Saturday 12 March 2011

Cara mencintai al-Quran dan Hadith

Kadang-kadang hati ini sedih
Rasa tiada semangat
Tiba-tiba mood jadi tak baik,wajah pun nampak mendung
Hati tiba-tiba rasa sepi,kosong
Walaupun berada dalam keramaian
Walaupun ketika itu berada dalam keriuhan gelak tawa keluarga atau rakan-rakan
Mungkinkah kita telah kehilangan satu cinta
Hati ini kadang kala bersuara tetapi kita terlalu sibuk sehingga tidak menghiraukan 'suara' hati?
Apa yang pasti hati ini bukan cinta akan seseorang atau rindu pada kenangan
Tetapi mungkin rindu kepada 'kata-kata' dariMu ya Tuhanku...
Sudah lama aku tidak menjenguk ayat-ayatMu
Sudah terlalu lama,mungkin ayat-ayatMu hanya aku dengar tika pak imam membacanya di masjid dan di surau-surau,ketika aku masih bergelumang dengan timbunan kertas untuk aku siapkan pada hari itu juga
atau
aku hanya mendengar ayat-ayat itu dilagukan oleh anak-anak jiran sebelah rumahku yang datang belajar mengaji bersama-sama Si Ustaz dari Mesir ketika pada waktu itu aku tergesa-gesa keluar dari rumah
selepas maghrib untuk makan malam bersama teman-teman di cafe atau di restoran
atau aku hanya sempat mendengar bacaan ayat-ayatMu ketika siaran radio mengalunkan bacaan ayat-ayatMu apabila masuk waktu solat
 tetapi aku pada ketika itu sibuk memikirkan masalah kerja yang tiada berkesudahan....

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasullullah S.A.W telah bersabda:
"Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah Allah (masjid) untuk membaca al-Quran dan mempelajarinya,maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka ,rahmat Allah melingkupi mereka,malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada dekat denganNya" (Riwayat Muslim)

CARA MENCINTAI AL-QURAN DAN HADITH

a) membaca dan mempelajarinya

Ajaran-ajaran dalam al-Quran dan hadith merupakan ajaran Allah yang jelas mengenai perkara-perkara kebenaran.Oleh itu berpegang teguh kepada kedua-dua sumber ini maka hidup tidak akan tersesat sepanjang masa.Menjadi satu kewajipan kepada kita untuk mempelajari dan mengamalkannya.Setelah membiasakan diri membaca al-Quran perlulah dilanjutkan usaha kita untuk mempelajari isi kandungannya.Tujuannya supaya kita mengetahui segala ilmu yang disampaikan oleh Allah kepad para hambaNya yang merangkumi kedua-dua apsek duniawi dan ukhrawi.

b) Mengajarkan kepada orang lain

Sebagai pewaris Nabi,setiap umat Islam dituntut untuk mengajarkan al-Quran kepada golongan yang tidak tahu.Kewajipan belajar dan mengajar al-Quran kepada orang lain adalah bertujuan unutk peningkatan kualiti ilmu dan penyebaran ajaran Islam.


c) Menerapkan ajaran al-Quran dan hadith dalam kehidupan seharian

No comments: