Monday 10 August 2015

UMNO, PAS,GHB,NGO dan rakyat marhaen-Realiti politik Malaysia 2013-2015

Assalamu'alaikum
Pertama kali menulis tajuk ini secara terbuka


Sebelum tu lebih baik si pembaca mendengar dahulu syarahan berkenaan dengan 'Cabaran dan Minoriti Muslim di Barat'
Apakah kaitannya dengan negara Malaysia yang majoriti Muslim?
Saya menulis bukan mewakili sesiapa dalam hal ini dan mohon jangan disalah tafsir dan disalah guna bagi memutar belit fakta dan sebagainya. Tulisan saya dalam post ini mewakili pendapat peribadi.Mari hayati juga video ini


Sehingga tahun 2015 kebajikan terhadap rakyat semakin hari semakin merudum, dengan melihat dan menghayatinya secara REALITI melalui kaca mata bukan KACA TELEVISYEN. Sila berjalan-jalan di kota raya Kuala Lumpur, kawasan pedalaman di semenanjung Malaysia dan jangan lupakan juga di kawasan luar kota Sabah dan Sarawak. Berapa banyakkah perubahan yang telah dilakukan dalam membantu rakyat untuk mendapat kehidupan yang lebih baik? Bertanyalah sendiri kepada anak-anak muda di sekeliling anda dan jika anda bukan rakyat Malaysia anda perlu bertanya sendiri kepada rakyatnya dan JANGAN HANYA PERCAYA SEPENUHNYA melalui TELEVISYEN,Facebook dan RADIO. ANDA TURUN SENDIRI ke padang rakyat,lihat sendiri rumah-rumah mereka, pendidikan dan cara hidup mereka. Walaupun pembangunan dari satu tingkat kemudiannya menjadi beribu-ribu tingkat sehingga tahun ini namun kefahaman ahli politik terhadap kebajikan rakyat masih lagi cetek walaupun generasi sudah berganti-ganti daripada pasca merdeka sehingga ke generasi alaf baru dan generasi alpha. Kebajikan rakyat masih lagi dipandang sepi malahan wang rakyat disalah guna bukan membangunkan ekonomi Malaysia tetapi membangunkan ekonomi sendiri. Sebagai seorang rakyat, kita bukan lagi rakyat picisan yang biasa-biasa duduk di jalanan tetapi kami rakyat yang membaca, pemerhati dan buka rakyat yang menjadi 'follower', 'yes man' dan 'LIKE' semata-mata. Kami rakyat generasi muda yang terdedah dengan pelbagai sumber maklumat yang memecah tembok-tembok rahsia yang sebelum ini mampu ditutup melalui mulut TELEVISYEN dan RADIO PERDANA. 

Apakah bukti kebajikan rakyat terabai?

-Jika negara Malaysia dikatakan sudah mencapai kemodenan dan kemajuan maka sewajarnya:

a) Pendidikan untuk rakyat adalah PERCUMA

-kerana wang pendidikan adalah wang rakyat,  maka tiada ruginya jika wang tersebut dilaburkan untuk rakyat juga
-Graduan dari pelbagai universiti kerajaan dan swasta tidak dapat tidak akan bekerja untuk negara Malaysia juga, maka adalah wajar pendidikan diberikan secara percuma, kerana wang tersebut 'tidak lari' ke mana-mana kerana hasilnya juga adalah untuk negara

b) Kadar bayaran tol semakin meningkat

-Jika kita seorang yang prihatin cuba semak kembali jumlah bayaran tol semasa pulang ke kampung halaman (dari negeri A ke negeri Z),dengan jumlah wang yang diperuntukkan untuk minyak kenderaan anda,yang manakah lebih mahal?

-Apakah munasabah dan rasional kenaikan tol dan penambahan tol di beberapa lebuh raya lagi? Seandainya satu laluan tol adalah RM1 seorang, cuba kira berapakah jumlah wang dapat dikumpul dalam masa satu hari?tupun jika pengguna jalan raya melaluinya SEKALI SEHARI..tetapi di laluan utama seperti Kuala Lumpur, Serdang (hanya menyebut beberapa laluan) MUSTAHIL hanya 30% daripada mereka melaluinya SEKALI SEHARI...kebanyakannya akan melaluinya 2 kali sehari kerana berulang alik dari tempat kerja dan tempat tinggal masing-masing..MAKA CUBA KIRA sekali lagi bayarannya yang pihak kerajaan terima daripada kutipan wang tol dalam sehari? Jika dalam 10 tahun? Bukankah sudah cukup RM1 untuk setiap laluan tol dan SEWAJARNYA TIDAK PERLU sebarang KENAIKAN BAYARAN TOL lagi hampir setiap tahun???

c) Harga minyak semakin bertambah

-Realitinya walaupun kerajaan cuba melakukan strategi harga minyak yang turun-naik NAMUN jika diteliti setiap kali harga NAIK,KENAIKAN HARGA tersebut tidak BERBALOI dengan penurunan harga minyak pada bulan SEBELUMNYA. Adakah munasabah pemandu kenderaan akan menyimpan minyak di rumah masing-masing pada harga minyak tersebut 'TURUN' pada bulan tersebut? Strategi tersebut hanya bersikap 'menyedapkan hati rakyat' dan BUKANNYA menjaga kebajikan rakyat...

d) Kenaikan tarif air dan elektrik

-Walaupun kerajaan masih dikatakan 'masih dalam kajian' untuk meningkatkan tarif air dan elektrik maka sekali lagi ianya mengetepikan kebajikan rakyat. Air dan elektrik tentunya keperluan asas yang mendesak, sekali lagi rakyat dihimpit bebanan kewangan kerana banyak benar KENAIKAN disana sini,maka tidak hairanlah harga barangan turut NAIK! kerana dicampur dengan harga minyak+harga tol (kos perjalanan penghantaran barangan)+ harga air dan elektrik (kilang perusahaan berkaitan makanan terutamanya)

e) GST

-Cukai baru yang diperkenalkan pada April 2015,menjadi satu lagi cara untuk menampung kewangan negara?

f) Peluang pekerjaan untuk GENERASI MUDA semakin SUKAR  termasuklah mereka yang mempunyai ijazah dan sarjana apatah lagi yang mempunyai pendidikan setakat SPM sahaja

Kesemua ini memberi KESAN kepada suasana sosial, perpaduan dan politik negara MALAYSIA...tekanan ini menjadikan rakyat hidup dalam kesempitan maka timbul hasad dengki, jenayah, api perkauman, permusuhan, yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.TELEVISYEN sekali lagi memaparkan usaha pelaburan kerajaan dan pembinaan banyak projek namun mengapa 7 ISU di atas MASIH BELUM MAMPU DISELESAIKAN sehingga tahun 2015?

Jika benar Malaysia kaya dengan hasil bumi, Malaysia menghasilkan intelek daripada universiti-universiti, Malaysia menghasilkan pendidikan yang berkualiti,teknologi dan pembangunan di sana sini maka mengapa tahun 2015 Ringgit Malaysia jatuh lagi? Mengapa berlaku kenaikan harga dan cukai baru? Adakah ini penyelesaian yang adil dari pemerintah untuk rakyatnya? Belum pernah ahli politik negara yang MAMPU MENYELESAIKAN 7 ISU di ATAS...

Maka PRU yang seterusnya akan memperlihatkan pertandingan 3 penjuru  baru
Kemunculan parti Gerakan Harapan Baru yang dilihat mengambil alih tempat PAS dalam membina hubungan PAKATAN RAKYAT sebelum ini yang dianggotai oleh BARISAN ALTERNATIF iaitu DAP-PKR bagi menggantikan PAS yang menukar strategi untuk tidak lagi bekerjasama dengan DAP. Ini diikuti dengan krisis besar apabila pihak kerajaan menukar jawatan timbalan perdana menteri dan isu 1MDB dan siasatan oleh pihak SPRM yang melibatkan arena politik dan ekonomi negara dalam keadaan kurang mantap ditambah lagi dengan kejatuhan nilai ringgit Malaysia...

Namun begitu Gerakan Harapan Baru perlu memulakan langkah lebih awal,lebih berusaha 200% dalam meletakkan diri mereka di arena politik yang MEMERLUKAN mereka MENARIK KEPERCAYAAN RAKYAT walaupun terdapat individu yang boleh dijadikan taruhan yang berbaloi untuk diketengahkan namun ianya masih lagi PERLU kepada HARAPAN yang REALISTIK APAKAH yang MAMPU dilakukan oleh GHB setelah tamat PRU ke-14 kelak?PERUBAHAN yang mendesak yang diperlukan oleh rakyat pada saat ini.

Persoalan seterusnya adalah letak duduk BN dalam PRU kali ini(PRU ke 14) apabila mereka hanya layak menjadi ahli politik dan bukannya pemimpin rakyat? Hanya 5% wakil rakyat yang mewakili parti ini yang mampu mengotakan janji mereka setelah pilihan raya ke-13 namun majoriti dari mereka hanya mampu menyelesaikan isu picisan atau serpihan dan BUKANNYA 7 ISU di atas di parlimen? Ulasan-ulasan yang dikeluarkan oleh mulut sebahagian pimpinan mereka juga menjadi tanda tanya kepada golongan muda yang berpendidikan apakah ulasan atau jawapan tersebut adalah contoh yang terbaik untuk diberikan? Jika ianya gurauan, adakah sesuai bergurau pada saat tersebut?Persoalan yang timbul dari cara mereka memimpin dan memberi maklum balas menunjukkan mereka mungkin kurang serius? tidak cakna dan prihatin akan kebajikan rakyat? bagaimana latar belakang pendidikan mereka sehingga menunjukkan cara gaya memimpin yang sebegini kepada rakyat? Maka rakyat perlu bijak menyelidiki profil dan latar belakang pemimpin yang akan diundi dan apakah sumbangan yang telah mereka lakukan terhadap rakyat SEBELUM MENGUNDI mereka LAGI pada PRU yang seterusnya.

Isu PAS yang menukar strategi untuk tidak melakukan kerjasama dengan DAP dan beberapa isu dalaman yang menyebabkan beberapa ahli harapan PAS sebelum ini yang kemudiannya keluar untuk menubuhkan parti baru sedikit sebanyak memberi tanda tanya dan kekeliruan kepada golongan rakyat biasa yang menyokong perjuangan PAS dan golongan luar yang melihat perkembangan PAS daripada jauh. Timbul juga beberapa kritikan mereka terhadap gerakan baru yang akan ditubuhkan..berkemungkinan kritikan tersebut boleh menjadi satu kritikan membina buat GHB atau sebaliknya. Namun PAS sewajarnya tidak perlu merasa tertekan dan risau jika sudah benar YAKIN akan perjuangannya lebih daripada 50 tahun di Malaysia dan berpengalaman dalam arena politik Malaysia sama ada melalui penggabungan mereka dengan UMNO dan bergerak sendiri dan bergabung membentuk pakatan rakyat. Kemunculan parti baru yang lain sewajarnya memperlihatkan sisi PAS sebagai parti politik yang matang dalam menghadapi apa sahaja cabaran politik yang mendatang.

Kepelbagaian parti politik yang baru memperlihatkan kesedaran berpolitik di Malaysia mula bertambah apabila pimpinan dan rakyat mula mencari strategi baru dalam menyelesaikan permasalahan semasa yang TIDAK LAGI SELESAI-SELESAI malahan BERTAMBAH TIDAK ELOK. Ianya tidak dilihat sebagai perpecahan bagi penulis tetapi strategi politik yang bergerak ke arah 'Good Governance' yang memberi laluan kepada parti sedia ada satu muhasabah 'check and balance' bahawa ADA SESUATU yang LEBIH PENTING untuk DISELESAIKAN selain daripada berbalah mengenai percanggahan pendapat dan gerak kerja iaitu KEBAJIKAN RAKYAT yang BELUM MAMPU DISELESAIKAN sehingga TAHUN 2015. Kehadiran GHB memberi muhasabah baru bahawa ISU KEBAJIKAN RAKYAT perlu DISELESAIKAN dengan SEGERA jika mahu parti masing-masing dilihat RELEVAN pada mata rakyat. Penulis berpendapat GHB mungkin akan dibubarkan apabila KEBAJIKAN RAKYAT SELESAI dengan BAIK.Kehadiran GHB juga memberi petunjuk bahawa mereka bukan keluar dari lingkungan harapan dan membela rakyat, mereka cuma keluar daripada lingkungan harapan parti kerajaan dan parti alternatif yang lebih senior yang tidak mahu melihat mereka ber'pecah' daripada induk. Apa yang pasti objektif GHB dan parti alternatif lain adalah bersama-sama untuk menentang kezaliman dan penindasan ke atas rakyat dan perpecahan 3 penjuru utama ini akan memberi perspektif baru kepada rakyat untuk memberi kepercayaan kepada mereka untuk nasib mereka yang akan datang.

Namun begitu terdapat persoalan lain yang timbul dalam pemikiran penulis bahawa apakah tekanan ini akan dapat dipadamkan apabila mereka kembali di'SUAP' pada pilihan raya akan datang? Adakah akan wujud majoriti pengundi yang memilih untuk tidak keluar mengundi kelak kerana keliru dalam memilih parti yang terbaik? ATAU mereka keluar mengundi TETAPI mengambil langkah melakukan UNDI ROSAK?

Semua ini perlu diambil kira kerana yang menentukan masa depan adalah tanggung jawab bersama iaitu daripada rakyat untuk rakyat juga

No comments: