Friday 4 March 2011

GARIS je yang tinggal,PANDUAN dah tak boleh pakai....

Berikut senarai garis panduan mengadakan acara konsert/persembahan hibran menurut Islam:
Kira macam checklist untuk kita semak sama ada memenuhi syarat dalam Islam atau tidak:


1- Muzik/skrip/lagu yang  tidak mempunyai perkataan yang bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah,memburuk-burukkan Rasullullah SAW,melekehkan para sahabat,meragui hari kiamat dan pembalasan dosa dan pahala serta tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita

2-Persembahan konsert yang dibuat tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan ewajipan lain terabai seperti meninggalkan ha ibadat,hak mencari nafkah,hak menuntut ilmu dan sebagainya.
(sibuk menyanyi atau leka mendengar nyanyian atau lakonan sehingga meninggalkan solat)


3- Senikata atau lirik lagu yang disampaikan tidak mengandungi unsur maksiat dan melalaikan seperti membawa kepada ransangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau,luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong  pendengar  dan  remaja melakukan maksiat dan dosa.

 4- Hiburan yang dipersembahkan tidak diiringi dengan alunan instrumen muzik terlampau seperti budaya rock sehingga penonton atau pendengar mengikut rentak (melompat-lompat,menjerit dan bersorak) kerana menjatuhkan maruah dan mendatangkan fitnah kepada mereka.

5-Orang yang membuat persembahan (penyanyi,pemain muzik,pelakon,dll) dan penonton yang hadir hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat,tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah menyebabkan fitnah dan ransangan nafsu kotor dalam kalangan pendengar/penonton,biarpun senikata yang disampaikan adalah baik,dikira haram jika orang yang menyampaikannya berkelakuan seperti dalam perkara kelima ini.

6-Tiada percampuran antara lelaki dan perempuan yang boleh dikahwini(bukan mahram) tanpa had sehingga membawa kepada bersenthan antara mereka,tiada majlis tari menari,tidak berlakunya minum arak,pertaruhan,judi,lakonan-lakonan liar dan sebagainya.

7-Jika penyanyinya adalah lelaki,maka dibolehkan penontonnya terdiri daripada lelaki dan wanita tetapi jika penyanyinya adalah wanita maka penontonnya adalah terdiri daripada wanita sahaja.Hal ini demikian kerana untuk mengelakkan daripada fitnah suara manja dan pergerakan anggota badan wanita yang menggoda.

 12 Jamadil Akhir 1429H
 16 Jun 2008M

Dato Seri (DR) HJ HARUSSANI BIN HJ ZAKARIA
SPMP.,JSM.,AMN.,PKT.,PJK
MUFTI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

No comments: