Thursday, May 31, 2012

Kategori golongan guru...

Kategori golongan guru sebagai renungan:

Cikgu Unggul : mendidik dan berwawasan,jelas,menarik,tegas dan adil

Cikgu Peperiksaan : mementingkan kejayaan peperiksaan semata-mata

Cikgu Moral dan disiplin : mementingkan aspek disiplin melebihi aspek-aspek lain

Cikgu Sukan : sentiasa mengutamakan sukan

Cikgu kerjaya/makan gaji : Bekerja untuk gaji

Cikgu zon selesa : Menentukan kerjayanya selamat

Cikgu cukup hidup/kayu mati : sudah tidak minat mendidik




Ibnu Khaldun: Sesiapa yang tidak terdidik dengan baik oleh ibu bapanya akan dididik oleh zamannya


[daripada buku:Penteorian Sosiologi dan Pendidikan oleh Ahmad Hasan Dawi.2006.]

Tuesday, May 22, 2012

Membetulkan salah faham tentang usrah (II)

Salah faham yang lain

4) semua yang masuk usrah tu budak skema,sesuai untuk orang tua,sangatlah bosan!

Betul ke?usrah lah best,usrah kita adalah happening,bukan tempat mengumpulkan rasa pening,ok?Sebab usrah yang syok,best sangat kerana

a)  tempat kongsi hobi (fotografi,phtoshop,motorsikal,buku dan lain-lain),tempat bawa makanan best (puding,kuew teow goreng basah,nasi briyani,bal..bla..bla-ni semua kami dah rasa dalam usrah tau dan dah tak larat nak senaraikan lagi...)

b) tempat meraikan hari2 istimewa (birthday,aqiqah anak,kenduri kahwin,berhari raya,jemputan buka puasa,family day),tempat bincang segala benda (hal-hal agama,tips rumah tangga,rahsia memasak,pengalaman kerja di syarikat swasta,ilmu ekonomi semasa,pengalaman belajar di luar negara)

c) tempat berkongsi dan menyelesaikan  masalah (anak sakit,tekanan di tempat kerja,nak tahu arah jalan ke satu-satu tempat,masalah haidh,isu-isu semasa,masalah dengan saudara-mara dan banyak lagi,ziarah ahli/saudara ahli yang sakit,ziarah kematian kita,solat hajat untuk sembuhkan penyakit)

d) tempat mengenali Allah dan ajaran Islam (membaca al-Quran bersama-sama,memperbetulkan tajwid dalam bacaan al-Quran,belajar tafsiran ayat-ayat al-Quran,belajar hadith dan cara aplikasikannya dalam kehidupan seharian,solat berjemaah bersama-sama,berpuasa dan berbuka puasa sama-sama,bersedekah,ziarah muallaf,anak2 yatim,qiamullail sama2)

e) tempat bertemu dan berkenalan/mengeratkan ukhwah (Dalam surah al-Hujuraat Allah telah berfirman:Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara.Dalam usrah kita akan bertemu dan berkenalan dengan ahli yang pelbagai latar belakang,dari negeri atau daerah yang berbeza-beza,kelebihan dan kebolehan yang berbeza-beza,maklumat dan ilmu yang berbeza-beza.Bayangkan dalam ahli usrah mereka yang dah bekerja kita ada yang bekerja sebagai guru,ustaz,petani,juru terbang,tukang kasut,tentera,doktor,pengurus restoran,tukang cuci,buruh dan sebagainya.Kita akan dapat berkongsi dan merasai pengalaman orang lain!
Jika usrah dalam kalangan pelajar,boleh jadi ahli usrah kita terdiri daripada fakulti ekonomi,fakulti sastera,fakulti sukan,fakulti sains pemakanan,fakulti kejuruteraan dan sebagainya.Kita boleh dapatkan ilmu baru mengenai kehidupan (kewangan,makanan,kesihatan) daripada mereka sendiri,senang tak?

f) Tempat memanfaatkan masa dengan cemerlang (Seringkali kita pernah rasa kosong,mati akal,buntu,bosan sungguh sampai tulis dan luahkan dalam FB).Beraktiviti dengan ahli usrah memang best!kita dapat pergi riadah/bersukan (futsal,paintball,bowling),pergi berkelah,mandi sungai,pergi forum/ceramah,ada teman untuk ke kelas tajwid/bahasa Arab,melancong dan banyak lagi sampai rasa tak cukup masa.

g) tempat untuk memajukan iman dan amal dalam diri (ni paling penting)
usrah adalah satu kumpulan manusia yang ingin jadi baik dan mahu bersama-sama  mengamalkan Islam dalam hidupnya.Oleh itu intipati utama pengisian aktiviti usrah adalah membaca ayat-ayat al-Quran,hadith dan kita hayati maknanya dan berbincang bagaimana kita boleh mengamalkannya dalam kehidupan sama ada dari segi ibadah,syariah (hukum) dan akhlak.Itulah usrah yang HIDUP kerana HIDUPkan hati dan Iman kita yang mudah layu.Kita jadi seronok untuk melakukan kebaikan dan mendapatkan nasihat sesama ahli usrah kerana mereka akan menyokong kita ke arah kebaikan,apabila melihat dan mengingat ahli-ahli usrah kita jadi kuat unutk mengamalkan kebaikan,rasa cemburu jika salah seorang dapat melakukan amal yang lebih baik daripada kita,kita akan rasa gembira ada kawan yang mengingatkan kita kepada Allah,kita rasa selamat,boleh dipercayai berada di samping ahli-ahli dalam usrah dan kita akan melihat sendiri bagaimana ahli-ahli usrah kita saling membantu,berkorban,berkasih sayang kepada kita(walaupun tiada ikatan saudara) semata-mata kerana Allah.
Tambahan kemajuan lain dalam diri : keyakinan diri untuk bercakap dalam khalayak ramai,menambah pengetahuan,dapat ramai kawan,dapat berkongsi dan sebagainya.

apa lagi yang tak cukup??????

Kunci utama untuk menghapuskan kebosanan dan kelesuan dalam usrah adalah bergantung kepada ahli usrah sendiri tau! (^ ^)

Kitalah yang perlu bertindak cergas menceriakan suasana,berkongsi pendapat,mengelakkan perdebatan (untuk memelihara ukhwah untuk perkara2 khilaf/kecil),mengajak melakukan aktiviti,buat joke,dan apa2 lagi menjadikan perhubungan kita dengan manusia adalah sesuatu yang best (^ *)

Kita bebas untuk menyuarakan pendapat tetapi dalam lingkungan panduan Islam (tidak berdebat,meninggikan suara,mencemuh,membuat muka,mengumpat,batu api dll)

Kita boleh je tukar nama 'usrah' kepada 'teen circle,'top cicle','budak KEJUT','bulatan ukhwah','mat rider'
'konferens gumbira','J.A.Did',group Mak Cik' dan sebagainya

ahli-ahli usrah boleh je yang free hair,mat rokok,budak rempit,kutu lepak dan sewaktu dengannya yang sama-sama ada cita-cita nak jadi BAIK,kenal Islam (kalau ada non-muslim yg nak kenal Islam pun apa salahnya mereka jadi ahli)

Monday, May 14, 2012

Membetulkan salah faham tentang usrah (I)

Jika dulu perkataan usrah sesuatu yang sensitif,dianggap ala-ala kumpulan 'militan' gitu.Namun begitu dunia sudah berubah,'ketakutan' dengan perkataan usrah bukanlah sesuatu yang begitu BESAR untuk ditakutkan,bukan lagi sesuatu yang dilihat 'mengancam' perjalanan kehidupan.
Tetapi masih terdapat beberapa salah faham mengenai usrah yang perlu kita perbetulkan:

1) Usrah bukan sebuah kumpulan yang dianggap militan
-usrah bermaksud keluarga.Usrah merupakan satu kumpulan kecil yang terdiri daripada seorang ketua/ala2 full time fasilitator sukarelawan) dan ahli-ahli usrahnya.Asas dalam usrah ialah Ta'aruf (berkenalan),tafahhum(memahami),takaful(saling membantu).Pengisian usrah adalah mengenai hal-hal kehidupan manusia itu sendiri seperti ilmu agama,berbincang mengenai masalah kerja,soal jawab tentang pengurusan kewangan,rumah tangga dan sebagainya.Ibarat sebuah keluarga,ahli usrah perlu mengenali latar belakang ahli usrahnya yang lain (bukan sekadar nama,umur,tempat tinggal,warna kegemaran) tetapi perangai dan perubahan sikapnya sekali,contohnya daripada cara dia mengangguk kita sudah tahu sama ada dia bersetuju kerana terpaksa atau kerana faham.Inilah yang dikatakan dengan ta'aruf (berkenalan).Kita juga memahami perkara yang disukai dan tidak disukai olehnya,kelebihan dan kelemahannya,masalah yang dihadapinya sehingga tanpa perlu dia memberitahu kita sudah memahaminya (tafahhum-persefahaman) dan dalam sebuah keluarga mestilah ada sifat takaful (tolong menolong) antara satu sama lain (antara ketua usrah dan ahli usrah dan antara ahli usrah dengan ahli usrah yang lain) seperti pertolongan membantu ahli yang inginkan pinjaman wang,perlu menjaga anak-anak mereka yang outstation,membantu mengajar perkara-perkara yang tidak tahu,memberi nasihat dan sebagainya.
Asas ini merupakan asas yang perlu setiap/semua ahli usrah bersedia untuk melaksanakannya apabila menyertai kumpulan usrah.

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”-Riwayat Bukhari dan Muslim

2) Usrah bukan untuk mereka dari sekolah agama @ latar belakang agama @ orang 'baik-baik'(berkopiah,tudung labuh) sahaja
Siapa kata usrah untuk orang-orang baik sahaja,tetapi usrah adalah untuk mereka yang ingin jadi baik! 
Sungguh rugi mereka yang mempunyai anggapan bahawa usrah hanyalah untuk orang-orang 'baik' sahaja.Rugi kalau ada yang memberi alasan-alasan ini :

(X) saya belum cukup baik nak masuk kumpulan usrah
Pertanyaan : bila agaknya  masa yang kita rasakan 'cukup baik' ? kerana ajal tidak mengenal batas usia,kalau bukan sekarang bila lagi? kalau bukan diri sendiri yang berubah siapa lagi? apa tunggu lagi,rugi menunggu-nunggu peluang untuk membuat 'amal kebaikan.Sepatutnya/sewajarnya/sebetulnya kita yang mencari/mencipta peluang untuk melakukan kebaikan.

“Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik” (Surah al-Baqarah 2:195)

(X) saya tiada masa untuk memberi komitmen terhadap usrah 

Persoalan : Mengapa kita mempunyai masa untuk Fb?menonton wayang cerita dalam laptop? makan-makan di restoran? Sebenarnya bukan kerana kekangan masa tetapi kita yang tidak mahu memberikan/meluangkan
masa kita untuk perkara kebaikan.

 بَادِرُوا بالأعْمَال فتنا كقطع الليل المُظلِم
“Bersegeralah melakukan berbagai amal soleh sebelum datangnya bermacam fitnah seperti malam yang gelap gelita”. (Riwayat Ahmad, Muslim dan Tirmizi)

(X) saya malu untuk masuk kumpulan usrah
peribahasa melayu sendiri ada menyatakan malu bertanya sesat jalan.Malu unutk melakukan perkara kebaikan adalah perkara yang memalukan dalam sejarah hidup manusia kerana malu tanpa sebab-sebab yang relevan dan kukuh.contohnya: Jika anda lapar,perut memulas-mulas,adakah anda malu untuk membeli makanan? tentunya alasan itu tidak munasabah...anda sakit perut dan perlu ke tandas tetapi malu untuk pergi ke tandas (membayar wang masuk rm0.20),adakah alasan ini relevan?apatah lagi jika anda menyatakan alasan malu untuk melakukan perkara kebaikan...hendak 1000 daya tak hendak 100000 dalih

(X) belum sampai masanya/belum sampai seru lagi... 
Persoalan : Bilakah masanya yang sesuai untuk sampai masanya melakukan amal baik? 

(X) saya belum cukup ilmu agama dan banyak dosa,jadi saya tidak layak untuk masuk usrah
Pertanyaan seterusnya : usrah adalah satu kumpulan yang mengumpulkan hati dan niat manusia yang ingin menjadi baik berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.Melalui usrah kita ada semangat,kekuatan dan menambah kefahaman dalam mempraktikkan agama dalam hidup kita (life seorang pegawai tentera muslim,life sebagai pelajar muslim,life sebagai tahanan penjara yang muslim dan sebagainya) secara bersama-sama.Kalau nak lakukan berseorangan kita akan mudah lemah semangat,mudah mencair dengan pengaruh persekitaran,tiada tempat untuk mendapatkan bantuan dan penyelesaian terbaik dan sebagainya.
Semua manusia berdosa,tiada yang suci dari dosa kecuali para nabi dan rasul.Namun begitu mereka yang selalu bertaubat walaupun berterusan melakukan dosa sangat disukai Allah Ta'ala

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” (Surah al-Baqarah (2:222)

Matlamat utama usrah adalah kita berkumpul bersama-sama untuk mengingati Allah dalam kita melancong,memancing,berkongsi kupasan buku dll (aktiviti-aktiviti usrah)sebagaimana keadaan orang muslim dan mukmin yang Allah firmankan dalam al-Quran :

Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.”  Surah al-Insan (76:25-26)

Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah Ali Imran (3:191)

3) Usrah bukan sekadar majlis ilmu.

Hmmm... ramai yang menganggap menghadiri usrah ni adalah menghadiri majlis ilmu.Anggapan itu betul tetapi tidak 100% betul kerana majlis ilmu adalah sebahagian daripada pengisian-pengisian usrah yang lain.Mengapa pula?
Melalui usrah kita boleh buat macam-macam perkara yang best-best belaka.Contoh?
Contohnya kita pergi memancing bersama-sama,program memasak,picnic (berkelah) di taman atau pantai,mendaki gunung,melancong,ziarah rakan-rakan keluarga usrah (kalau rakan-rakan usrah dari Sarawak,boleh pakat ziarah ramai-ramai ke Sarawak),bermain bola jaring,berbasikal dan baaaaaanyak lagi.Dalam aktiviti usrah ni kita adakan sesi tazkirah (peringatan) melalui tadabbur ayat-ayat al-Quran dan hadith lepas tu boleh la kita masak sama-sama,sambil-sambil memancing tu bincang tentang isu semasa,cerita masalah untuk dapatkan pandangan ahli usrah lain dan sebagainya.Haa,nampak tak masa  kita terisi dengan jayanya!
Contoh lain : sambil-sambil dalam perjalanan ziarah rakan usrah kita bincang tentang hadith atau bercerita tentang isu semasa tentang kehidupan diri sendiri dalam kereta (van dll),solat berjemaah bersama-sama,berbuka puasa bersama-sama,bangun qiamullail bersama-sama.Seronok melakukan aktiviti (melancong,memasak dll) kita dapat dan dalam pada yang sama masalah kita selesai dan ilmu baru pun kita dapat. =)

Oleh itu usrah bukan hanya mahu mengisi 'kepala' tetapi aktiviti usrah meliputi pengisian rohani (tadabbur al-Quran,hadith,solat berjemaah,qiamullail,berpuasa sunat bersama-sama,saling menasihati),pengisian fizikal (mendaki gunung,memancing,aerobik,berenang,memanah,paintball,main golf dll) dan pengisian ukhwah (family day out-usrah,ziarah,jamuan makan,majlis kesyukuran,ajak teman pergi beli buku,dll)
inilah USRAH! =)



 

Thursday, May 10, 2012

Sesiapa yang beragama,mereka adalah orang yang lemah



Kumpulan ini menganggap sesiapa yang beragama adalah orang yang lemah
Sebab?
Mereka perlu bergantung kepada 'sesuatu' dalam menjalani kehidupan mereka
Mereka tak mampu nak membuat keputusan sendiri,perlu rujuk itu dan ini,tak bebas,terkongkong
Oleh itu mereka dilabel sebagai golongan yang lemah...

******************************************************************************
alangkah indahnya jika tidak berTuhan
dapat melakukan semua keputusan bersandarkan kepada kepentingan diri sendiri
terasa sangat bebas,boleh berseronok,tiada halangan daripada mana-mana,siapa-siapa
tidak ada peraturan
tidak ada sebarang kecaman,kerana ini adalah hak individu!
******************************************************************************
Jika begitu
mengapa golongan yang tidak menjadikan Tuhan mereka sebagai rujukan
hidup dalam keadaan kucar kacir?
mereka ramai yang bunuh diri?bukankah sudah mendapat kehidupan,kebebasan yang ultimate?
kenapa masih rasa tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka yang 'bebas'?


Jika begitu mengapa masalah kucar kacir keturunan manusia yang semakin tidak terjaga akibat seks bebas,munculnya masalah HIV yang masih lagi tidak dapat diubati sehingga kini walaupun dunia semakin moden dengan 'touch screen',teknologi angkasa lepas dan sebagainya?
http://scienceline.org/2008/11/ask-stern-hiv-vaccine/

Jika begitu mengapa banyak terjadi peperangan,kelaparan dan pembunuhan walaupun sudah ada banyak undang-undang di muka bumi ini???sehinggakan terdapat undang-undang yang pelik dan terlalu 'Gila?'
http://www.indianainnovationalliance.org/laws.html
http://www.kakiheboh.com/fakta-10-undang-undang-pelik-di-seluruh-dunia/#.T1zJT1K4c48

Mengapa ye?Mengapa keadaan ini berlaku?????Inikah keadaan yang  berlaku apabila mereka ini tidak berTuhan?

Mereka yang berTuhan
adalah mereka yang kuat
kerana hanya Tuhan yang menciptakan manusia
maka Tuhan lebih tahu mana yang lebih baik untuk manusia
sebagaimana hanya si pencipta pen yang hanya tahu SEMUAAAA perkara tentang pen,pengguna pen hanya tahu pen digunakan untuk menulis,tetapi tidak tahu kenapa pen dicipta menggunakan dakwat sebegitu,kenapa panjang pen tidak lebih daripada 15cm?

Bukti jelas bahawa diri kita tidak terjadi/tercipta dengan sendiri dan kita bukanlah manusia yang sangat expert dalam memahami diri sendiri ialah :
-kita tidak tahu berapa banyak peluh kita keluar ketika berjalan pagi tadi
-kita tidak tahu hormon apa yang otak kita rembeskan ketika minum petang tadi
-kita tidak tahu tarikh dan cara kematian kita
-kita tidak tahu berapa panjang kuku dan rambut kita sedang bertumbuh ketika kita sedang membaca blog ini...

jadi siapakah orang-orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah mereka yang hanya bergantung  kepada dirinya sendiri,yang tidak menjadikan Tuhan sebagai rujukan kehidupan mereka
mereka lebih banyak bersangka dan mengagak dalam menjalani kehidupan dan membuat keputusan sedangkan segala jawapan telah ada pada Tuhan yang menciptakan manusia itu sendiri

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah SWT ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya. (ali-‘Imran: 19)

Menangis ketika sambutan hari lahir

Bertalu-talu mesej sampai ke 'dalam' telefon bimbit dia.Antaranya :
"selamat hari lahir,semoga panjang umur"
'wah,dah jadi dewasa,selamat menjadi matang =P'
'Happy besday,weyh ko dah tue la..jangan marah k..'
"Selamat hari tua,jangan nak perasan lepas ni,bukan budak2 lagi tau,hi3x"
" wish you a happy a birthday my best buddy =*"
"selamat hari lahir,bila nak balik rumah?"
"dua tiga kucing berlari,selamat hari jadi =) "

Keesokannya...
"Jom,aku nak belanja kau makan ni sempena hari lahir kau"
"surprise!nah hadiah (*_^)"
"Selamat hari jadi,selamat hari jadi ..."(nyayian beramai-ramai oleh rakan satu batch)

Tetapi,dalam hati sarat dengan tangisan
BUKAN kerana
dah umur begini tetapi masih tak kahwin-kahwin lagi
BUKAN kerana
hadiah yang diberi tak menepati citarasa
BUKAN kerana
mengingatkan diri yang semakin tua (sensitif dengan angka yg semakin mem'besar')
BUKAN kerana
dah tak boleh nak bersikap keanak-anakkan
BUKAN kerana
ada 'individu' tertentu masih tak wish ucapan hari lahir

tetapi hati ini menangis kerana ingatan tentang hari lahir ini MENGINGATKAN kepada DIA bahawa
"Apakah yang aku telah lakukan selama ini?Banyaknya masa yang aku buang begitu sahaja selama ini"
MENGINGATKAN dia
"masa yang tinggal untuk aku hidup dan beramal menjadi semakin pendek..."
MENGINGATKAN dia
"ucapan semoga panjang umur bukanlah memberi erti dan pengharapan positif kerana umur kita sebenarnya semakin pendek..."
MENGINGATKAN dia
"barang2/hadiah yang diberikan hanya dapat digunakan sementara masih bernyawa kerana usia kita tinggal sisa-sisa"
MENGINGATKAN dia
"kudrat kita semakin berkurang..aduh,ruginya sewaktu 'muda' kudrat ini tidak dimanfaatkan sebaiknya"
MENGINGATKAN dia
'alhamdulillah Allah memberikan peluang lagi kepada aku untuk bermuhasabah ketika tarikh kelahiranku ini..."

Sunday, April 22, 2012

Kelas Asas Tauhid untuk saudara baru (muallaf) oleh Ustaz Eaisal
Setiap Sabtu
8.00 malam
alamat : no.30,Jalan Tropika 5,Taman Tropika
Bangi

Monday, April 9, 2012

Selamat datang ke dunia realiti [Malaysia]

Pada saat sebahagian rakyat Islam Malaysia mengambil tempat di stadium bola,
Rakyat di Palestin telah mengambil posisi masing-masing untuk melawan tentera Israel

Pada saat setengah rakyat Islam Malaysia sedang bertepuk tangan melihat persembahaan artis-artis pujaan mereka
Rakyat di Syria sedang menadah tangan berdoa agar Allah membantu perjuangan mereka

Pada saat rakyat Islam Malaysia sedang menikmati sarapan pagi dan makanan tengah hari
Rakyat di Somalia sedang kelaparan dan kemerosotan kesihatan yang berpanjangan

Pada saat rakyat Islam Malaysia sedang sibuk bercinta dengan pasangan mereka yang bukan halal
Rakyat Islam di Selatan Thai terpaksa berpisah dengan pasangan pengantin mereka kerana dibunuh tanpa bicara

Pada saat sebahagian rakyat Islam Malaysia sedang sibuk membeli belah pakaian dan perhiasan
sebahagian rakyat Islam Malaysia yang lain berjalan-jalan meminta-minta makanan di tepi jalanan

Pada saat sebahagian rakyat Malaysia sedang sibuk dengan misi keuntungan dan projek-projek pembangunan mewah dan tinggi
Sebahagian rakyat Islam Malaysia lain sedang sibuk membuat maksiat dalam bangunan binaan mereka

Pada saat sebahagian wanita Islam Malaysia sedang sibuk dengan butik dan kosmetik
sebahagian wanita Islam lain sedang dirogol,dibunuh,diseksa dari segi psikologi dan fizikal

Pada saat sebahagian lelaki Islam Malaysia sedang asyik bercakap tentang pangkat,keturunan yang dibangga-banggakan mereka
Sebahagian lelaki Islam yang lain sedang menggalakkan pekerja dan keluarga mereka melakukan dosa-dosa

Seolah-olah antara kita tiada keselarian.Dalam masa orang lain membina ke arah kebaikan,pada masa yang sama juga sebahagian yang lain sedang berusaha meruntuhkannya sedangkan kita semua dalam agama yang sama dalam tempat yang sama iaitu di Malaysia secara spesifiknya dan di dunia secara umumnya.
Apakah sebab kepada perkara sebegini???

Adakah realiti ini akan mampu melahirkan insan yang mampu membimbing generasi baru yang lebih banyak cabarannya berbanding sekarang?

Siapakah figur yang kita nampak mampu membimbing negara Malaysia pada masa hadapan?Jika ibu bapa sekarang tiada yang cakna mengenai kepentingan solat anak-anak sekarang?

Siapakah figur yang kita nampak mampu membimbing negara Malaysia pada masa hadapan?Jika guru-guru sekarang tiada yang cakna mengenai pembentukan peribadi pelajar-pelajar sekarang?

Siapakah figur yang kita nampak mampu membimbing negara Malaysia pada masa hadapan?Jika majikan sekarang tiada yang cakna mengenai kepentingan amanah dan tanggungjawab dalam kerja-kerja mereka sekarang?

Siapakah figur yang kita nampak mampu membimbing negara Malaysia pada masa hadapan?Jika rakyat sekarang tiada yang cakna mengenai kepentinagan keperibadian pemimpin sekarang?

Siapakah figur yang kita nampak mampu membimbing negara Malaysia pada masa hadapan?Jika generasi tua sekarang tiada yang cakna mengenai pembentukan adab pemuda zaman sekarang?

Siapakah figur yang kita nampak mampu membimbing negara Malaysia pada masa hadapan?Jika pihak media sekarang tiada yang cakna mengenai maklumat berfaedah yang mereka sampaikan sekarang?

Siapakah figur yang kita nampak mampu membimbing negara Malaysia pada masa hadapan?Jika kita sekarang tiada yang cakna mengenai sikap tolong menolong dan mengajak ke arah kebaikan pada masa  sekarang?

Terimalah REALITI bahawa kadar jenayah Malaysia semakin tinggi (rompakan,rogol,buang bayi,kecurian,pecah amanah,penderaan)

Terimalah REALITI bahawa masalah sosial remaja semakin bertambah tanpa henti (dadah,seks bebas,tidak menghormati ornag yang lebih tua,lari dari rumah)


Terimalah REALITI bahawa kes-kes penceraian,pergaduhan,fitnah,mengumpat,kata-mengata,kebencian,amalan sihir,video lucah,bersekedudukan,pencemaran alam,murtad sedang bertambah dengan pesat sekarang

Terimalah juga REALITI bahawa rakyat Malaysia masih lagi menghadiri konsert-konsert walaupun menyedari masalah ini masih belum selesai

Terimalah juga REALITI bahawa rakyat Malaysia masih lagi berehat-rehat yang panjang walaupun menyedari masalah ini masih belum selesai

Terimalah juga REALITI bahawa rakyat Malaysia masih lagi membisu yang lama walaupun menyedari masalah ini masih belum selesai


Terimalah juga REALITI bahawa rakyat Malaysia masih lagi seronok bermain  walaupun menyedari masalah ini masih belum selesai


Terimalah juga REALITI bahawa rakyat Malaysia masih lagi asyik disuntik bius tidur dengan dunia sendiri walaupun menyedari masalah ini masih belum selesai.

Terimalah juga REALITI bahawa rakyat Malaysia masih lagi asyik mengejar bisnes yang tidak berkesudahan  walaupun menyedari masalah ini masih belum selesai

Terimalah juga REALITI bahawa rakyat Malaysia masih lagi hanya layak bercakap,mengkritik dan memberi komen dan tiada apa-apa tindakan dari segi perbuatan
walaupun menyedari masalah ini masih belum selesai

Jadi siapakah figur yang dapat kita bayangkan untuk menjadi pemimpin akan datang?