu kisah sedih apabila amalan hati dinilai di akhirat kelak
Mendapati
Diriku yang berprasangka buruk tetapi dirimu ikhlas mendoakan diriku,marah kerana menyayangiku,diam untuk memelihara imanmu,menjauh kerana lebih mengutamakan Khaliqmu,pergi kerana berjuang untuk agamamu,tertawa kerana berjaya mengalahkan marahmu,sedih kerana merasai penderitaanku atau terlupa mengenai diriku kerana banyak mengingati masalah umatMu
Oh,panjangnya sebuah perjalanan tetapi ini hanyalah sangkaan.
Mungkin aku yang pergi dulu dalam sekelip mata dan khabarku terkubur tanpa berita.
Kuharap ini tidak menimbulkan prasangka yang negatif kerana diri ini hanyalah makhluk yang terbatas pengetahuannya melebihi pengetahuan Allah yang Maha Mulia
Hati ini belum tentu dirinya sendiri pun memahaminya tetapi hati ini pasti difahami kehendaknya oleh ALLAH TA'AlA tentunya.
No comments:
Post a Comment