PERBEZAAN DI ANTARA SEORANG MUSLIM DENGAN SEORANG
KAFIR
Manhaj Hidup Muslim
Sayyid Qutub
KENAPA SEORANG MUSLIM BERBEZA DARI SEORANG KAFIR?
Saudara-saudara sesama Muslim.
Setiap Muslim percaya bahawa seorang Muslim lebih
tinggi darjatnya daripada seorang kafir. Allah senang
terhadap seorang Muslim dan benci kepada orang kafir.
Seorang Muslim akan memperolehi keselamatan dari
Allah, sedangkan seorang kafir tidak. Seorang Muslim
akan masuk ke syurga, dan seorang kafir akan masuk ke
neraka.
Marilah kita fikir-kan benar-benar, mengapa ada
perbezaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan
seorang kafir. Padahal seorang kafir adalah juga
keturunan Adam, seperti kita semua. la juga seorang
manusia, seperti kita semua. la juga punya tangan,
kaki, mata dan telinga, seperti kita semua.
Dan sebagaimana kita semua, ia pun bernafas dengan
udara yang sama, minum air yang sama, dan hidup di
bumi yang sama. Allah yang menciptakan kita, adalah
Pencipta-nya juga. Maka, kenapakah darjatnya rendah
dan darjat kita tinggi?
Mengapa kita semua nanti akan masuk syurga dan dia
masuk neraka?
APAKAH PERBEZAANNYA HANYA SOAL NAMA SAJA?
Ini adalah suatu masalah yang harus kita fikirkan
secara mendalam. Perbezaan yang begitu besar antara
seorang Muslim dengan seorang kafir, tidak mungkin
kerana seorang itu bernama 'Abdullah dan 'Abdurrahman,
sedang yang lain bernama Joni dan Robertson; atau
kerana yang seorang dikhitan dan yang lain tidak; atau
kerana yang seorang tidak memakan daging babi dan yang
lain memakan nya.
Allah Yang Maha Kuasa, yang telah menciptakan alam
seluruh manusia dan memberi nya rezeki, tidak mungkin
bertindak demikian kejam, mendiskriminasikan antara
makhluk-Nya, hanya kerana soal-soal kecil seperti itu
dan memasukkan hamba-Nya yang satu ke syurga sedang
yang lain ke neraka.
PERBEZAAN ISLAM DAN KUFR YANG SEBENARNYA
Memang benar perbezaan yang besar dalam kedudukan
seorang Muslim dengan seorang kafir bukanlah kerana
soal nama, khitan dan daging babi. Kalau begitu,
apakah perbezaan yang sebenarnya antara keduanya?
Jawabnya hanyalah satu, yakni kerana Islam dan kufur.
Islam bererti kepatuhan kepada Allah sedangkan kufur
bererti keengkaran kepada Allah. Orang Muslim dan
orang kafir kedua-duanya adalah manusia, kedua-duanya
adalah hamba Allah.
Tetapi yang satu berkedudukan mulia kerana ia mengakui
Allah, dan mematuhi perintah-perintah-Nya. Yang satu
takut akan hukuman yang akan diberikan-Nya bila ia
tidak mematuhi perintah-perintah-Nya. Sedangkan yang
satu lagi terperosok dari kedudukan yang itu kerana ia
tidak mengakui Allah dan tidak mahu melaksanakan
perintah-Nya.
Inilah sebabnya mengapa Allah senang kepada
orang-orang Muslim dan benci kepada orang-orang kafir.
Allah menjanjikan kurniaan syurga bagi orang-orang
Muslim, dan memperingatkan orang-orang kafir bahawa
mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.
SEBAB PERBEZAAN: PENGETAHUAN DAN PERBUATAN
Dari huraian di atas jelaslah bahawa ada dua hal yang
membezakan seorang Muslim dengan seorang kafir.
Yang pertama adalah pengetahuan dan yang kedua
perbuatan.
Pengetahuan bererti bahawa seorang Muslim harus tahu
siapa Tuhannya, apa perintah-perintah-Nya, bagaimana
cara-cara untuk menuruti kehendak-Nya,
perbuatan-perbuatan mana yang disukai-Nya dan mana
yang tidak disukai-Nya.
Bila ia sudah tahu akan hal-hal tersebut, maka langkah
yang kedua ialah bahawa ia harus menjadikan dirinya
sebagai hamba dari Tuhannya, melaksanakan
kehendak-kehendak-Nya, dan mengabaikan
kemauan-kemauannya sendiri.
Bila hatinya ingin melakukan sesuatu perbuatan, tapi
perbuatan itu bertentangan dengan perintah Tuhannya,
maka ia mesti meninggalkan keinginan nya sendiri dan
melaksanakan perintah Tuhannya. Apabila suatu
perbuatan kelihatan mulia di matanya, tapi Tuhannya
mengatakan bahawa perbuatan itu hina, maka ia harus
memandangnya hina pula.
Sebaliknya, apabila suatu perbuatan nampak hina di
matanya, tapi Tuhannya mengatakan mulia, maka ia mesti
memandangnya mulia pula.
Apabila ia melihat bahawa suatu pekerjaan mengandungi
bahaya, tapi Tuhan-nya mengatakan bahawa pekerjaan itu
harus dilakukan, maka bagaimanapun juga ia mesti
mengerjakannya, walaupun ia mungkin akan kehilangan
harta-benda atau bahkan nyawa nya.
Sebaliknya, bila ia memandang bahawa suatu pekerjaan
akan mendatangkan keuntungan baginya, tetapi Tuhannya
melarang nya untuk mengerjakan pekerjaan tersebut,
maka ia wajib meninggalkannya, walaupun pekerjaan
tersebut boleh mendatangkan keuntungan sebanyak harta
benda yang ada di seluruh dunia ini.
Inilah pengetahuan dan perbuatan yang menjadikan
seorang Muslim sebagai hamba Allah yang sejati, yang
mendapat limpahan rahmat-Nya serta kedudukan yang
luhur dan mulia.
Sebaliknya, kerana seorang kafir tidak memiliki
pengetahuan ini, ia dimasukkan ke dalam golongan hamba
Allah yang membangkang dan tidak mendapat limpahan
rahmat-Nya.
Sekarang seandainya ada seseorang yang menyatakan
diri-nya seorang Muslim, tapi ia sama bodoh nya
tentang Islam dengan seorang kafir, dan sama pula
pembangkangan nya kepada Allah, apakah kita mengatakan
dengan menggunakan pertimbangan yang adil, bahawa
kedudukannya lebih tinggi daripada seorang kafir,
semata-mata kerana ia memiliki nama yang berbeza,
memakai pakaian yang berbeza dan memakan makanan yang
berbeza dengan orang kafir tersebut?
Dan apa pula alasannya untuk mengatakan bahawa ia
berhak memperolehi rahmat Allah di dunia dan di
akhirat?
Islam bukanlah sesuatu yang bersifat kesukuan,
kekeluargaan atau persaudaraan yang langsung
diwariskan oleh orang tua kepada anak dan dari anak
kepada cucu. Kedudukan sebagai seorang Muslim tidaklah
diperolehinya kerana keturunan sebagaimana hal nya
kasta, di mana anak seorang Brahman akan tetap
memperolehi kedudukan yang tinggi, betapa pun bodoh
dan jahat perangainya, kerana ia memang lahir dalam
keluarga Brahman yang berkedudukan tinggi.
Sementara itu, anak dari orang tua berkasta rendah
akan tetap berkedudukan rendah, kerana memang ia lahir
di tengah-tengah keluarga yang berkasta rendah. Dalam
hal ini Allah telah menyatakan dalam Kitab-Nya:
"... Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara mu
di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di
antara kamu ..."
(Surah Al-Hujurat: Ayat 13)
Ertinya, semakin banyak orang mengetahui tentang Allah
dan semakin mentaati perintah-Nya, maka akan semakin
tinggi pulalah kedudukannya di mata Allah.
Nabi Ibrahim 'alaihissalam dilahirkan di tengah-tengah
keluarga seorang penyembah berhala, tetapi beliau
mengenal Allah dan mentaati perintah-Nya. Itulah
sebabnya Allah mengangkat nya sebagai imam seluruh
dunia.
Anak Nabi Nuh di-lahirkan dalam keluarga seorang Nabi,
tetapi ia tidak mengerti tentang Allah dan tidak
mentaati perintah-Nya. Itulah sebabnya mengapa Allah
menghukumnya sedemikian rupa tanpa memperdulikan
keluarganya, hingga kisah nya menjadi contoh bagi
seluruh dunia.
Kerana itu marilah kita fahami benar-benar bahawa apa
pun perbezaan yang ada antara seorang manusia dengan
manusia yang lain, dalam pandangan Allah hal itu
berhubungan erat dengan pengetahuan dan perbuatan.
Baik di dunia ini mahupun di akhirat nanti, rahmat
Allah dilimpahkan kepada mereka yang mengerti akan
Allah, tahu jalan yang benar yang ditunjukkan-Nya, dan
melaksanakan perintah-perintah-Nya.
Mereka yang tidak memenuhi persyaratan-persyaratan ini
sama saja kedudukannya dengan mereka yang kafir, dan
tidak berhak memperolehi rahmat-Nya, sama ada mereka
bernama 'Abdullah, 'Abdurrahman, Joni atau Kartar
Singh.
MENGAPA ORANG-ORANG MUSLIM TERHINA SEKARANG INI?
Saudara-Saudara!
Kita semua menamakan diri kita orang-orang Muslim, dan
kita yakin Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada
orang-orang Muslim. Tetapi marilah kita buka mata kita
dan kita lihat apakah rahmat Allah dilimpahkan kepada
kita atau tidak.
Apa pun yang terjadi di akhirat, itu adalah urusan
nanti, tetapi yang penting marilah kita lihat
kedudukan kita di dunia ini. Kita kaum Muslimin di
Hindustan ini berjumlah 90 juta orang (sebelum India
terbagi menjadi India dan Pakistan).
Jumlah kita demikian besar sehingga bila masing-masing
kita melemparkan sebuah batu, maka tumpukan batu itu
akan menjadi sebuah gunung. Tetapi di negeri yang
begitu banyak orang-orang Muslim nya ini, pemerintahan
berada di tangan orang-orang kafir. Tengkuk kita
berada dalam cengkaman tangan mereka, dan mereka
memutar kepala kita ke arah mana saja yang mereka
sukai. Padahal seharusnya kepala kita tidak kita
tundukkan di depan siapa pun juga Allah, tetapi
sekarang tertunduk di hadapan manusia-manusia yang
sama seperti kita juga.
Kehormatan kita yang mestinya tidak boleh dinodai oleh
siapa pun juga, sekarang belumuran tanah. Tangan kita
yang selama ini selalu di atas sekarang berada di
bawah dan menadah di hadapan orang-orang kafir.
Kebodohan, kemiskinan dan hutang telah merendahkan
darjat kita di mana-mana.
Apakah ini semua rahmat Allah? Apabila ini semua bukan
rahmat melainkan kemurkaan, maka alangkah anehnya
bahawa kita sebagai orang-orang Muslim mendapatkan
kemurkaan Allah! Kita semua orang-orang Muslim, tetapi
kita berkubang dalam lumpur kehinaan, kita semua
orang-orang Muslim, tetapi kita hidup sebagai
budak-budak! Situasi seperti ini kelihatannya
betul-betul tidak mungkin, seperti tidak mungkin nya
suatu benda dalam waktu yang sama berwarna hitam dan
putih.
Bila seorang Muslim adalah seorang yang dicintai
Allah, bagaimana mungkin ia hidup terhina di dunia
ini?
Apakah Allah, (na'udzu billah min dzalik), seorang
dewa penindas hingga sementara kita menjalankan
kewajiban-kewajiban terhadap-Nya dan mentaati
perintah-perintah-Nya, Dia membiarkan orang-orang yang
menentang-Nya memerintah kita dan menghukum kita
kerana kepatuhan kita kepada-Nya?
Apabila kita percaya bahawa Allah bukan-lah penindas
dan bila kita percaya bahawa balasan kepatuhan kepada
Allah tidak mungkin berupa kehinaan, maka kita semua
harus mengakui bahawa ada sesuatu yang salah dalam
pengakuan kita sebagai orang-orang Muslim.
Walaupun dalam daftar penduduk, kita tercatat sebagai
orang-orang Muslim, tetapi Allah tidak memberikan
penilaian berdasarkan keaslian daftar penduduk yang
dikeluarkan oleh pemerintah. Allah punya pejabat
sendiri. Kita harus mencari dalam daftar-Nya untuk
melihat apakah nama kita termasuk dalam kelompok
hamba-hamba-Nya yang patuh ataukah dalam kelompok yang
tidak patuh?
Allah mengirimkan Kitab-Nya kepada kita, hingga bila
kita membacanya kita dapat mengenal-Nya dan tahu
cara-cara untuk dapat menjadi hamba-Nya yang patuh.
Apakah kita pernah mencuba untuk mengetahui apa yang
tertulis dalam Kitab itu?
Allah mengutus Rasul-Nya kepada kita untuk mengajar
kita cara menjadi seorang Muslim. Apakah kita pernah
mencuba mengetahui apa yang diajarkan oleh utusan-Nya
itu?
Allah menunjukkan kepada kita jalan untuk memperolehi
kehormatan dan kemuliaan di dunia ini dan di akhirat
nanti. Apakah kita sudah menuruti jalan tersebut?
Allah dengan jelas memberitahukan kepada kita
perbuatan-perbuatan yang bagaimana yang dapat
merendahkan kedudukan manusia di dunia ini dan di
akhirat nanti. Apakah perbuatan-perbuatan tersebut
sudah kita hindari?
Jawapan apa yang dapat kita berikan kepada
pertanyaan-pertanyaan ini?
Bila kita mengetahui bahawa kita tidak mempunyai
pengetahuan dari Kitab Allah dan dari kehidupan
Utusan-Nya dan tidak pula mengikuti jalan yang
ditunjukkan oleh-Nya, maka bagaimana kita boleh
disebut orang-orang Muslim yang patut menerima
rahmat-Nya?
Pahala yang kita perolehi adalah sebanding dengan
darjat kita sebagai Muslim, dan kita akan memperolehi
balasan yang seperti itu pula di akhirat nanti.
Saya telah menyatakan sebelumnya bahawa secara mutlak
tidak ada perbezaan antara seorang Muslim dengan
seorang kafir, kecuali dalam masalah pengetahuan dan
perbuatan.
Apabila pengetahuan dan perbuatan seseorang sama
dengan pengetahuan seorang kafir, sedangkan dia
menyebut dirinya seorang Muslim, maka ucapan nya itu
adalah dusta yang tidak tahu malu.
Seorang kafir tidak suka membaca Al-Qur'an dan tidak
tahu apa yang tertulis di dalamnya. Apabila seorang
yang mengaku Muslim keadaannya juga demikian,
bagaimana ia dapat disebut seorang Muslim?
Seorang kafir tidak mengetahui apa yang diajarkan oleh
Rasulullah Sallallahu’ alaihi Wasallam dan jalan lurus
yang telah ditunjukkan nya untuk menuju kepada Allah.
Apabila seorang yang mengaku dirinya Muslim sama bodoh
nya seperti ini, bagaimana ia boleh disebut seorang
Muslim?
Seorang kafir hanya mengikuti kemahuannya sendiri,
bukan perintah Allah. Apabila seorang yang mengaku
Muslim sama seperti ini, keras-kepala, dan hanya
mengikuti fikiran dan pendapat nya sendiri,
mengacuhkan Allah, dan menghamba kepada kemahuannya
sendiri, maka bila mana ia punya hak untuk menyebut
dirinya seorang Muslim (hamba Allah yang patuh)?
Seorang kafir tidak membezakan antara yang halal dan
yang haram, dan mengambil apa saja yang menguntungkan
dan menyenangkan baginya dengan tidak memperdulikan
apakah itu halal atau haram dalam pandangan Allah.
Apabila seorang yang menyebut dirinya Muslim
tingkah-lakunya sama dengan seorang yang bukan Muslim,
apa bezanya dia dengan seorang kafir?
Ringkasnya, apabila pengetahuan seorang Muslim tentang
Islam sama bodoh nya dengan pengetahuan seorang kafir
tentang Islam, dan ia (Muslim) melakukan
perbuatan-perbuatan yang dilakukan seorang kafir, maka
bagaimana ia dapat dianggap lebih tinggi kedudukannya
daripada seorang kafir?
Atau bukanlah hal ini sama seperti perbuatan seorang
kafir? Ini adalah masalah yang harus kita renungkan.
No comments:
Post a Comment