Thursday 2 April 2015

GST hasil dari kepincangan pendidikan dan masa depan rakyat dalam PRU 15

Salam dan selamat sejahtera
Isu GST masih hangat diperkatakan memandangkan semua golongan turut merasa bahang kenaikan harga. Walaupun sudah diberi didikan yang dan kefahaman melalui iklan dan media p#### di kaca televisyen ianya masih tidak memuaskan hati rakyat
Nah,ini penangan yang diterima apabila masih ada yang tidak tahu/tidak belajar cara memilih pemimpin
Nah,inilah akibatnya jika tidak turun mengundi
Nah inilah akibatnya jika tidak turun padang mengajak orang memilih pemimpin yang memikirkan kesejahteraan rakyat
Nah,SEMUA orang merasakan tempiasnya baik yang turun mengundi,baik yang tahu memilih pemimpin dan baik orang yang bertungkus lumus mengajak/mencula pengundi

Jadi salahkan diri sendiri
kenapa bahagian pedalaman beberapa negeri masih lagi mengekalkan pendirian mereka menyokong pihak yang memperkenalkan sistem ini?
kerana orang bandar tidak educate mereka yang tinggal di pedalaman????

Berbalik kepada isu ini dan kaitannya dengan sistem pendidikan
Walau apa nama cukai yang diberikan
Atau jawapan 'jika tidak mahu GST maka tinggal di bulan',

satu jawapan perlu diberikan kepada soalan-soalan ini:

Berapa ramaikah graduan ekonomi dan akauntan,MBA,ACCA?
Dari tahun 1980-2015?
Berapa ramai Guru/profesor/pensyarah ekonomi dari tahun 1990-2015?

Maka mengapakah mengadakan cukai ke atas rakyat yang sudah sedia miskin/punya banyak tanggungan (PTPTN,tol,cukai jalan,cukai dll sebelum GST) yang menerima bahang kepayahan ini?
Mengapakah cukai yang menjadi penyelesaian????
Mengapakah bukan penjimatan daripada peringkat atasan dahulu supaya menjadi contoh kepada golongan bawahan????
Mengapakah bukan mengadakan networking pengawalan harga antara pembekal,pemborong,penjual????
Mengapa dengan mengadakan cukai sedangkan ekonomi rakyat masih lagi tiada perubahan?????

Sewajarnya jika mahu logik dan waras,cukai yang dikenakan perlu berdasarkan gaji,makin tinggi gaji maka makin tinggi cukai?Setuju kan?kerana golongan berada tidak akan merungut kerana tanggungan mereka tidak sebanyak golongan menengah dan golongan bawahan...

Jadi,apa gunanya graduan dalam dan luar negara dari bidang ekonomi. graduan dari bidang undang-undang jika rakyat tidak terbela sedangkan wang pendidikan datangnya daripada keringat rakyat sendiri?Dijana dari duit rakyat sendiri???

Mengapa cukai menjadi agenda bagi menyeimbangkan ekonomi dan paras belanjawan negara????

Mohon jawapan........
Bukan sekadar membaca
Jika keadaan ini berterusan fikir dengan mendalam apa peranan kita sebagai rakyat menjelang PRU ke 15,jangan mudah cair dengan insentif menjelang pilihan raya ke 15,kelak sengsara untuk 4 tahun lagi....

#walau apa nama GST pun kenaikan minyak tetap memberi impak terhadap harga barangan,
Masih tidak menemui kelompok genius Malaysia tahun 1957-2015 untuk membantu rakyat dari sudut ekonomi....jika buku sudah banyak namun dari segi praktikal?dari tahun 1957-2015.....


No comments: