Monday 17 November 2014

Fenomena GST April 2015 & Cadangan untuk budget negara tahun 2016

salam dan selamat sejahtera

Hujan mencurah-curah di Terengganu dan beberapa kawasan mengalami banjir termasuklah sekolah,maka ada sekolah yang berkemungkinan cuti awal minggu ni berikutan banjir di kawasan sekolah,beberapa jalan juga ditutup maka beberapa kawasan terputus laluan,doakan kami di sini.Begitulah kehendak Allah,maka tiada sesiapa yang dapat menahan dari hujan turun melainkan Allah jua..

Perkongsian berkenaan dengan isu GST yang akan bermula pada tahun 2015, sememangnya menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna kerana kenaikan harga minyak sahaja turut memeningkan kepala maka ditambah lagi dengan isu GST walaupun dikatakan tidak semua yang dikenakan GST.Apa-apa pun diharapkan agar pemberian BR1M,subsidi dan beberapa bantuan kerajaan yang lain dapat benar-benar menyeimbangkan ekonomi negara kerana kewujudan GST dan dalam pada masa yang sama berlaku pemberian sumbangan jika tidak diurus dengan AMANAH dan CEKAP maka mungkin akan memburukkan lagi keadaan memandangkan GST di Malaysia masih di peringkat percubaan (kerajaan masih lagi dalam usaha mendidik masyarakat dan para peniaga di Malaysia) ditambah lagi dengan kes-kes antarabangsa yang memakan belanja yang besar berikutan peristiwa luar jangkaan iaitu kes MH370 dan MH 170...

Sebagai seorang rakyat maka saya ingin cadangkan agar kenaikan kos hidup rakyat dapat ditampung dengan kadar perbelanjaan yang lebih sistematik dan berperikemanusiaan.Antara cadangannya:

1) Menghapuskan bayaran tol
2) Menghapuskan/mengurangkan separuh dari pembayaran yuran PTPTN kepada peminjam PTPTN
3)Mengurangkan kadar tarif elektrik
4)hapuskan cukai pintu
5)Menggalakkan kerja-kerja sukarela-lebih banyak melakukan tugas sukarela sama ada dalam kalangan individu atau organisasi maka cukai/beban hutang dengan kerajaan dikurangkan

Kenapa,perlunya cadangan ini?kerana sebahagian besar kewangan rakyat mengalir kepada aspek pendidikan (bagi yang berpelajaran tinggi/mempunyai anak-anak di peringkat sekolah dan IPT),termasuklah membayar tol.Dalam satu negeri Selangor berapa banyak hentian tol yang perlu dibayar oleh setiap pengguna jalan raya di sana,dan berapa banyak laluan tol yang perlu dilalui dalam masa satu hari,jika selama 30 hari? ditambah dengan kenaikan harga minyak???

Jika tol dihapuskan/jumlah pos tol dihapuskan di beberapa kawasan maka beban kewangan rakyat akan berkurang dengan banyak dan perlu diingatkan tidak semua bantuan subsidi atau BR1M yang diberikan bukannya semuanya digunakan untuk memberi barangan keperluan yang penting bagi persepsi kerajaan/perancang kewangan, malahan ada yang menggunakannya untuk tujuan perniagaan/bayaran perubatan/bayar hutang peribadi/baik pulih bangunan,kenderaan yang dirasakan penting  bagi penerima sumbangan kewangan.Namun keadaan ini tidak menyelamatkan rakyat untuk terus dihimpit masalah kewangan.

Jika penghapusan PTPTN maka semua rakyat secara automatik tidak akan mengalami hutang pendidikan maka penggunaan wang akan menjadi sama rata-maknanya rakyat tidak lagi mengamalkan cara hidup tutup lubang dan buka lubang seperti situasi ini:

Contoh:

Hamid mengalami masalah kewangan lalu memohon BR1M,Namun BR1M masih lagi tidak mampu menampung masalah kewangan yang dihadapi kerana dia mempunyai masalah hutang yang pelbagai seperti sewa rumah+kenderaan dan kewangan pendidikan (PTPTN)+cukai seperti cukai pintu,bil-bil,Gaji yang diperoleh perlu dibahagikan kepada keperluan harian seperti makanan,minyak kenderaan,tanggungan keluarga-persekolahan anak-anak/adik-beradik.dan keadaan lebih buruk apabila perlu menanggung kos rawatan ibu/bapanya yang sakit (jika ada).Malahan sebenarnya wang tersebut juga kadang-kadang dihabiskan untuk membayar penggunaan minyak dan tol sepanjang perjalanannya mencari rezeki.Maka Hamid memilih keperluan BR1M untuk kegunaan-kegunaan yang dirasakan lebih penting seperti kos perubatan ibu/bapanya/anak/sewa rumah/ sedangkan hutang-hutang yang lain seperti PTPTN terus terbengkalai tidak dapat diselesaikan olehnya sehingga bertahun-tahun lamanya,Malahan tiada simpanan untuk dirinya sendiri.

Situasi ini merupakan kitaran kewangan yang tidak sihat kerana tanpa simpanan maka individu akan mengalami masalah kewangan yang serius dan mempunyai potensi untuk berhutang dalam keadaan yang tidak terkawal.

Walaupun sudah wujud AKPK namun realitinya belum ramai yang bersedia untuk berkongsi masalah kewangan kerana masih menganggap ianya masalah peribadi melainkan individu itu benar-benar menghampiri situasi muflis, sindrom gangguan kemurungan atau masalah psikologi yang berkait dengan masalah kewangan.

Maka cadangan pengurangan/penghapusan kadar tol dan PTPTN bagi menyeimbangkan bayaran harga kenaikan minyak dan GST membolehkan Hamid (golongan kelas bawahan/menengah) dan rakyat lain secara automatik tidak mengalami apa-apa hutang secara adil berkenaan dengan pendidikan dan penggunaan jalan raya ke satu-satu tempat berulang kali dan membolehkan wang BR1M yang diperoleh difokuskan untuk menyelesaikan keperluan peribadi seperti hutang kereta/rumah/keperluan persekolahan dan lain-lain, 

No comments: