Saturday 14 March 2015

Fakta tentang Jodohku


FAKTA tentang JODOH:


1) Si pencari jodoh perlu menjadi beragama/baik dari sudut agama terlebih dahulu sebelum memasang impian untuk mendapatkan pasangan hidup yang beragama...

Sunnatullah..begitulah manusia mudah tertarik dengan individu yang mempunyai persamaan dengan dirinya terutamanya dari segi cara fikir. Mana mungkin bahtera perkahwinan dapat belayar dengan lancar jika seorang fikirannya ke lain dan seorang lagi lain pula cara pandang hidupnya...

Kerana tahap beragama individu sebenarnya sudah cukup berbeza..ya dari cara hidupnya (berpakaian, memilih rumah, memilih kenderaan, memilih pekerjaan, cara bercakap, cara memberi pendapat, cara membelanjakan wang, cara memanfaatkan masa, cara memilih makanan, cara mengatur hidup sehariannya)

Jadi fikir-fikirkan dengan sebaiknya, pasangan yang dipilih sebagai jodoh kita itu bagaimana
Bagaimana cara kita dapat menarik hati individu beragama yang kita impikan sampai akhir usia kita? dapat menarik hati walinya?


2) Janganlah mengharap agar pasangan kita yang akan membimbing kita setelah kita berkahwin dengannya 

kerana harapan itu sewajarnya diletakkan kepada Allah S.W.T bukan bersandarkan kepada manusia kerana manusia punya kekurangan masing-masing. Harapan sebegini akan mengecewakan kita apabila pasangan kita tidak mencapai KPI/kriteria yang kita kehendaki setelah bertahun-tahun berkahwin dengannya
Pertembungan antara dua jantina yang berbeza, dari latar belakang dan cara didikan keluarga yang berbeza tentunya perlukan banyak masa menyesuaikan diri, maka perkahwinan bersifat saling melengkapi dan mewujudkan pelatihan emosi dan keinginan yang positif dan bukannya mengharapkan sang pasangan bertindak sebagai penerima tegar , penerima pasif yang hanya mengharapkan

'Awak sahaja yang layak membimbing saya..'
'Awak sewajarnya membimbing saya...'
'Awak bertanggung jawab melayan/membimbing saya..'

TETAPI

'Saya perlu membimbing diri saya sendiri terlebih dahulu sebelum mengharapkan orang lain...'
'Saya sewajarnya aktif terus menerus membimbing diri sendiri setelah berumah tangga...'
'Saya bertanggung jawab melayan/membimbing diri saya sendiri..'

kerana...

3) Apakah corak rumah tangga yang ingin kita bina?

Semua ini bermula dengan apakah sebenarnya yang kita inginkan daripada sebuah perkahwinan?
Tentunya:

1) Bahagia
2) Ketenangan
3) Perkongsian
4) Motivasi
5) Pertolongan

Bagaimana jika punya anak-anak? di manakah kita akan membawa mereka???

1) Agama?
2) Akhlak?
3) Tahap pendidikan?
4) Sokongan moral dan emosi
5) Menyuburkan kelebihan dan membantu mengawal kekurangan diri mereka

atau sekadar

1) memberi tempat tinggal?
2) Pakaian?
3) makanan dan minuman?
4) wang?

Bagaimana hubungan kita dengan Allah setelah berumah tangga?

1) Solat
2) Mengaji al-Quran
3) mempelajari ilmu agama
4) amalan-amalan sunat

Bagaimana hubungan kita dengan keluarga kita dan keluarga pasangan kita setelah berumah tangga?

1) Bertanya khabar
2) Ziarah
3) Bantuan kewangan
4) Membantu jika sakit dan sebagainya
5) memenuhi hak-hak ibu bapa

Bagaimana hubungan kita dengan pasangan kita setelah berkahwin?

1) Hak zahir (tempat tinggal,pakaian,makanan)
2) Hak batin (pengetahuan agama, keinginan seks, sokongan emosi dan moral)
3) Tahap pergaulan (mengekalkan rasa bahagian, keserasian, meningkatkan lagi kefahaman berkenaan kelemahan dan kelebihan pasangan)

Ketahuilah pasangan dan anak-anak satu aset PENTING kita apabila berada dalam alam kubur dan alam akhirat kelak...
kerana jika kita menjadikan rumah tangga yang bakal dibina untuk melahirkan insan yang semakin cinta kepada Allah, sayang al-Quran, rindu mengamalkan sunnah Rasullullah sepanjang tempoh perkahwinan kita sehingga akhir hayat kita...bayangkan betapa banyaknya pahala yang kita peroleh hanya bermula dari rumah kita sendiri....
dan ianya tetap bersambung biarpun setelah kita meninggal dunia nanti

sebagaimana hadith Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

“Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.”

Semuanya boleh sahaja bermula dari rumah kita sendiri iaitu:

1) Sedekah jariyyah
-membiayai pendidikan anak-anak lebih-lebih lagi pendidikan yang mengenal mereka kepada Allah, pendidikan yang menggalakkan mereka mencintai Islam dan Rasulllullah S.A.W. Mereka yang diberi didikan dari kecil melalui pembiayaan/ sedekah dari kita sebagai ibu bapa tentunya akan terkesan dan melekat dalam hati dan fikiran sehingga akan tetap mengamalkannya sehingga mereka tua maka pahala ini akan berterusan sampai kepada kita selagi anak-anak mengamalkan ilmu-ilmunya hasil dari pembiayaan kita
Subahanallah

2) Ilmu yang dimanfaatkan
Hanya memberi contoh mudah, ibu bapa yang mengajar anak-anak membaca al-fatihah dan cara solat yang betul..bayangkan pahala yang ibu bapa peroleh kerana anak-anak membaca al-fatihah dan sentiasa bersolat hasil ilmu yang ibu bapa ajarkan kepada anak-anaknya,
TAKKAN lah kita hanya mahu pahala dari sekadar mengajar bacaan al-Fatihah dan solat,tentunya kita mahu mengutip pahala yang banyak lagi dari anak-anak kita..betul tak?

3) Anak yang soleh yang mendoakan untuknya
Semua ini hanya diperoleh jika ibu bapa berusaha menjadikan anak-anak mereka anak-anak yang soleh,pahala akan terus menerus sampai ke dalam kubur ibu bapa...

Alangkah ruginya jika punya pasangan dan anak-anak namun tidak memanfaatkannya untuk menjadikan diri kita ahli syurga.....

Ya Allah..peliharalah kami dan ahli keluarga kami dari azab api neraka dan pertemukanlah kami semula di dalam syurgaMu bukan sekadar di dunia, ameen




No comments: