Friday 29 June 2018

Analisis Pertembungan bersejarah 3 penjuru : PRU 14 di Semenanjung Malaysia oleh non-partisan


Pertembungan 3 parti besar iaitu Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Parti Islam se-Malaysia (PAS) adalah pertembungan menarik antara pilihan raya-pilihan raya yang berlaku sebelum ini. Secara umum ketiga-tiga kumpulan ini sinonim dan LEBIH MENONJOL ( dengan tidak menafikan elemen lain) dengan beberapa perkara yang menjadi trademark kepada mereka iaitu:

1) Barisan Nasional lebih dilihat sebagai menjaga ketuanan Melayu ( bumiputera, hak raja dan perlembagaan, bahasa)

2) PAS : Parti yang mempunyai cita-cita untuk melaksanakan syariat Islam

3) PKR: Parti yang mahu membebaskan Anwar daripada ditindas

4) DAP : Parti golongan Cina yang mahu lakukan pembaharuan dari semua sudut

5) Amanah : Parti yang mahu membawa agenda Islam melalui pendekatan yang berbeza dengan PAS

******************************************************************

Pertembungan matlamat dan perbezaan pendekatan menjadikan pihak-pihak ini menggunakan strategi yang pelbagai untuk memegang tampuk pemerintahan untuk penggal yang akan datang. Namun begitu,sesuatu yang unik apabila:

BN : Ditolak sebahagian besar rakyat apabila mula ragu-ragu dengan kempimpinan UMNO terutamanya apabila ledakan isu 1Mdb yang turut menjadi bualan di negara luar. Sebelum ini masyarakat sudah 'lali' dengan korupsi wang yang berlaku sama ada melalui jalan monopoli, kronisme dan rasuah. Masyarakat Melayu khususnya masih runsing dengan isu bahasa Melayu, tanah bumiputera, biasiswa untuk orang Melayu dan isu Raja-raja sekiranya mereka mengundi parti yang mempunyai orang bukan Islam sama ada DAP dan PKR. Mereka juga tidak mahu mengundi PAS kerana merasakan PAS hanya untuk orang baik-baik, berserban, berkopiah dan bertudung labuh. Isu berkenaan dengan peristiwa sembelihan oleh orang UMNO tidak sah, isu 2 imam dalam satu masjid (imam parti UMNO dan imam Parti PAS dalam 2 masjid dan isu mengundi selain PAS dianggap sebagai kafir masih menghantui diri mereka.) Label sebegitu menjadikan mereka terasa 'kecil' lebih-lebih lagi yang mengundi tidak semuanya bertudung litup, sentiasa berzikir dan ada yang tidak solat Jumaat apatah lagi solat 5 waktu.

Sebelum ini rakyat terutamanya generasi sebelum generasi Y tidak mempunyai kekuatan atau masih selesa di bawah tampuk pemerintahan UMNO Barisan Nasional sehinggalah GST dan kenaikan harga minyak naik secara 'mendadak' pada setiap minggu. Keadaan ini menjadikan generasi sebelum generasi Y bangun daripada tidur dan mula bertindak memangkah kertas undi di kotak selain daripada BN. Tentunya golonga senior iaitu 50an ke atas tidak tahu menahu tentang maksud 1Mdb, sukar untuk mereka fahami, namun apabla menyebut tentang harga barang dan minyak naik mereka dapat membuka mata dan minda dengan cepat sekali.

PAS: Parti ini terkenal dan mula dikenal menjadi popular apabila terlibat dalam pilihan raya untuk memerdekakan tanah Melayu. Ianya dengan mudah dikenal apabila melihat kepada kepimpinannya adalah daripada kalangan para agamawan. Iaitu pemimpin yang terdiri daripada latar belakang pengajian Islam sama ada pelajar daripada Mesir, Arab Saudi (Madinah), Pakistan, Jordan dan sebagainya. Para agamawan ini mula mengorak langkah melibatkan diri dalam bidang politik dan memulakan sebuah parti yang mempunyai cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam dan berpandukan kepada undang-undang Islam.

Namun begitu pada PRU14 kali ini PAS kembali mengulang sejarah iaitu menang di 2 buah negeri setelah menukar strategi tidak bersekutu dengan mana-mana parti. Kemenangan ini juga merupakan kemenangan unik kerana memenangi 2 negeri semasa bersekutu dan mampu menang 2 negeri yang sama tanpa bersekutu. Rata-rata non-Muslim masih lagi agak berat mengundi PAS apabila ditakut-takutkan dengan undang-undang Islam (contoh: potong tangan, tidak boleh minum arak, premis judi seperti Genting bakal ditutup..?) dan dengan bantuan UMNO secara tidak langsung yang menguatkan keMelayuan menjadikan non-Muslim berasa jauh daripada mereka dan berhasrat melihat kepada pilihan lain yang ada untuk diundi.


DAP : Merupakan parti popular dalam masyarakat bukan Islam berbanding dengan MCA dan MIC. Ianya masih merupakan parti pembangkang kepada MCA. Diterajui oleh bangsa Cina dan telah memerintah Pulau Pinang lebih daripada satu penggal. DAP banyak membawa isu kontroversial kepada negara apabila dilihat mencabar Islam sebagai agama rasmi dan hak bumiputera terutamanya Melayu yang majoriti dalam kalangan bumiputera (perlu diingatkan orang Asli juga adalah bumiputera). Ramai non-bumiputera menyokong DAP kerana merasa terpinggir dengan sistem pemerintahan negara yang dirasakan banyak memihak kepada bumiputera terutamanya Melayu dan mereka masih merasakan  mereka juga layak bekerja, mendapat biasiswa dan bantuan kerana mereka juga bijak dan mempunyai pendidikan tinggi (malahan cemerlang di luar negara). Mereka juga mempunyai ketakutan terhadap agama Islam itu sendiri yang dilihat lebih bersifat menghukum dan dalam pada masa yang sama 'serik' melihat cara Malaysia dipimpin oleh orang Islam (BN selama 60 tahun) yang saban penggal menjadikan Malaysia mundur ke belakang ( isu jenayah-bunuh, MH 17,MH 370, kemiskinan bandar, isu Melayu menjadi agenda nasional)


PKR: Masih relevan hingga ke saat ini kerana dianggap sebagai sumber alternatif yang 'sempurna' kerana melibatkan campuran 3 bangsa terbesar di Malaysia. Biarpun pada asalnya lebih kepada mendapatkan keadilan terhadap isu Dr.Anwar Ibrahim namun ianya berkembang menjadi keadilan untuk rakyat yang dirasakan tertindas di bawah pemerintahan BN iaitu keadilan yang mewakili semua bangsa dan tidak menonjol dalam menjadikan sumber perlembagaan itu dengan secara jelas kepada al-Quran dan Sunnah. Slogan keadilan menjadi pilihan ramai terutamanya di Selangor dan Perak kerana keadilan turut diangkat dalam agama lain selain Islam.

Amanah; Merupakan parti yang baru ditubuhkan sebelum PRU14 bermula. Salah satu isu dalaman yang berlaku dalam PAS menyebabkan sebahagian besar kepimpinan Amanah pada hari ini berhasrat menubuhkan platform baru sebagai salah satu alternatif pilihan rakyat untuk memperbaiki pemerintahan negara. Ianya tidak sama dengan PKR namun turut berkongsi aspirasi dengan PAS iaitu mahu membawa prinsip Islam dalam pemerintahan negara tanpa menggunakan perkataan Islam secara jelas. Amanah juga mahu memperlihatkan kepada rakyat Islam itu boleh dibawa melalui cara yang berbeza, berbeza daripada apa yang difahami selama ini. Amanah juga memperkenalkan pemimpin yang bukan sahaja mempunyai latar belakang pengajian Islam yang kuat tetapi mereka yang turut terlibat dalam bidang profesional seperti kedoktoran, akademik dan sebagainya.

Ianya masih baru, bak kata pepatah baru setahun jagung


Konflik Pas-Amanah

PAS mempunyai konflik dalaman dengan beberapa pimpinan Parti Amanah kerana melanggar baiah (perjanjian). Bagi PAS, jika tidak bersetuju sekalipun adalah tidak wajar menubuhkan parti baru yang mengakibatkan banyak perpecahan terutamanya perpecahan antara umat Islam. Salah satu jawapan mengapa Parti Amanah keluar daripada PAS adalah kerana PAS menyatakan pendirian untuk bertanding dalam pilihan raya secara sendirian. Bagi orang luar hal ini merupakan masalah dalaman atau masalah rumah tangga yang boleh diberi banyak persepsi jika ditafsir oleh orang luar. Adalah baiknya jika hal ini diselesaikan secara dalaman dan tidak melibatkan rakyat yang bukan dalam mana-mana tempat memegang jawatan dalam kedua-dua parti ini supaya tugas pentadbiran kedua-dua parti ini menjadi lebih efisyen dan tidak ‘terikat’ dengan kemaafan yang ‘tertangguh’ atau salah faham yang sebenarnya boleh diselesaikan tetapi menjadi rumit dan kompleks dengan prinsip dalaman.


Konflik PAS dan DAP

PAS mempunyai pendirian untuk tidak lagi bergabung dengan DAP disebabkan oleh insiden atau peristiwa dalaman yang berlaku apabila menyatakan DAP menolak Islam manakala DAP menyatakan pendirian bahawa PAS tidak menepati janji dalam melakukan kerja secara berkumpulan
Konflik ini membawa kepada peralihan orang Islam terutamanya Melayu menjadi semakin sensitive dengan bangsanya dan turut menarik minat penyokong UMNO untuk mendokong pendirian PAS bahawa walaupun orang Melayu tidak elok tetapi dia masih Muslim jika dibandingkan dengan orang yang bagus tetapi dia bukan Islam.


Jelas di sini mana mungkin ketiga-tiga parti dapat bergabung walaupun sesama Islam. Pendirian dan strategi yang digunakan juga adalah berbeza. Ianya adalah salah faham dan terma agree not disagree boleh diguna pakai untuk situasi Malaysia Memilih pada pilihan raya akan datang. Kelahiran Malaysia baru membuka mata banyak negara yang masih terbelenggu dengan pemerintahan dictator dan menindas. Malaysia baru kali ini membuktikan demokrasi dari hati mampu mengalahkan system pilihan raya yang menggunakan taktik gerrymandering, waktu mengundi bukan pada hujung minggu, slogan kekuatan bangsa-skeptikal terhadap bangsa lain dan hidangan wang dan ganjaran yang melimpah ruah.

Apa yang pasti untuk menyatukan pemikiran 2 manusia dalam keluarga yang sama bapa dan ibunya pun sukar apatah lagi menyatukan banyak kepala yang berlainan bapa. Inikan pula untuk mengharapkan semua umat Islam bersatu di bawah kumpulan yang sama.

Persoalan lain yang timbul apabila hak bersuara menjadi semakin luas dan menonjolkan individu dan kumpulan yang tidak bersetuju dengan ajaran Islam. Ianya merupakan satu perkara yang merunsingkan tetapi ianya satu perkara positif kerana dapat memberikan indicator bahawa ‘SUDAH 60 TAHUN MERDEKA tetapi mengapa orang yang BERAGAMA ISLAM masih begini?’

Adakah wajar mempersalahkan dunia akhir zaman atau menunjukkan cara kualiti Islam disampaikan semakin dilihat tidak selari dengan zaman? Ianya sungguh membuktikan sistem ekonomi Malaysia semakin merudum kerana lambakan pekerja dan graduan berpendidikan tinggi yang melakukan kerja-kerja low skills (yang tidak perlukan latar belakang/kepakaran yang tinggi) sepert bekerja sebagai cashier, maid, office boy dan sebagainya. Bukan itu sahaja, pekerjaan sebegini sesungguhnya tidak mampu membantu mereka membayar hutang ditambah lagi dengan tuntutan kekeluargaan menyebabkan ibu dan bapa bekerja siang dan malam manakala anak-anak terabai tanpa didikan yang wajar.  Memberontak, seks luar nikah, pembuangan bayi, mengeluarkan statement kontroversi...

Semua ini terkait…

Antara perbalahan-konflik dalaman-menegakkan prinsip
Di manakah rakyat? Gajah sama gajah berentap, pelanduk mati di tengah-tengah???



No comments: