Thursday 26 June 2014

Prejudis terhadap Melayu Islam [Adakah agama Islam tidak berkualiti?]

Salam Ramadhan semua

Jangan lupa kita sama-sama ucapkan tahniah,nyatakn syukur dan gembira sesama kita (jiran tetangga,saudara mara,rakan taulan) sebab diizinkan Allah untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun 2014
Di dada akhbar dan dalam berita-berita yang sampai dalam kalangan saudara atau rakan-rakan, ada yang sudah meninggalkan kita terlebih dahulu sebelum sempat bertemu dengan bulan Ramadhan. Maksudnya Ramadhan 2013 adalah Ramadhan terakhir mereka...mungkin tahun 2014 pula adalah Ramadhan terakhir bagi KITA?

Sudah lama tidak menulis kerana sibuk dengan pelbagai perkara,namun ingin mencoret beberapa perihal sebelum meneruskan nafas panjang dalam jalan Islam dan menyambung mencari bekal menambah iman sebab diri ini sering 'haus' memerlukan makanan rohani dan perlu bergegas dalam jalan-jalan beramal soleh.

Entri kali ini berkenaan dengan Prejudis terhadap Melayu Islam...kenapa ye? Tujuannya adalah untuk menceritakan dan membuktikan pentingnya nilai tarbiyyah dalam diri setiap orang Islam...
Pertamanya marilah kita perbaharui niat dan menerima dengan hati yang terbuka dan fikiran yang murni mengenai kenyataan yang benar dan pahit untuk ditelan tetapi kebenaran tidak mengenal perasaan kerana biar pahit tetapi selamat daripada manis tetapi mudarat!

Maksudnya umat Islam sering dipandang serong,dipandang negatif..Ya ini FAKTA! dan saya akui saya dilahirkan berbangsa Melayu dan saya bersyukur dengannya kerana itu hak Allah untuk menentukan nama,rupa,keturunan,warna kulit,bahasa para makhlukNya. Satu kenyataan menarik untuk dikongsi walaupun Malaysia mengandungi 60% rakyat beragama Islam, namun pertumbuhan individu yang memeluk Islam sangat perlahan....mengapa? Adakah disebabkan oleh prosedur untuk memeluk agama Islam yang rumit? Atau kerana perwatakan umat Islam itu sendiri? Mungkin tiada perangkaan yang tepat dan kajian yang dapat diberikan kepada pembaca tetapi dari segi pengalaman dan pemerhatian kebanyakannya adalah dari sikap umat Islam itu sendiri terutamanya dari cara pandang, kaca mata umat Islam itu sendiri terhadap ajaran agama Islam itu sendiri...contohnya:

1) Berapa ramai umat suka mengumpat,panas baran,tiada sensitiviti
2) Berapa ramai umat Islam bersikap racist
3) Berapa ramai umat Islam bersikap pemalas??? (kebersihan diri,kawasan rumah,kebersihan       bilik,kebersihan tandas,kebersihan sekolah?)
4) Berapa ramai umat Islam yang pergi menunaikan solat di masjid?
5) Berapa ramai orang Islam yang membeli nombor ekor dan menghadiri kelab2 malam?
6) Berapa ramai umat Islam yang berpakaian menutup aurat?
7) Berapa ramai umat Islam yang solat cukup lima waktu?
8) Berapa ramai orang Islam yang lewat datang ke pejabat tetapi pulang awal?
9) Berapa ramai orang Islam yang suka mencaci orang lain?
10) *Sila nyatakan sendiri......

Keadaan ini memberi satu keadaan yang mengelirukan non-Muslim... cara kita sama sahaja dengan cara hidup mereka malahan cara hidup mereka kadang-kadang LEBIH BAIK daripada cara hidup kita...

dan turut mengelirukan dan mengecewakan golongan muallaf contohnya ada umat Islam kita yang menyuruh mereka membuang budaya bangsa mereka jika mahu memeluk Islam...

Jangan persoalkan tentang nilai 60% itu, dengan memberi alasan jumlah yang banyak maka memang nampak kesalahannya lebih BESAR berbanding golongan minoriti namun fikirkan kembali isu kuantiti kemudian cuba kaitkan dengan isu kualiti..adakah agama Islam tidak berkualiti?

Mohon jawapan yang membawa kepada praktikal bukan jawapan skema buku...

Semua umat Islam perlu faham dan muallaf perlu sedar Islam tak akan hebat jika kita sendiri tidak mengambil berat untuk memahami dan mengamalkan Islam.Ya sahabat-sahabat...bagaimana mungkin seorang pesakit yang menghidap barah/kanser kemudian sang doktor berkata : "Awak bacalah buku mengenai cara penyembuhan kanser ini supaya kamu cepat sembuh."
Mana mungkin dengan HANYA membaca buku-buku perubatan kanser seorang penyakit kanser boleh sembuh? MELAINKAN dengan beramal dengannya..beramal tentang cara pengubatan setelah membaca buku pengubatan penyakit kanser...
Begitulah juga dengan Islam,takkan hebat tanpa beramal dengan Islam.Tidak cukup menggunakan nama Islam,tidak cukup dengan berpakaian cara Islam,tidak cukup dengan lahir dalam kalangan keluarga Islam,tidak cukup dengan tinggal dalam kawasan perumahan Islam kerana Islam hanya dapat dihidupkan apabila HATImu FAHAM dan akhirnya menggerakkan AKAL dan anggota fikiran untuk mengamalkan Islam.
Jika HATI kalian hidup dengan kefahaman Islam maka tinggal di mana-mana pun,kalian tetap hebat hatta di kawasan pedalaman, hanya seorang kerani bawahan atau manusia tidak bernama Allah akan tinggikan darjat kalian apabila kalian beramal dengan ajaran Islam..tak percaya??? Ini dalilnya:

A002
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
(as-Saff ayat 2)

dan surah al-Jumu'ah ayat 5


A005
(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

Kita telah menzalimi diri kita sendiri kerana mudah bersyukur dengan keIslaman kita yang tidak seberapa ini...cukuplah sekadar bersyahadah maka selamatlah kita dari siksaan Allah di akhirat kelak..benarkah begitu yang kita faham tentang Islam yang kita anuti???

Begitu mudah untuk masuk ke syurga sedangkan syurga itu mahal harganya maka begitu mudahkah nilai yang kita ada untuk membelinya?
Jika harga mahal maka pengorbanan untuknya juga adalah besar 
dalam surah at-Taubah ayat 111:

A111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Harga yang paling besar untuk membeli syurga adalah menjual diri kita untuk agama Allah-berjihad dan syahid kerana Allah semata-mata.Besar modal kita,walaupun nampak berat namun berbaloi sahabat-sahabat.Siapa yang tidak mahu ke syurga?

Apakah yang menjadikan kita FAHAM dan merasa RINGAN untuk berjihad? Jawapannya adalah TARBIYYAH
Tarbiyyah adalah seni dan proses dalam mendidik manusia sama ada dari segi ilmu dan praktikal dan tarbiyyah  terbahagi kepada 3 iaitu:

1) tarbiyyah jamai'e [pendidikan secara berkumpulan seperti organisasi/kelab/keluarga/sekolah dan program yang melibatkan kumpulan yang besar seperti berbuka puasa beramai-ramai,ziarah anak-anak yatim,kem solat]

2) tarbiyyah fadhiyyah [pendidikan perseorangan (one to one) seperti antara naqib dengan ahli usrahnya,antara bapa dengan anaknya (kisah Luqman al-Hakim dengan anaknya),mentor dengan mentee]

3) tarbiyyah dzatiyah (pendidikan dari diri sendiri seperti amalan fardhu,amalan sunat seperti zikir,bersedekah,qiamullail)

Maka adakah umat Islam yang sejak lahir terlibat dalam ketiga-tiga bentuk pendidikan ini? Jangan dilupakan ketiga-tiga tarbiyyah ini adalah berterusan sehinggalah kita beberapa minit lagi akan memasuki alam barzakh dan bukannya hanya sampai sekolah agama/pondok/madrasah sahaja atau ketika zaman muda-muda dulu tetapi adalah sampai ke hujung nyawa kerana manusia mudah lupa maka mana mungkin manusia itu dapat pertahankan hati murninya dan kefahaman yang bersih jika tarbiyahnya berbentuk sekerat-sekerat sahaja? atau separuh-separuh sahaja (contoh hanya mengiktu tarbiyyah jamai'e tetapi tidak terlibat dengan tarbiyyah fardhiyyah dan sebaliknya)
kerana ketiga-tiga tarbiyyah ini saling lengkap melengkapi dan bukannya bersifat retorik, teori,perbualan kosong...
Jika benar-benar serius dengan Islam maka ketiga-tiga tarbiyyah ini merupakan cara dan proses untuk membentuk seorang Muslim yang terbaik di mata Allah dan jika sudah terbaik di mata Allah maka tidak dapat tidak akan menjadi terbaik di mata manusia dan makhluk yang lain.

Semua umat Islam tidak terkecuali sama ada yang tinggal di pedalaman, di kawasan Laut Hindi atau kutub,yang baru memeluk Islam atau sudah Islam sejak lahir perlu kepada ketiga-tiga bentuk tarbiyyah ini.

Jika kita/anda/kamu melihat beberapa situasi ini:

1) Ada umat Islam suka mengumpat,panas baran,tiada sensitiviti
2) Ada umat Islam bersikap racist
3) Ada umat Islam bersikap pemalas??? (kebersihan diri,kawasan rumah,kebersihan       bilik,kebersihan tandas,kebersihan sekolah?)
4) Ada umat Islam yang pergi menunaikan solat di masjid?
5) Ada orang Islam yang membeli nombor ekor dan menghadiri kelab2 malam?
6) Ada umat Islam yang berpakaian menutup aurat?
7) Ada Islam yang solat cukup lima waktu?
8) Ada orang Islam yang lewat datang ke pejabat tetapi pulang awal?
9) Ada ramai orang Islam yang suka mencaci orang lain?
10) dan lain-lain................

Maka ada 3 kemungkinan:

1) Belum terlibat dengan mana-mana bentuk tarbiyyah diri

2) Tidak serius mentarbiyyah (separuh-separuh/cukup-cukup makan/sudah resign atau pencen dalam mana-mana bentuk tarbiyyah)

3) Masih dalam proses tarbiyyah (walaupun belum sempurna tetapi tak jemu terlibat dalam ketiga-tiga tarbiyyah)

Mari kita pelajari kisah hidup Nabi Muhammad dan para sahabat mengenai bagaimana mereka menjadi hebat sehingga dijamin masuk syurga iaitu mereka telah ditarbiyyah dengan ketiga-tiga tarbiyyah sama ada secara formal atau tidak formal  ini contohnya:

1) tarbiyyah jamai'e [didikan secara berkumpulan -penghijrahan dari Mekah ke Madinah,peperangan,pembukaan kota mekah,halaqah pengajian bersama para sahabat di rumah al-Arqam bin abi al-Arqam dll]

2) tarbiyyah fadhiyyah [pendidikan perseorangan (one to one) seperti antara nabi Muhammad S.A.W dengan Jibril a.s, nabi Muhammad dengan Saidina Abu Bakar,Nabi Muhammad dengan Abu Hurairah dll]

3) tarbiyyah dzatiyah (pendidikan dari diri sendiri seperti amalan fardhu,amalan sunat seperti zikir,bersedekah,qiamullail dll)

Oleh itu formula kehebatan umat Islam hanya akan tinggal nama yang baik sahaja apabila Islam tidak dihayati dan diamalkan hasil dari proses tarbiyyah yang lengkap dan berpanjangan.

Contoh semasa/masa kini:

1) tarbiyyah jamai'e [didikan secara berkumpulan -belajar daripada suasana yang baik dan penuh teladan dan akhlak yang hasanah-suasana berbuka puasa mengajar erti bersabar walaupun letih,tolong menolong,mendahulukan keperluan orang lain,menghadiri seminar memantapkan aqidah]

2) tarbiyyah fadhiyyah [pendidikan perseorangan (one to one) seperti mendapat teguran,pujian,dorongan,semangat,nasihat daripada guru/ibu bapa/naqib, mencontohi akhlak sahabat seusrah yang suka memberi, belajar/melihat sendiri  peribadi guru/bapa yang mudah memberi maaf ]

3) tarbiyyah dzatiyah (pendidikan dari diri sendiri seperti amalan fardhu,amalan sunat seperti zikir,bersedekah,qiamullail dll)

Maka seseorang manusia perlu diteguhkan iman,diberikan panduan melalui bantuan 'LUAR' sama ada dalam kalangan masyarakat sekeliling, keluarga dan tidak lupakan usaha yang bersungguh-sungguh dari DIRI SENDIRI (mujahadah bin nafs)

Contoh individu yang tidak lengkap tarbiyyah diri:

Si G kuat dan konsisten dalam tarbiyyah dzatiyyah tetapi tak terlibat dalam tarbiyyan jamai'e dan tarbiyyah fardhiyyah maka Si G cenderung untuk bersikap kera sumbang, tidak merasakan kepentingan berdakwah kepada orang lain kerana baginya cukup dengan tarbiyyah dzatiyyah (asalkan dirinya menjadi baik itu sudah ok), sukar memahami perasaan orang lain,merasakan dirinya serba betul,mudah prejudis.

KERANA tanpa tarbiyyah jamai'e maka Si G tak akan mendapat belajar suasana hidup bermasyarakat Islamik dan tanpa tarbiyyah fardhiyyah maka Si G tidak pernah belajar berfikiran terbuka dan merendah diri menerima teguran dari orang lain

________________________________________________________________________

Si K bagus dan komited dengan tarbiyyah jamai'e namun tidak konsisten dengan tarbiyyah dzatiyyah maka Si K akan mempunyai ciri-ciri cenderung mudah berputus asa,mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang melalaikan.

KERANA tanpa tarbiyyah dzatiyyah maka apabila bersendirian (dalam rumah/dalam bilik/tidak berada dalam suasana Islamik-contoh: jauh dari masjid,tempat yang dikelilingi rakan-rakan yang negatif) Si K akan mudah 'lemah'/ 'imannya menjadi cair' kerana terlalu mengharapkan tarbiyyah jamaie sedangkan Si K lebih banyak menghabiskan masanya dengan dirinya sendiri (mustahil manusia hidup bersama tarbiyyah jamai'e 24 jam kerana manusia ada keperluan bekerja/belajar dll) maka dia akan suka membuang masa apabila tidak berada dalam suasana tarbiyyah jama'ie maksudnya hanya menjadi 'baik' apabila berada dalam tarbiyyah jamai'e


Kepentingan tarbiyyah/mendidik diri  tak akan dapat dirasai jika tidak dimulakan dengan kesungguhan mencari ilmu

Ilmu mencetuskan kefahaman--> kesedaran---> amalan

Jika  ada individu yang tinggi ilmunya tetapi masih tidak mampu mengamalkan keIslamannya dengan terbaik maka dia mengalami kelompongan proses dalam dirinya mengenali Islam iaitu dia BELUM/TIDAK PERNAH/BERSARA dari tarbiyyah

Ya Allah,semoga Allah memberi kita kekuatan dan sentiasa diberi hidayah supaya sentiasa menyedari kefakiran diri yang masih belum cukup ilmu dan kefahaman agama apatah lagi amalan-amalan kebaikan kami



No comments: