Friday 15 April 2011

Sweets for you

Bukanlah iman itu hanya sebagai suatu angan-angan atau perhiasan
tetapi iman yang sebenar adalah yang terletak di hati dan dibenarkan dengan perbuatan
(Hadis Riwayat Baihaqi)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sesungguhnya perumpamaan hidayah(petunjuk) dan ilmu Allah SWT yang menjadikan aku sebagai utusan itu seperti hujan yang turun ke bumi.Di antara bumi itu terdapat sebidang tanah subur yang menyerap air dan sebidang tanah itu rumput tumbh hijau dan subur.Ada juga sebidang tanah yang tidak menumbuhkan apa-apa,walaupun tanah itu penuh dengan air.Sedangkan Allah SWT  menurunkan air agar manusia dapat meminumnya,menghilangkan rasa haus dan menanam.da juga sekelompok orang yang mempunyai tanah gersang yang tidak ada air dan tidak tumbuh apa pun di tanah itu.Gambaran tersebut seperti orang yang mempunyai ilmu agama Alla SWT dan mahu memanfaatkan sesuatu yang telah menyebabkan aku diutuskan oleh Allah SWT,kemudian orang itu mempelajari dan mengerjakannya.Dan seperti  orang yang sedikit pun tidak tertarik dengan apa yang telah menyebabkan aku diutuu oleh Allah SWT.Dia tidak mendapat petunjuk Allah SWT yang kerananya aku menjadi utusanNya (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadith ini menurut Dr.Muhammad 'Utsman Najat bahawa kemampuan manusia itu berbeza-beza dan membahagikan kecerdasan seseorang berdasarkan kepada tiga golongan:

Golongan pertama
tanah yang subur-mereka yang mampu belajar,menghafaz dan berkongsi ilmu dengan orang lain dengan cara mengajarkannya,ilmu yang dimilikinya bermanfaat untuk dirinya dan orang lain

Golongan Kedua
tanah gersang-seseorang yang mempunyai ilmu tetapi ilmu tersebut tidak bermanfaat untuk dirinya tetapi hanya bermanfaat untuk orang lain semata-mata

Golongan Ketiga
tanah tandus-golongan yang tidak tertarik dengan ilmu apatah lagi menghafaz dan mengajarkannya kepada orang lain
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Guru : Siapakah orang yang paling kuat?
Pelajar A: Orang yang boleh mengangkat batu yang besar Cikgu!
Pelajar B : Orang yang apabila bergaduh,dia dapat mengalahkan semua orang!

Guru: Sebenarnya orang yang paling kuat ialah orang yang paling sabar

Semua orang pasti mampu bergaduh dan mengangkat batu yang besar dan berat,tetapi ramai yang tidak mampu bersabar terhadap perkara yang tidak disukainya.Ornag yang kuat mengangkat batu besar seperti mana yang kamu katakan sebentar tadi,adakah dia mampu bersabar sekiranya dia dicaci atau dihina orang?Kerana tidak ramai yang mampu melakukannya.

No comments: