Wednesday 18 January 2017

Perkara yang traveler jarang buat tetapi menarik malah bermakna

Perkara yang traveler jarang buat tetapi menarik malah bermakna (untuk mereka yang hati kental atau unik):

1) Masjid/tempat ibadat agama lain

Terutamanya kepada orang Islam, paling kurang pun tempat solat contohnya Islamic Centre,surau,Muslim hall dan lain-lain. Kita rasa kita seorang je orang Melayu yang Islam tetapi apabila pergi masjid negara orang baru kita tahu kita je satu-satunya Melayu yang Islam kat situ..baru rasa diri ni kerdil sangat kalau melihat Islam tu dari sudut bangsa sahaja…kat situ juga kadang kala boleh jadi satu refleksi kalau satu hari nanti di Malaysia kita tengok orang asing datang ke masjid ‘kita’..masa tu baru boleh memahami perasaan orang asing tu…
Kalau kita ke masjid mari kita tengok apa respond mereka, ada masjid yang memang orangnya peramah sampaikan ajak kita datang rumah untuk makan malam dengan family mereka lebih-lebih lagi mereka tahu kita seorang traveller (ni bukan berlaku dalam bulan Ramadhan je tau)..lebih-lebih lagi kalau kita sorang-sorang, duduk di satu sudut dan tak bertegur sapa..cuba la datang waktu solat Jumaat atau waktu Subuh ke
Kat situ juga kita dapat rasa macammana orang Islam ni bersahabat di serata dunia,dan adakah tandas mereka sama dengan tandas masjid kita, siapa yang pergi ke masjid..adakah ramai orang tua ke orang muda..
Kat situ juga kita belajar budaya dalam masjid, bahawa manusia ni sangatlah banyak ragamnya tetapi Tuhan yang Satu menjadi penguat untuk meneruskan hidup kat dunia yang sementara ni selain daripada menghayati seni bina masjid tu…dan kita akan jumpa beberapa kesimpulan yang menunjukkan umat Islam di serata dunia ada persamaan dan perbezaan (bukan sahaja dari segi akidah)
Boleh cuba juga berjalan-jalan ke temple Yahudi/gereja/kuil...untuk mendapat pengalaman dan mengurangkan sikap prejudis,takut kepada agama lain, mereka cipta andaian-andaian negative terhadap agama lain walaupun kepercayaan mereka tidak sama dengan kita namun kita semua adalah manusia, hidup dengan udara yang sama


2) Perpustakaan

Apa yang menarik tentang perpustakaan? Sebelum tu, pergilah ke Public Library sebab mudah untuk tourist masuk (jangan lupa bawa passport). Mungkin kita rasa bosan dengan buku-buku kan? Melalui perpustakaan kita tahu bagaimana budaya membaca mereka..dan input-input menarik tentang sebuah Negara hanya melalui library! kalau majority negara adalah Christian kita akan dapati tak banyak buku-buku agama lain..cuba teka apa ada dalam library kalu majority rakyatnya adalah atheist?..di situ juga kita akan belajar bagaimana teknologi mereka dalam melahirkan masyarakat berilmu..baru kita tahu tinggi rendah langit tentang bagaimana hidup di dunia ‘lain’ dari Malaysia
Saya pernah ke public library di Hong Kong, masuk je library..macam masuk dalam shopping complex! Ni library ke mall? Sedikit motivasi untuk traveller lain masuk library..buku-bukunya memang sgt banyak dan…masuk sendiri baru tahu..


3) Kawasan luar bandar/ kawasan kampung

Selain daripada barang-barangnya lebih murah (untuk item yang sama dengan yang ada di bandar) dan pengangkutan dan kemudahan awam yang sangat terhad, tetapi dalam pada masa yang sama kita juga akan dapat merasai sendiri kehidupan orang yang bukan ‘urban’ dan cara pemikiran mereka..adakah sama dengan orang-orang kampung kita di Malaysia? Jangan terkejut dengan apa yang anda jumpa. Tangkap gambar banyak-banyak..biasanya kawasan ini lebih terpelihara originalnya sama ada dari segi kesusahan hidup, budaya dan perwatakan..baru tahu muka sebenar sesebuah negara..kalau travel area bandar sahaja tu semua make up atau topeng sahaja
Masa tu barulah merasai dan menghargai apa yang kita miliki sekarang
Kalau rajin, kaji sdikit tentang latar belakang negara tu..jangan kaji negara tu terkenal dengan apa..tu promo je untuk galakkan kita melancong ke negaranya..contoh Negara X terkenal dengan cheese…bagi saya tidak ada perkembangan atau improvement yang baik untuk diri seorang traveller 5 star…pergi ke kawasan luar Bandar baru tahu terang gelap penting pemerintah negara yang baik, peritnya tinggal di negara kapitalis, selama ni hanya baca je dalam buku sistem kapitalis ni macammana, apabila pergi travel baru tahu dan alami macammana rasanya..dan banyak lagi kebenaran akan terbongkar..

4) Join program setempat
Join mana-mana program, at least ceramah di masjid/Islamic Centre pun jadilah.. (untuk yang beragama Islam) atau pertandingan kucing tercantik ke, bersih pantai ke…Sebaiknya program yang akan melibatkan kita perlu bercakap-cakap dengan orang lain, beraktiviti dengan masyarakat setempat…kalau ke galeri lukisan atau museum atau apa-apa pameran mungkin agak kurang dapat network kecuali anda seorang yang peramah. Di sana akan dapat ramai network, malah dapat ilmu baru (tips,nasihat dll)… dan tentunya pengalaman baru. Join setengah hari pun sangat ok tak perlu lama-lama. Bagi saya join aktiviti yang bermanfaat itu akan menemukan kita dengan orang yang bermanfaat kepada kita juga…
5) Universiti

Bagi pendapat saya tempat ini pun sangat menarik dan sudah melawat beberapa universiti (Scotland, Hong Kong,Indonesia dll).

6) Bawa buah tangan
Bukan sahaja untuk keluarga di Malaysia tetapi bawalah dari Malaysia untuk orang yang ada di negara yang ingin kita pergi, yang pasti bukan makanan (sebabnya kot-kot makanan kita tak serasi dengan lidah dan perut mereka,jadi kes keracunan dll). Bawa barang yang praktikal terutamanya untuk kegunaan awam (yang relevan dengan tempat yang kita nak pergi)...jadikan sebagai sedekah jariah
Ada kawan saya beli set Quran Braille untuk diletakkan di masjid (di negara minority Muslim)..dan banyak lagi kreativiti yang boleh traveller lakukan


7) Pasar
Kesemua tempat ini akan menjadikan kita mempelajari secara visual dan realiti sesebuah negara secara percuma dan menarik selain daripada menghayati kehebatan ciptaan dan kecantikan alam ciptaan Allah
Sekian.perkongsian pengalaman
Selamat mengembara dengan penuh bermakna!



No comments: