Friday 22 December 2017

Suri rumah 'kerja' ber'gaji' paling mahal dan bermakna

Jangan panik jika saya katakan kerja sebagai suri rumah bukan hanya merujuk kepada WANITA sahaja. Jika anda menganggur tetapi isteri anda yang mendapat kerja terlebih dahulu maka anda yang bertanggung jawab menguruskan rumah. Malahan tugasan ini merupakan satu tanggung jawab BERSAMA. Namun begitu jika pasangan anda hanya serahkan tugasan menguruskan rumah kepada anda 100% dan merasakannya ianya tugasan 'low class' atau remeh, maka pasangan anda silap, kerana ianya merupakan tugasan hampir 24 jam TANPA gaj!

1) Mengurus manusia

-Anda perlu menguruskan pasangan anda yang mahu makan sarapan pagi. Bagi yang Muslim anda perlu mengejutkan pasangan untuk bangun solat subuh sekiranya pasangan anda memang liat untuk bangun solat subuh.

-Mengurus anak-anak, jika pasangan yang mempunyai anak. Anda bukan sahaja berperang dengan psikologi mengejutkan suami malahan anak-anak yang lagi sukar untuk bangun awal pagi. Bukan sahaja bangun daripada tidur tetapi perlu mengeluarkan tenaga untuk kerah mereka mandi, solat (bagi yang Muslim), pakai pakaian sekolah supaya tidak lewat ke sekolah

- Menghantar anak-anak ke sekolah. Meredah traffic jam dan hujan (jika musim hujan), perlu isi minyak kereta jika minyak kereta hampir kosong tangkinya.

- Ambil anak-anak dari sekolah, meredah traffic jam dan cuaca buruk, lebih mencabar jika anak-anak berlainan sekolah (seorang belajar di tadika, seorang di sekolah rendah, seorang di sekolah menengah)

-Menyiapkan makan malam (dah jadi macam chef, potong sayur, ayam,bawang, daging dll, masak nasi) kemudian basuh pingan mangkuk, kuali

2) Bermain dengan psikologi manusia

-pasangan moody, anak-anak moody
-pasangan perangai buruk
-anak-anak sibuk dengan gadjet dan tidak siapkan kerja sekolah, prestasi   pelajaran anak menurun
-pasangan tidak ambil hirau diri isteri/suami sama ada dari segi keperluan   emosi, keperluan fizikal, mental, kewangan, keselamatan
-clash interest dengan mertua,ipar duai kalau tinggal serumah dengan mereka
-anak-anak bergaduh
-masalah anak di sekolah
-pasangan yang malas serba serbi

3) Mengurus rumah

-bayar bil (air, elektrik,internet dll), mengira bil, bil yang tertunggak
-atap atau paip bocor
-tukar lampu yang sudah rosak
-basuh toilet supaya tak berlumut
-menyapu dan mengemas rumah supaya tak berhabuk
-mengemas rumah supaya rumah tidak dilihat sebagai reban ayam atau sarang ular
-cuci tingkap, singki, longkang tersumbat supaya tidak ada pembiakan nyamuk   Aedes
-basuh, sidai, seterika dan lipat pakaian
-basuh peti sejuk 

4) Mengurus kewangan

-Budgetting makanan untuk sebulan
-Keperluan sekolah anak-anak
-Keperluan lain (simpanan waktu kecemasan, bayar hutang, cukai dan  
 tunggakan)

-bil rumah dan kenderaan, perubatan

5) Mengurus makanan

- pilih makanan berkhasiat
-masak dengan cara yang betul
-memasak menu yang sihat

6) Mengurus keluarga waktu cuti sekolah

# agak-agak bila masanya pasangan ada masa untuk urus diri sendiri? Mungkin lewat malam ketika semuanya sudah tidur.....

Kiranya tugas ini bukan mudah dan hargailah pasangan anda yang menjadi suri rumah dengan cara:

1) berilah penghargaan dan motivasi. Tiada kritikan tetapi bantu pasangan atasi kritikan contohnnya masakannya masin, maka anda sendiri bantu dia masak makanan tersebut atau beli sahaja

2) Ucapkan terima kasih dengan wajah yang gembira

3) beri hadiah seperti izinkan pasangan ada masa untuk ME TIME atau belanja ke SPA, beli barangan kesihatan atau urut pasangan anda sendiri dll

4) Bantu pasangan anda seperti kemas katil atau tempat tidur, letakkan pakaian kotor di dalam mesin basuh, angkat kain, tolong isi minyak kereta dll

5) Dengar dan pinjamkan telinga anda untuk mendengar keluhan atau bebelan pasangan anda

Siapa kata menjadi suri rumah itu mudah!?


No comments: