Saturday 31 January 2015

Isu Perkauman oleh golongan agamawan, ahli akademik, orang politik dan orang-orang bandar dan kampung

Kita selalu bangkitkan isu perkauman apabila timbul rasa tidak puas hati. Islam sebaliknya, kerana yang salah bukan bangsa, bukan juga warna kulit,bukan juga bahasa,bukan juga budaya kerana :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu) (surah al-Hujuraat ayat 13)


Intisari pengajaran:

1) Perbezaan bangsa yang wujud bukan kehendak manusia tetapi atas kuasa Allah S.W.T yang Maha Berkehendak memilih manusia untuk dilahirkan dalam bangsa yang mana,jika saling menyalahkan bangsa maka kita seolah-olah menyalahkan Allah. yang sebaiknya salahkan akhlak/perbuatannya kerana manusia ada hak memilih perbuatan mana yang ingin dia amalkan atau tonjolkan dalam kehidupannya

2) Perbezaan bukan mencari salah tetapi mendapatkan persefahaman sehingga meningkatkan ketaqwaan.Bagaimana ya? Bagaimana dari berkenalan membawa ketaqwaan? Bersama-sama kita membantu memperbaiki kelemahan masing-masing, yang buruk kita nasihati yang baik kita galakkan bukan saling menyalahkan dan dengki antara satu sama lain lebih-lebih lagi kita daripada aqidah yang sama

Senario semasa di Malaysia:

1) Isu ini pernah dibangkitkan dalam kalangan ahli akademik dan agamawan sama ada dalam ceramah,buku-buku dan majalah. Ketahuilah Islam itu hanya melihat taqwa bukan bangsa,rupa,budaya dan bahasa. Jika segolongan ISLAM berbangsa MELAYU ada salah dan kekurangan (malas,suka bergaduh,menipu,pengotor dll) maka kelompok ISLAM dari bangsa CINA,INDIA,BUMIPUTERA,ORANG ASLI bantulah dan nasihatilah mereka kerana akidah yang sama, itulah indahnya Islam. Begitu juga jika segolongan ISLAM berbangsa CINA,INDIA,BUMIPUTERA,ORANG ASLI  ada salah dan kekurangan (malas, suka bergaduh,menipu,pengotor dll) maka segolongan ISLAM berbangsa MELAYU bantulah dan nasihati mereka. Kita sama-sama perlu terasa kekurangan mereka,kelemahan mereka melambangkan kelemahan kita juga dan kelebihan kita melambangkan kelebihan mereka juga kerana bukankah kita mengikut sumber yang sama iaitu Allah dan rasul kita nabi Muhammad S.A.W?

2) Semua bangsa yang beragama Islam tidak perlu membuang emosi dan air liur untuk mencaci/membuat mimik muka tidak senang hati kepada bangsa lain bukan Islam kerana kita asal dari keturunan yang sama iaitu nabi Adam a.s cuma Allah S.W.T memberi kita hidayahNya tanpa mengambil kira rupa kita,bahasa kita dan bangsa kita maka syukurlah dan ajaklah mereka dengan cara yang baik ke arah yang baik dan bukannya menjauhkan mereka dan berprasangka yang tidak ada asasnya,umat Islam itu yang terbaik kerana mengikut ajaran paling baik iaitu ajaran al-Quran (Allah yang Maha Hebat) dan Sunnah (Rasullullah S.A.W contoh tauladan manusia paling hebat) x gitu?


Allahu 'alam

No comments: