Friday, November 6, 2009

Tahap stress dan ujian

Setiap hari jika kita sedar,mesti ada ujian.  bukan exam secara formal dalam dewan peperiksaan tetapi ujian dalam sekolah kehidupan.  cuma bergantung kepada individu tu sama ada dia nak pandang 'perkara' itu sebagai masalah atau peluang atau tak rasa apa-apa langsung.kadang-kadang ujian yang kita alami tu sangat berat bergantung kepada tahap keimanan seseorang.  satu ujian yang besar yang perlu dihadapi atau banyak ujian kecil dalam satu masa atau banyak ujian datang bertimpa-timpa.  kadang-kadang kita terasa dunia ni kejam,seolah-olah menghukum kita tetapi di sebalik ujian tersimpan banyak hikmahnya.  kerana ujian jugalah lahirnya manusia-manusia yang berjaya.

banyak faedah(hikmah) yang ada di sebalik ujian selain daripada hikmah yang akan berlaku selepas menempuh ujian tersebut,  hikmah juga boleh kita temui semasa kita sedang mengalami dan bermujadadah dengan ujian tersebut.





 

 
 

 

Gambar-gambar di atas sebenarnya dapat mengukur tahap stress kita(tetapi xde la secara tepat).Lihat dan tenung gambar ni betul-betul dan kita akan dapati gambar ni seolah-olah bergerak.Kelajuan per'gerak'an gambar-gambar ni sebenarnya menggambarkan tahap stress kita.Semakin cepat corak dalam gambar ni ber'gerak' ini bermakna, tinggilah tahap stress kita.

Bagaimana nak menangani stress? Sebelum tu lebih baik kita berkenalan dahulu dengan cik Stress dulu.Stress sebenarnya merupakan istilah payung yang merangkumi beban,konflik,tekanan,ketegangan,panik,gemuruh,murung dan hilang daya.Tetapi sebenarnya stress ini berlaku berpandukan kepada pandangan seseorang individu itu menerima dirinya dan orang lain.Contoh:

Amat sangat stress apabila ada je orang kacau ikan kesayanganya,Dia amat pantang  (pantang nenek moyang dia) kalau orang acah-acah,main-main dengan ikannya tetapi bagi orang lain tiada apa yang di'stress'kan,ala setakat ikan seekor yang berenang ke hulu ke hilir apa salahnya orang lain nak turut bermain-main sama-sama dengannya.

Rohana sangat tertekan apabila  dia tidak mendapat markah yang tertinggi dalam subjek yang diminatinya.Dia pasti apa yang dia jawab tu adalah yang terbaik,tetapi dia tidak dapat menerima yang ada orang lain dapat menjawab lebih baik daripadanya.Keadaan ini menyebabkan dia membeci rakannya yang mendapat markah tertinggi dalam subjek itu.Bagi orang lain tiada apa yang perlu di'stress'kan,lagipun sudah dapat A,sudah dikira bagus kan?


dan contoh-contoh lain.(boleh tengok balik pengalaman sendiri)

Hmmm.semuanya bermula daripada pemikiran dan daripada pemikiran sebenarnya bermula lebih awal daripada hati.Sebenarnya,indahnya Islam kerana telah mengajar kita untuk bersikap positif dalam segala hal yang berlaku.Dapat kita lihat ayat ini semasa membaca al-Quran:

Firman Allah SWT  al-Hujuraat:12 maksudnya:
” Hai orang-orang  yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada  prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain  janganlah sebahagian kamu mencela sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yg sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi  Maha Penyayang.”

 "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286-

dan banyak lagi ayat-ayat yang mengajak manusia berfikiran positif.
Hikmah ujian kepada manusia(cara untuk kita menghadapi 'stress') :
KUNCI UTAMA: SHIFT YOUR PARADIGM-UBAH PARADIGMA

1-meletakkan rasa kehambaan dalam dalam hati dan menolak rasa ego dalam diri
(ujian atau stress itu berlaku kerana kekurangan yang wujud dalam diri manusia,iaitu gagal dalam mencapai keinginannya kerana sifat manusia yang terbatas,kerana perasaan lemah inilah yang menjadikan manusia kembali tunduk kepada Allah.Hal ini demikian kerana apabila diri merasa tiada kekurangan serba cukup segala ras dan keperluan manusia mudah lupa diri sebagaimana Firaun dan Haman.Firaun menganggap dirinya sebagai Tuhan kerana dikatakan tidak pernah sakit dan sentiasa hidup dalam kemewahan.
 
 2.Melatih diri agar sentiasa menyerahkan segala urusan yang tidak mampu dibuat oleh kekuatan akal dan fizikal manusia kepada Allah

3.Menghapuskan dosa-dosa

4.meningkatkan darjat

5.Menghidupkan dan menguatkan jiwa agar hati berhubung dengan Allah 
-keadaan ini berlaku kerana apabila ditimpa musibah manusia lebih mengingati Allah den kembali mendekatkan diri kepadaNya.

6.   Ujian merupakan guru bisu yang mengajar orang yang ditimpa ujian untuk melatih sikap sabar,redha,tawakal,tawadhu dan sifat-sifat mahmudah yang lain

kita tidak akan rasa stress apabila keyakinan dan spiritual(dalaman) kita terurus  dan dalam masa yang sama faktor luaran juga dapat membantu kita dalam menangani stress yang merupakan salah satu ujian dalam hidup kita. (diambil daripada http://tiketjutawan.com/kesihatan/menangani-stress-cara-islam/)


1.Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat.
Banyak kajian pakar psikologi barat sendiri yang telah memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat merupakan suatu tempoh masa ‘aman dan damai’ di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (kepada Allah SWT).
Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.
Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.
Daripada konteks Islam, dengan mendirikan solat fardu lima waktu dan dilengkapkan dengan amalan solat-solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT dalam sebarang kesukaran seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 153 maksudnya: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.’

2.amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa sebagaimana jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra’d ayat 28 maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.’

3.Ketiganya, mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati akan tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, ‘al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda’ (riwayat Bukhari).


4. Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya.
Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini baik ia bersifat positif ataupun negatif adalah sekadar ‘warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama’ dan akan mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat kelak.
Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.

5. Kelimanya, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.”
 

jika kita rasa kita yang paling teruk ditimpa ujian ingatlah: bencana yang paling pedih hanya menimpa para nabi dan para wali.

Junaid al-Baghdadi berkata:
Bala merupakan pelita bagi orang arif,menyedarkan orang murtad,memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lengah (lupa).Tidak seorang pun yang akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala kemudian rela dan bersabar.














1 comment:

Anonymous said...

mohon share maklumat ini ye
terima kasih